ehsan google |
Bismillahirrahmanirrahim,
As Salam....
Selamat hari raya ke 8 hari ini... Ahad semalam ramai yang sudah kembali kedestinasi masing-masing dan ada yang sudah mula bekerja. Disana sini sudah mula merancang untuk mengadakan dan menghadiri rumah terbuka. Anak-anak kita pun seronok mengira duit raya mereka.
Bagaimana pula bila kita mengenangkan mereka di Gaza sana. Ramadhan mereka, Syawal mereka , rasanya sama sahaja dengan hari-hari biasa... Allahuakbar... Apabila mendengar dan melihat berita dalam tv.. hari-hari mereka di hujani bom dan tembakan.
Anak-anak yang sedang bermain dan sedang berada di sekolah di bom dan di tembak tanpa belas kasihan. Berbeza dengan anak-anak kita di sini...masih bebas bermain dan bersekolah menuntut ilmu dalam suasana aman dan riang.
gambar hiasan |
Pagi tadi bunda menonton MHI TV3...ketika itu Ahmad Fedtri Yahya mengacara. Ahmad Fedtri mulakan bicara pagi itu dengan isu Palestine dan Gaza. Apa yang buat bunda tersentuh sangat cerita Ahmad Fedtri pagi itu kalau tak salah bunda adalah berkenaan seorang doktor yang bertugas menguruskan pesakit-pesakit dan mayat-mayat yang bergelimpangan.
Menurut ceritanya.. doktor ini telah bertugas berhari-hari lamanya...sehinggakan anaknya sendiri beberapa kali meminta beliau pulang...Apa yang dapat doktor itu jawab kepada anaknya yang mungkin sedang merindui ayahnya yang sudah lama tidak pulang...
"ayah tak dapat pulang lagi, ayah sedang bertugas menguruskan mayat-mayat mangsa."
Sehingga pada suatu hari tiba-tiba ada satu mayat itu adalah mayat anaknya sendiri di depan matanya untuk di uruskan... Dalam keadaan sedih dan hiba apa yang dapat doktor itu titipkan depan mayat anaknya hanyalah ...
"tak apalah anakku ..semoga kita akan bertemu di syurga nanti"
...Berdezup jantung bunda mendengar ayat itu...tiba-tiba sebak dan menangis bunda . Seakan-akan kisah itu berlaku di depan mata bunda.
***Allahuakbar... tak dapat di bayangkan sekiranya kisah yang sama terjadi kepada sanak saudara atau diri kita sendiri...
Sedih betul dengan kisah sebegitu kan bunda. Anak begitu merindui ayahnya. Tapi akhirnya anak telah meninggal dunia.
BalasPadamSedih dengan penderitaan mereka...semoga mereka mendapat keamanan Insya Allah :)
BalasPadamAllahuakbar... sangat-sangat sedih keadaan mereka di sana.. Ganjaran berlipat ganda menanti mereka..
BalasPadamKasihan kat mereka. Semoga Allah bantu Saudara Islam kita disana.
BalasPadamMemang sedih bunda... hati saya rasa bagai dihiris2 melihat anak2 kecil yang tak berdosa dibunuh kejam... :(( Allahuakbar... moga Allah melindungi mereka dan mempermudahkan urusan mereka semua di sana... kita sangat mengharapkan kemenangan berpihak kepada saudara seislam kita di Gaza...
BalasPadammmg tak tahan dah rasa di hati tgk penderitaan mrk……semoga pertolongan ALLAH sentiasa bersama mereka
BalasPadamsedihnya kisah doktor yg tak balik balik tu.. T_T
BalasPadamSedih melihat penderitaan mereka. hanya Allah yg mengetahui segalanya. Hanya mampu berdoa dan mengisi tabung bantuan buat mereka. Selebihnya berserh kpd Allah moga mereka di pelihara dan mendapat kemenangan..ameen.
BalasPadamSalam Aidil Fitri buat Bunda sekeluarga ..sis tak sempat tonton siaran tu,tapi membacanya di sini cukup membuatkan hati terasa remuk..bayangkanlah jika kita di tempat mereka ..
BalasPadamAl-fatihah buat mereka yang Syahid ..
