Selasa, 8 Julai 2014

Sambal Instant...




Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,


Berjumpa lagi kalian semua..Selamat menunaikan ibadah puasa... hari ini bunda nak share satu produk ni .. bukan nak promote produk, saja nak share... pertama kali bunda jumpa produk makanan ni semasa bunda membeli belah kat Giant.. produk ini ialah KOKOMO Sambal Instant,  keluaran KOKOMO Food Industries.


Sambal Instant ini memang pekat dan pedas.. boleh di hidang terus...mudah untuk di buat sambal tumis...seperti udang, sotong atau apa saja...kerana sambal ini sudah cukup bahan-bahannya seperti cili, bawang, serai, minyak masak, garam dan gula.

yang dalam botol tu sos cili...begitu juga cukup dengan bahan-bahan dalamnya. Boleh dibuat cicah atau di hidang terus.

Dalam bulan puasa ni memang elok sangatlah...baik mereka yang bujang atau berkeluarga. Produk yang mudah di sediakan, cuma ambil sesudu dua sambal dan terus dipanaskan....jangan tambah minyak banyak sangat sebab sambal ini dah ada minyaknya, tak tambah pun tak pe...

Letak udang atau sotong...lepas tu panaskan...bunda suka warna merahnya yang cantik berkilat.
Bunda lebih suka tambah sedikit air asam jawa dan bawang besar hiris.

Di dalam satu pakej seperti gambar di atas sekali tu,  harganya  rm9.90. Bunda beli dengan pakej begini. Kalau berasingan tak pasti pulak harganya.


  Kepada yang kurang makan pedas jangan letak banyak, sebab sambal ni memang pedas...


~~ Yang pasti HALAL ~~




44 ulasan:

  1. Ooo sedap ya. Saya pernah tgk produk ni di hero, tapi tak pernah beli. Kalau dh ada rekomen macam ni, lain kali bolehla saya beli satu.. mudah macam ni bagus la

    BalasPadam
  2. Kalau bunda yang promote nie mesti la sedap kan... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunda pun baru 2 kali beli...kadang tu anak2 balek bunda bekalkan makanan utk dorang...
      Jadi kalau ada yang ni cepat sikit kerja....apa lagi untuk masak sahur...

      Padam
  3. sangat memudahkan.. bonda..'
    senang nak memasak

    BalasPadam
  4. Yg kerja tu mudah sgt, yg tak kerja ni pun pening juga nak msk apa bunda...
    ada juga tekak yg tak boleh dgn instant ni..kita cuba dulu ye bunda

    BalasPadam
  5. nak juga cuba kalau ada terjumpa kat pasaraya nanti....mudah sngat bila kesuntukan masa ni ,cuma boleh pelbagaikan resepi ni...terima kasih bunda bagi info ni.

    BalasPadam
  6. Nak beli kat mana tu kak. X pernah jumpe pun.

    BalasPadam
  7. ingat namanya .klu jumpa blh beli ...

    BalasPadam
  8. Kalau dah lengkap memanglah senang ni KN
    Kakak tak perasan pulak. Tak tahulah Giant tempat kakak ada ke tak.

    BalasPadam
  9. Semakin mudah... kalau jumpa, leh juga try beli nanti... :)

    BalasPadam
  10. Wahh....untuk peminat sambal sotong ke sambal bilis ke, sesuai sangatlah kalau nak try...saya pun nak cubalah!

    BalasPadam
  11. assalamualaikum wbt...
    bunda.... kirim sikit.... nyum nyummm....

    buat orang bujang yang berbuka di masjid.... hehehehe....

    BalasPadam
  12. Thanks for the info bunda. Macam menarik jer ni. Sesuai utk org yg terkejar2 nak buka posa mcm saya. Nak cari kat giant nnt.

    BalasPadam
  13. nampak pekat sangat tu..dah tentu pedas kaw2 kan bunda??

    BalasPadam
  14. menarik ni bunda.nnt nak carila satu

    BalasPadam
  15. nampak pekat memikat..best kalau buat sambal nasi lemak tu hehe

    BalasPadam
  16. makan ngan nasi je pun sedap kot bunda kan.. hehe..

