Isnin, 21 Julai 2014

Ayam Masak Merah

ayam masak merah



Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Hari raya dah tak lama lagi, di hari itu nanti tentu macam-macam juadah nasi, lemang , ketupat dan lauk pauk akan di masak.

Disini bunda nak kongsikan dengan kalian resipi Ayam Masak Merah yang paling simple dan yang biasa bunda buat. Beginilah lebih kurang resipi nya.

Bahan2nya:

~ 1/2 ekor  ayam
~ 1 labu bawang besar (hiris bulat atau di potong dadu kecil2)
~ 4 ulas bawang kecil (tumbuk lumat)
~ 2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
~ sedikit halia (tumbuk lumat)
~ 1  sudu besar cili giling (bolih tambah jika perlu)
~ 2 sudu besar cili sos
~ 2 sudu besar tomato sos
~ 2 sudu besar sos tiram
~ sedikit minyak masak
~ setangkai daun sup/sadri (dicincang)
~ kalau suka boleh tambah sedikit biji ketumbar + jintan halus (di tumbuk lumat/bunda tak tambah pun)
~ sedikit air masak
~ garam & serbuk perasa secukupnya


Cara memasak nya:

1) Ayam di bersihkan dan digaul garam kunyit serta di goreng setengah masak.
2) Panaskan minyak dalam periuk/kuali, tumis kesemua bawang besar dan bahan2 yang di tumbuk sehingga garing.
3) Masuk cili giling, di kacau dan masuk sedikit air masak.
4) Kacau2 dan masuk cili sos, tomato sos dan sos tiram.
5) Masuk ayam di kacau dan biar beberapa minit.
6) Jika terlalu kering tambah sedikit lagi air. Tambah garam dan serbuk perasa.
7) Setelah ayam masak dan sesedap rasa bolehlah masukkan daun sup dan tutup api...SIAP...
              
                        ~~  SELAMAT MENCUBA ~~


*** Ayam masak merah ini selain sedap dimakan dengan nasi putih sedap juga dimakan dengan nasi minyak, nasi tomato atau nasi beriani sebab  masakan ini tidak terlalu muak kerana tidak bersantan dan bersusu.



43 ulasan:

  1. Sedapnya ayam masak merah. Mesti papa berselera makan spagheti tu.

    BalasPadam
  2. KN tunjuk dlm pinggan yg drumstik...
    Ini kalau anak kakak nampak terliur habislah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu KZ...masakan tu masa KN dikpg haritu....ketiga2 anak saudara KN mmg suka bhgian drumstik...termasuklah ank lelaki KN yg dh besar pjg tu...

      Terpaksa beli tambahan lain utk drumstik sahaja...mana ada 1 ekor ayam sampai 5 drumstik kan...Haha..

      Padam
  3. My favorite ni Bunda....Salam 24 Ramadhan ya...

    BalasPadam
  4. kita suka ni Bunda....walau simple....hehehe..

    BalasPadam
  5. boleh buat sajian raya ni bunda ...

    BalasPadam
  6. tgh fikir nk msak apa ptg ni..hu.. pg lg dah fikir

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum... bunda,

    sedap nie.. kalau dibuat sajian berbuka puasa nanti..

    mselim3

    BalasPadam
  8. resepi simple selalunya jadi pilihan saya hehe

    BalasPadam
  9. sedap ni,kak..penah buat sekali, pastu berkali-kali sbb permintaan anak..hahahaa..

    BalasPadam
  10. Pergghh menggoda sungguh ayam masak merah bunda di pagi hari ni :)

    BalasPadam
  11. saya suka ayam masak merah ni
    dah mood raya dah ni =)

    BalasPadam
  12. Bunda...sedap yer...hebat bunda yer resepi...julia pun selalu masak ayam masak merah ni bunda...tp julia tak letak halia...tak letak tomato dan sos cili...nanti nak try heheh...TQ bunda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simple je Ju...semua bahan sentiasa ada kat dapur...tak pyh nk masuk kunyit lah...serai lah n susu/santan bagai...

      Campak2 jer...janji ada rasa...yang pasti pekat melekat bersalut ngn ayam...Licinnn..

      Padam
  13. Feberet anak anak saya ni kak. Masak ni je pun dah cukup.

    BalasPadam
  14. terima kasih Bunda..anak acik suka makan ayam masak merah ni..boleh cubba ni

    BalasPadam
  15. SEDAPNYA ...RESEPI NAMPAK MUDAH...BOLEH DICUBA RAYA NANTI....TQ.

    BalasPadam
  16. salam. suka makan ayam masak merah..:)

    BalasPadam
  17. akak suka ayam msk merah dimakan dgn nasi tomato..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...gandingan yg serasi sangat...

      Padam
  18. menu wajib masa hariraya ni bunda....

    BalasPadam
  19. owhhhh ada tmbah sos tiram ya... okeyh, bole alter resepi saya nnt ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawang besar tu x nak potong bulat (nnt bdk2 x mkn) boleh di dadu kcl2 ...kuah nya lagi pekat dan bersalut...

      Padam
  20. Ayam masak merah nih feberet Anis.
    dia boleh makan ayam nih saja jer tanpa nasi~ hehehe

    BalasPadam
  21. Sedap tu Bunda. Saya kalau masak nasi tomAto ataupun nasi arab mmg selalu saya buat lauk ayam merah. Mudah dan pasti sedap. Maklumla masak yg lain xreti sgt..hihi

    BalasPadam
  22. Wahh... klu berbuka dgn lauk ni, mmg tak cukup nasi sepinggan ni Bunda... menyelerakan... :) :)

    BalasPadam
  23. Kalau bunda yg masak mesti sedap! Ayam masak merah ni kalau kenduri selalu jadi menu utama tapi dalam bulan puasa ni belum sekali pun makan...tgok gambar ni terus nak makan berbuka esok... :)

    BalasPadam
  24. Raya ni, ibu_suri dah bagi signal suruh masak rendang ayam. Besanya, IM ambil resepi dari Dapur Tanpa Sempadan.

    Bunda ada resipi rendang sendiri untuk 2 ekor ayam?

    BalasPadam
  25. macam best jer bunda... mudah pun mudah... nanti insyaallah idah cuba yer... :)

    BalasPadam
  26. Titipan KN dlm komen N3 kakak bagaikan KN dah nak bercuti terus hingga Raya.
    Kalau ada peluang ke sini dlm N3 sebelum raya Insya-Allah kakak singgah lagi
    Kalau tak berkesempatan kakak mohon ampun dan maaf
    SELAMAT HARI RAYA BUAT KN DAN KELUARGA:)

    BalasPadam
  27. Favorite anak-anak saya ni, Bunda. Selalu juga kena masak ayam masak merah untuk mereka. Tapi bila raya, tugas masak memasak untuk juadah raya memang jatuh ke tangan kakak sulung saya. Adik-adik semua bergantung pada kakak sorang ni nak makan sedap-sedap macam air tangan mak.

    BalasPadam
  28. sedapnye ayam masak merah

    BalasPadam
  29. Lebih kurang sama jer resepi bunda dgn resepi kita...
    Tp kalau buh ketumbar jintan mmg lagi sedaplah bunda

    BalasPadam
  30. dapnyer..lama xmkn aym msk merah,...

    BalasPadam
  31. terus je rasa lapar
    ada sejam lebih lagi nak berbuka ni

    BalasPadam
  32. Ayam masak merah favorite saya juga bunda... plan nak masak dgn nasi tomato pagi syawal nanti...

    BalasPadam