Rabu, 23 Julai 2014

UMNO Bukit Gantang # Sumbangan Hari Raya

sumbangan raya untuk anak yatim dan fakir miskin dari
UMNO Bkt Gantang, Taiping Perak.



Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Minggu ini adalah minggu terakhir kita dalam Bulan Ramadhan 1435 hijrah, dan hari ke 25 puasa. Semoga puasa kita di terima. InsyaAllah kalau panjang umur... Isnin depan kita akan bertemu bulan Syawal dan akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Sudah kah kalian menunaikan zakat fitrah kalian?

Di kesempatan ini bunda ingin mengucapkan ....Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri,  Maaf Zahir & Batin....  Kepada yang akan memandu untuk pulang ke kampung harap berhati-hati di jalan raya. InsyaAllah sekiranya ada umur yang panjang kita akan berjumpa lagi selepas bercuti Hari Raya.

Di samping kita berseronok menyambut kedatangannya Syawal , jangan kita lupa kepada mereka yang malang di Gaza dan Palestin sana. Juga kepada mereka dimana jua yang tidak dapat menyambut Aidil Fitri dengan sempurna tanpa sanak saudara dan ahli keluarga yang telah pergi dahulu meninggalkan mereka buat selamanya. Khusus kepada keluarga mangsa MH370 dan MH17.





Pada 15hb Julai 2014 yang lalu anak-anak saudara bunda Kakak, Adik dan Mirza (anak2 yatim) yang pernah bunda up entri  DISINI. telah mendapat sumbangan hari raya (anak yatim dan fakir miskin) dari UMNO Bukit Gantang , Taiping Perak.



Pada 19hb  Ketua Kpg datang rumah suruh bawa Mirza dapatkan sumbangan baju raya di Pasar Raya Hari-Hari pada 20hb nya pula.




*** Syukur Alhamdulillah..hanya Allah yang dapat membalas..walau pun sumbangan tak seberapa tetapi bagi anak-anak yatim dan mereka yang susah ini amat berharga bagi mereka.. Syukran...syukran...



#umnobktgantang
#doauntukgaza
#doauntukmalaysia

40 ulasan:

  1. Sumbangan begini amat besar keberkatannya, apatah lagi di bulan Ramadhan yg mulia ini... semoga Allah memberkati... aamiin. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Bunda sekeluarga. Maaf zahir & batin... :)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, anak yatim sentiasa tidak dilupakan.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Berbakti sesama insan di bulan yang berkat ini.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..rezeki anak2 yatim..
    mesti ank2 saudara bunda happy sgt kan..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, betul tu Bunda, kadang-kala ada perkara yg mungkin kecil bagi sesetengah orang tapi amat besar maknanya pada org yg lain pula...seronoknya tengok senyuman anak2 ini kan...

    BalasPadam
  6. bukit gantang...my kampung...:)...alhamdulillah rezeki anak2 yatim murah ketika bulan puasa kan

    BalasPadam
  7. alhamdulillah, rezeki anak2 bunda.. =)

    BalasPadam
  8. Betul KN.. sikit atau banyak bukan itu yg dipandang tapi sekurang-kurangnya dpt menggembirakan mereka yg dlm kesempitan atau dlm kedukaan sebab sudah tak ada mak atau ayah mereka. Sedih tengok anak-anak begini kan. Walau mereka kaya sekalipun tapi kasih sayang mak-ayah sudah tak ada lagi.

    BalasPadam
  9. wah bestnye dpt duit raya

    BalasPadam
  10. Assalam BUNDA, emailkan JM alamat rumah...

    BalasPadam
  11. bagi yang memerlukan sumbangan camtu walau kecil amat bermakna kan bunda

    BalasPadam
  12. sumbangan begini amat bermakna bagi yg memerlukan...

    BalasPadam
  13. rezeki lebih dikongsi bersama dgn mereka yg kurang bernasib baik...berkat kehidupan kite kan bunda....

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum bunda... bagus kalau ada sumbangan macam ni. membantu mereka yang memerlukan..

    BalasPadam
  15. SETIAP SUMBANGAN YG DIBERI TERIMA DGN SENANG HATI N BERSYUKUR REZEKI DARI ALLAH TU....

    BalasPadam
  16. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    BalasPadam
  17. InsyaAllah sumbangan ini akan menggembirakan hati anak2..

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah. Rezeki mereka.

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah, rezeki anak2 yg memerlukan..

    Selamat berpuasa Bunda dan selamat hari raya :D

    BalasPadam
  20. memberi kepada anak yatim di bulan ramadhan amat besar ganjarannya ...

    BalasPadam
  21. alhamdulillah...walaupun sedikit tapi sumbangan ini mampu menggembirakan mereka...

    BalasPadam
  22. Yelahkan bunda mmg sgt bermakna bagi depa......anak yg tak punya ayah ni

    BalasPadam
  23. as'salam bunda...

    Alhamdulillah..pemberian org walaupun kecil tapi besar mknenya..

    BalasPadam
  24. Assalam Bunda,
    Bunda sihat...alhamdulilah
    Bagus kan amalan sebegini...sejuk hati baca...

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah rezeki tu Bunda, harap berterusan amalan ini.

    BalasPadam
  26. Alahmdulillah..rezeki yang dikongsi pasti berkat...Tidak akan berkurang malah bertambah...

    BalasPadam
  27. Alhamdulillah.. Golongan yang memerlukan tak pernah dilupankan dalam kita bergembira meraikan hari raya ni.

    BalasPadam
  28. Semoga mereka dapat juga rasa gembitra seperti insan lain..

    BalasPadam
  29. Syukran.... semoga kegembiraan Eidul Fitr dapat dikongsi bersama....

    BalasPadam
  30. alhamdulillah
    moga2 mereka mendapat sumbangan yang berterusan sepanjang tahun

    BalasPadam
  31. Alhamdulillah. Insya Allah ganjaran berkali ganda utk jasa baik Bunda dan insan2 yg tak lokek membantu..

    BalasPadam
  32. alhamdulillah. sessungguhnya perbuatan baik itu akan dibalas dengan baik jugak. bak kata pepatah madu dibalas dengan madu jua. hehehe.! salam kenal dan jemput singgah blog ye.
    www.kaio.my

    BalasPadam
  33. Alhamdulillah.Selamat menyambut lebaran dan maaf zahir batin

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum,
    Syukur Alhamdulillah dengan nikmat yg diberi...

    Salam Lebaran buat Bunda sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

    BalasPadam
  35. Selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri buat Bunda dan seisi keluarga dengan ucapan 'Minal Aidin Wal Faizin', dari saya sekeluarga....

    BalasPadam
  36. Alhamdulillah rezeki anak2 yatim ni... seronok tgk mereka senyum gembira... selamat hari raya bunda... maaf zahir batin..

    BalasPadam
  37. Salam Aidil Fitri. Maaf zahir & batin Bunda.

    BalasPadam
  38. alhamdululillah....berkongsi rezeki dan kegembiraan kpd yg memerlukan

    BalasPadam
  39. alhamdulillah.berkongsi rezeki dgn anak anak yatim.smga dimurahkan rezeki lagi.aamiin

    selamat hari raya maaf zahir batin dr saya juga :)

    pssstt: tima kasih bonda.doakan utk saya ye.smga dipermudahkan hendaknya utk bersalin..

    BalasPadam