gambar terkini ..buahnya dah besar , jambulnya makin tinggi...tapi belum cukup matang/masak lagi untuk dipetik |
Bismillahirrahmanirrahim...
As Salam,
Selamat hari isnin semua...semoga di hari baru, di minggu yang baru dan di bulan yang baru ini bersama-sama kita tingkatkan mood dan semangat bekerja. InsyaAllah...
Entri bunda kali ini bunda ingin bertanya sesuatu berkenaan pokok nenas. Sebelum ini bunda pernah upkan entri pokok nenas bunda seperti DISINI Buah nenas yang sama dah semakin membesar, tetapi masih belum matang lagi. Bunda masih menunggu nenasnya masak untuk di petik.
Ada satu masaalah yang menjadi tanda tanya bunda, (seperti yang kalian lihat dalam bulatan) ia itu ada satu seakan tunas baru tumbuh di celah-celah rumpun pokok nenas bunda. Sebenarnya dah dua kali dah benda ini tumbuh dalam tanaman pokok nenas yang sama sebelum ini...Sedangkan pokok nenas yang satu lagi tak ada pulak.
Sebelum ini setelah bunda petik buah nenasnya bunda cantas terus dan buang semua pokok dan tanam semula jambul nenasnya.
Nampaknya benda yang sama tumbuh lagi. Bunda tak tahu apa kah tunas itu merupakan anak pokok nenas atau tumbuhan biasa saja... apa yang akan terjadi sekiranya bunda biarkan saja tunas itu?... ada kah ia akan menjadi pokok dan akan mengeluarkan buah nenas lagi?..
Itu yang menjadi tanda tanya dan yang bunda nak tahu sangat tu. Kalau tak, nampaknya lepas buah nenas kali ni masak.. bunda akan cantas buang aje tunas tu macam yang sebelum ni...
*** Apa ye tunas tu?... ada sesiapa tahu?...
Rasa nyer biarkan jer.. tak rugi pun kan .. mungkin akan memcahkan kata "pisang tak akan berbuah dua kali" sama mcm nenas ni.. sebab kat kampung pun selalu jugak nenas tumbah dua biji dalam satu pokok :D
BalasPadamBoleh cuba tu Bunda.. bila bunda dah petik buah tu.. cuba tunas tu membesar ada tak berbuah di tunas itu.. saya pun tak tahu Bunda.. harap adalah yg pakar dalam tanaman utk menjawab persoalan bunda tu :)
BalasPadambiasanya orang cantas dan tanam pindahkan.. tapi nak biar pun rasanya boleh je tumbuh nenas..
BalasPadamemm..yg nilah kita cantas dan tanam blik. jd pokok bru..kalau biar rasa dh kurg siht kot.
Padamkot nk buat xperiment pun tak pe.
Setuju dgn Rai...elok pindahkan sebab ianya akan mengganggu pokok asal.
PadamOo nenas pun bertunas ya, 1st time tgk disini..rezeki berganda syukurr
BalasPadamSalam Bunda..
BalasPadamhuhu..alamak.. cma tak pernah tanam pokok nenas.. tak tahu pula pokok nenas bertunas 2 kali 1 pokok..
lepas ni, kalo bertunas lagi, cuba bunda biarkan.. kita sama2 tgk hasilnya..
tunas yg baru elok pindah n tanam semula. kalau dh tuai buahnya n banyak tumbuh tunas baru untung dpt banyak benih baru...anak nenas yg kurus diperdu asal jarang berbuah lagi walau kdg ada juga yg berbuah...
BalasPadamPendapat saya cuba biarkan saja.. tgk apa hasil yg keluar nnt..
BalasPadamsy kurang arif pasal nenas... cuma kalau nak tahu, apakata d biar jer 'tunas' tu... nnt boleh la coret d sini, kesan nyer ya... saya nak tau jugak ;)
BalasPadamhaah..saya pun setuju tunas itu dibiarkan saja dulu. tengok macamana hasilnya..