    BalasPadam
  17. nampak kat giant, ingatkan nak beli pun tak terbeli jugak. ermm nanti nak beli la

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah.. saya nak cuba lah lepas ni sebab saya tinggal bujang. nak masak malas.. kalau mcm ni rajin la sikit heheh

    BalasPadam
  19. Sedap dan mudah jadi pilihan. Jika halal lagi-lagi suka nak cuba juga. Nanti nak kena cari juga ini.

    BalasPadam
  20. tetiba tingat ms zaman sekolah bw sambal segera dr umah... ;-)

    BalasPadam
  21. Saya nak carilah...senangkan kerja memasak. Terima kasih.

    BalasPadam
  22. Oh, hidup memang mudah di akhir zaman ni, Bunda :) Dah ada sambal instant. Saya baru je tahu. Best juga ni senang kerja mak-mak ni. Campur ikan bilis dah jadi sambal ikan bilis. Letak udang jadi sambal udang. Kat Giant tu memang ada banyak produk bumiputrakan, Bunda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunda guna yg segera2 ni time nk cepat je...kat rumah tak ramai...masak pun sikit2 jer...

      Kalau anak2 bekerja..dorg dh makan kat lua...masak pun tak habis...kadang2 anak2 pulak bawa balek makanan untuk bunda..masa bilanye bunda nak masak banyak2....kecuali semua balek berkumpul...

      Padam
  23. saya ada beli yg pencicah tu... ingt kan sambal belacan rupanyer sos he3

    BalasPadam
  24. Senang ada produk instant ni kan Bunda..
    Nak kena p cari la macam ni :)

    BalasPadam
  25. pertama kali dengar jenama ni
    tapi nampak mcm berkualiti
    tapi mcm mana pun momoy lebih suka blend atau giling sendiri bunda
    nikmat lebih terasa
    salam ramadhan buat bunda sekeluarga

    BalasPadam
  26. sedap ni n memudahkan kerja kita nk memasak yer..

    BalasPadam
  27. terima kasih bonda...bolehlah cari nanti..tak perlu kejar nak potong blender bawang cili lagi...ada yang senang ni.

    BalasPadam
  28. Wahh menyelerakan... sedap buat berbuka ni.. best.. :)

    BalasPadam
  29. Wah, pedas la sedap!! First time dgr brand ni bunda.. nanti boleh cari... thanks sharing...

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum.

    Bunda..semakin mudah nak sediakan makanan pas ni kan.. :)

    Urmm, harga pakej rm9.90 tu bunda, 1 pakej tu mksdnya 1 botol + 2 bekas sambal mcm dlm gmbr tu ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Sayang...1+ 2.....mcm gmbar atas tu...
      Mcm2 dah segera skrang ni...rempah nk buat nasi beriani pun dah ada yg segera...sambal belacan segera...Santan segera...Mcm2 lagi segera skrang ni...

      Pilihan dihati kita...itupun nak pi beli kat Bazaar Ramadhan lagi...tak tau lah...

      Padam
  31. senang bila ada yg segera..bila teringin terus dah boleh makan ..tak payah bersusah nak buatnya..makan punsikit saja kan..

    BalasPadam
  32. zaman skang utk memudahkan masak byk produknya bunda kan..yg penting bijak memilih..klu nk sihat kena la rajin sikit blander lada bwang segala..klu dlm botol camni senang..sekali sekala apa salahnya...sy jenis tak kuat pedas, tak bley letak byklah ye

    BalasPadam
  33. Senang sekarang ni kan bundu. Semua benda dah dibuat instant. Takda alasan tak nak masak sambal dah. Hehe

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum Bunda,
    Wahh... menarik sangat2 produk sambal instant ni Bunda.
    Sangat2 berguna bagi bujangan seperti saya. haha.

    BalasPadam
  35. tak pernh try lg..short cut ni.
    bau belacan tak bunda? kita ni resdung..

    BalasPadam
  36. Yang pastinya saya hanya tau makan tak kiralah yang segera ke atau buat sendiri... yang penting sedap! hehe... Tapi kalau bunda kata sedap, pasti sedaplah tuuu

    BalasPadam
  37. saya tak tahulah kewujudan benda sebegini
    rasa cam nak p cari jugalah

    BalasPadam