Jumaat, 4 Julai 2014

Ubat Penghalang Haid...

gambar hiasan


Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Salam Jumaat dan selamat berpuasa pada hari ke 6 hari ini. Di sini Bunda ingin berkongsi soal jawab tentang wanita dalam Fatwa Semasa bersama Prof. Dr. Muhammad Ibrahim Al-Hafnawi, dari majallah Al-Ustaz.

Soalan :

Bolehkah seorang wanita menggunakan ubat untuk menghalang kedatangan haidnya?


Jawapannya :

Ya, boleh baginya menggunakan ubat itu dengan dua syarat:

1) Tidak dibimbangi berlaku kemudaratan pada dirinya. Jika ada kemungkinan mudarat, maka tidak boleh. Allah berfirman " Janganlah engkau melimparkan diri dalam kebinasaan." (Surah al-Baqarah 195) Dan firman Nya " Janganlah engkau membunuh diri sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu." (Surah Al-Nisa' 29)

2) Dengan izin suami jika ujud perkara yang berkaitan dengan haknya. Misalnya seorang isteri yang diceraikan dan berada dalam tempoh idah. Dia berniat menggunakan ubat penghalang haid agar lebih panjang tempohnya menerima nafkah daripada bekas suaminya.

Maka pada kes ini ia tidak boleh menggunakan ubat tersebut melainkan dengan izin nya. Begitu juga jika ubat tersebut dapat menghalang kehamilan , maka dia tidak boleh menggunakan melainkan dengan izin suaminya.

Kesimpulannya , menggunakan ubat penghalang haid dibolehkan dengan dua syarat tadi. Namun begitu , lebih utama tidak menggunakannya kecuali kerana darurat. Sebab membiarkan tubuh dalam keadaan semula jadi lebih baik untuk kesihatan diri.


***Lebih info berkenaan hukum dan pengambilan ubat penahan haid boleh baca dilink dibawah ini...

http://drzubaidi.com/blog/hukum-mengambil-ubat-penahan-haid/

37 ulasan:

  1. Selamat berpuasa Bunda....ubat ni boleh guna ke utk mereka yg nak buat umrah? eh...silap tanya kat Bunda pulak...hehe

    BalasPadam
  2. Harap-harap selamat untuk digunakkan dan berkesan.

    BalasPadam
  3. saya selalu dengar ubat ni selalunya digunakan semasa nak buat haji. Kemungkinan bagi melambatkan haid supaya dapat mengerjakan rukun haji dengan sempurna

    BalasPadam
  4. info bermanfaat bunda. buat yg masih tertanya-tanya di luar sana.

    BalasPadam
  5. Saya tak jadi ambil Bunda.. Sekarang tengah ABC.. alhamdulillah di awalkan .. jadi insyaAllah dapat saya beriktikaf 10 ramadan terakhir bunda..

    Menabung invest smart nufnang utk Bunda :)

    BalasPadam
  6. salam bunda
    Terima kasih sudi kogsikan di sini

    BalasPadam
  7. takut lebih mudarat dari manfaat kan bunda

    BalasPadam
  8. ada yg guna ubat ni untuk berpuasa penuh juga kan.

    BalasPadam
  9. Apa yang dibimbangi adalah memudharatkan
    Kalau ok memang tak jadi masalah..

    BalasPadam
  10. SALAM JUMAAT BUNDA...AMBIL UBAT JIKA PERLU SAJA KOT...

    BalasPadam
  11. SAlam jumaat bunda...
    CIk tak amik lagi...sebab takut memudaratkan...

    BalasPadam
  12. Thnaks for the info bunda. Ingatkan utk gi haji jer blh mkn.

    BalasPadam
  13. Salam Bunda..
    terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

    rasanye baik x yah makan lah kan~
    takut memudaratkan~

    BalasPadam
  14. tak pernah tahu cmna bentuknya bunda..tp perkongsian ni cukup menarik..ilmu yg setiap wanita perlau tau..

    salam ramadhan ye bunda..:)

    BalasPadam
  15. Salam bunda...kalau ianya untuk kebaikkan tidak salah untuk digunakan.

    BalasPadam
  16. Ada terbaca juga keluh-kesah rakan alam maya tentang hal ni. Rasa saya kalau tak penting, tak perlulah kita mengambilnyakan, Bunda. Kitaran semulajadi tu pun dah kira bagus :)

    BalasPadam
  17. OOO.. ADA JUGA UBAT MACAM NI..

    BalasPadam
  18. kalau saya tak sangguplah nak halang darah haid keluar...sbb darah haid tu kan kotor....badan perlu buang darah kotor ni.

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum bunda, sheila sejak nikah.. memang tertunggu la period mai sebab tiba2 sejak nikah period jadi tak teratur. jadi susah nak tahu suburnya bila. alhamdullilah, hebat percaturan Allah Taala. akhirnya dapat juga anak yang diimpikan selama ni.. Alhamdullilah..

    BalasPadam
  20. Bagus info ni.. boleh share dgn isteri saya. T kasih Bunda..

    BalasPadam
  21. terima kasih kak share..baru tau...tambah ilmu sy sket psl nih

    BalasPadam
  22. Masa pergi umrah dia orang suggest ambil..tapi tak berani so tawakkal aje pada Allah...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

    BalasPadam
  23. Risau gak nk try pil ni sbb ada kwn g umrah mkn pil ni then next month period beliau x menentu after twoo week masih x stop

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum bunda. Rindu pula. Hehe. Selamat berpuasa. Saya pernah dengar ttg ubat penghalang haid tetapi tak berani mencuba.

    BalasPadam
  25. Bagus perkongsian Bunda ni. Ramai yang tak tahu kan.. boleh tambah pengetahuan kita..

    BalasPadam
  26. Tetima kasih berkongsi ilmu ini bunda....saya mmg takut jugak nk makan benda benda gini bunda

    BalasPadam
  27. ada juga yer hal begini Bunda..
    terima kasih atas info.. mungkin boleh membantu pada yg memerlukan..

    BalasPadam
  28. ada dengar pasal ni tiap kali ramdhan
    apapun thanks untuk perkongsian ni bunda

    BalasPadam
  29. perkongsian yg baik.. salam ramadhan.. :)

    BalasPadam
  30. bagus info ni bunda, terima kasih..

    BalasPadam
  31. Boleh guna x masa bulan pose kak. X payah tinggal pose.

    BalasPadam
  32. jarang dengar orang ambil di bulan puasa..kalau untuk umrah atau haji tu banyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu selalunya dengar orang ambil time mengerjakan umrah atau haji...

      Padam
  33. sy penah amik ms nk g umrah dulu tp x berapa berkesan...ia dtg jg ;-(

    BalasPadam