BalasPadambestnya nenas ni. pandai makan je sy ni..bab tanam ni tak tahu.
BalasPadamdtg isi tabung
Saya bab ni tak expertlah Bunda. Apakata kali ni Bunda biarkan aje tunas tu tumbuh? Mana tahu dapat satu lagi nenas dari tunas baru tu. Tak rugi kan...
BalasPadamsaya rasa cuba biarkan saja tunas tu bunda ....manalah tau kut ada keluarkan buah lagi
BalasPadamwahh dah bertunas baru... rezeki tu ^_^ unik
BalasPadamPernah dulu tanam dua tiga pokok nanas. Tunas tu anak pokok lah kiranya. Perlu dicantas dan ditanam. Kalau dibiarkan dia tak subur..
BalasPadamSalam
BalasPadamMungkin elok biarkan saja sebab pokoknya nampak subur.
Salam Bunda..
BalasPadamMaaf, saya pun tak tahu! :P
mungkin dia nak keluar buah kot bunda ?
BalasPadamhmm..dah lama tak tengok pokok nenas..
BalasPadamtakde pendapatlah bunda, sbb tak pernah tanam nenas..
BalasPadamSaya juga ada tanam nenas beberapa bulan dulu, sampai sekarang macam terencat saja, entah apa silapnya pun tak tau...
BalasPadamWah bestnya BUNDA..cantik je pokok nenas tu...
BalasPadamCantas tanam balik kat tempat baru. Hati-hati akak. Takut kena kat bagian bawah tu pula.
BalasPadammaaf bunda.. Ros tak tahu perihal pokok nenas ni..
BalasPadamAssalam bonda...itu anak pokok nenas...biasa dia akan tumbuh selalu...bunda patahkan ia...kemudian tanam di dalam pasu berlainan...insyaAllah akan tumbuh akarnya jadi pokok nenas yg elok nanti...jika dibiarkan dia akan sedut semua zat2 dari pokok asal...kemungkinan buahnya kurang manis...abah julia ajar ni bunda :)
BalasPadamTunas tu pucuk baru..Bunda patahkan je pastu tanam berasingan
BalasPadamTerima kasih semua yang memberi cadangan dan buah fikiran untuk bunda tentang pokok nenas bunda ni...terima kasih...terima kasih....sayannngg kalian...
BalasPadamOh... kakak tahu KN sebab kakak nak org Johor dan masa kecik memang bergelumang dgn kebun pokok nenas. Anak pokok nenas ni kami panggil. Kalau nak tanam memang lebih baik guna yg ini berbanding yg dijambulnya. Jgn buang KN. Tanamlah...
BalasPadamok...ok nanti KN ada masa KN cantas ambil dan tanam...
Padamoo anak pokok ye...rugilah yg lepas tu KN buang je.....
Teriama kasih KZ...
tau makan je nenas ni pasal pokok2 ni iols x tau hehehe
BalasPadamritu buah nenas tu bunda masak ape ?
Buahnya belum matang lagi ..masih blm petik lg...
Padamsaya cuba juga tanam pokok nenas ni tapi tak nak hidup . dulu masa kecil , arwah abah meladang nenas . rasanya tanah x sesuai lah . seronoklah bunda , dah dapat tuai hasil . klu tak silap , tunas tu boleh berbuah ...
BalasPadampergh.... nenas kalau mata besar cam tu memang manis
BalasPadamhehe..memang tak tau sangat pasal benda ni sume.maaf bunda.banyak lagi kena berguru:)
BalasPadamWahh.. mmg seronok bila dpt tengok hasil mcm tu kan Bunda... best.. :)
BalasPadamsaya pon tak tau pasal pokok nenas bunda...hehehe...makan buah nenas tau..
BalasPadamSaya suka mkn nenas bunda
BalasPadamSaya suka mkn nenas bunda
BalasPadamsaya kurang arif bab ni bunda
BalasPadamtak penah tanam nenas
makan aje tau =)
makan nenas yaya tau tp lau psl tanam tu xreti..hehe ^,^
BalasPadam