BalasPadamMati akal kita nak bantu bagaimana lagi .. yang ada hanyalah doa ..
Sangat kerdil diri ini bila mengenangkannya ..
Doa kita tak putus2 untuk kemenangan Gaza kekuatan semangat jihad yang tiada pada pihak lawat,
BalasPadamsemoga kehancuran dipihak zionis laknatullah
hanya doa yang mampu dikirimkan kepada mereka di snaa.. memb aca kisah mereka membuatkan kita rasa betapa kita terlalu mewah ... selamat hari raya untuk Bunda sekeluarga...
BalasPadamHanya doa kita mengiringi mereka yang syahid Bunda..
BalasPadamAllahurobbi... kakak yg sekadar membaca pun mata rasa digenangi airmata KN
BalasPadamBegitulah bila zionis laknatullah terus bermaharaja-lela
Terusakan doa kita buat saudara kita..
Allah, sedihnya membaca. Apa yg mampu hanyalah terus berdoa utk mereka. Sama2 kita sertai kempen supportGAZA dan boykot mengikut kemampuan kita..
BalasPadamInsyaAllah kita terus berdoa mengiringi perjuangan dan jihad saudara kita di Gaza...dan kita harus tegas memboikot barangan keluaran Israel...supaya ekonomi mereka lumpuh...kita mampu mengubahnya...
BalasPadamsebak membaca kisah doktor yg bunda tulis...kesedihan kesakitan yg mrk hadapi xtergambarkan...hanya Allah yg mampu memelihara mrk n gaza drpd kemusnahan...pray 4 gaza..
BalasPadamSpeechless. Sedih sangat. Klo tgk berita pon tak sanggup nak tgk gambar² rakyat palestin. Memang kejam betul lah . Yang disasarkan adalah penduduk awam. Smoga mereka sentiasa dibawah lindunganNYA
BalasPadamsedih sangat kan bunda? cikda tahun ni anak2 dah mula faham apa itu boikot..no more coke, McD dan sekutu2nya..
BalasPadamsalam aidilfitri bunda, maaf zahir dan batin
Kita perlu desak kerajaan Malaysia memutuskan semua hubungan dagang dengan Israel. Tahun lepas Malaysia merupakan negara ke-11 yang mempunyai hubungan dagang paling rapat dengan Israel dan negara Islam nombor 1 yang mempunyai hubungan dagang terbesar dengan Israel. Kita tak boleh biarkan wang yang datang dari Malaysia digunakan Israel untuk membeli peluru bagi membunuh rakyat Palestin...
BalasPadamterkedu membacanya ... takdir Allah menemukan dia dgn anaknya dlm keadaan begitu ...
BalasPadamkita jangan berhenti berdoa buat mereka... semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini...
BalasPadamKita hanya mampu berdoa utk saudara kita di Gaza.
BalasPadamBerat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yg memikulnya..
BalasPadam#supportGaza
BalasPadamAllahuakbar....
BalasPadam#supportGAZA...
Bonda... ada 1 apps yang kita boleh download kat phone kita utk cek product yang kita beli tu pro israel or not... cekidout yer bonda apps tu..... "BuyCott”
Terasa sayu, sebak, geram apabila melihat anak-anak kecil diseksa sedemikian rupa oleh rejim Zionis Israel. Entah syaitan mana la yang menghasut kaum Zionis ni hingga hilang sifat perikemanusiaan.
BalasPadamSalam Aidilfitri Bunda.... :)
BalasPadamTak sanggup nak lihat penderitaan saudara kita di Gaza.
Nyatanya malapetaka juga datang bertimpa-timpa untuk Malaysia.
Aidilfitri tahun ni agak suram bagi Malaysia juga kami sekeluarga.
Kehilangan itu masih terasa. ;(
Anyway, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin untuk bunda sekeluarga.
Jika ada kesempatan ke Seremban, singgahlah ke rumah saya beraya ya. :)
waduhhhh mampukah kita seperti mereka?
BalasPadaminsyallah..suatu saat nanti GAZA akan bangkit
BalasPadamsalam aidilfitri
maaf zahir & batin dari Lya ;-)
Marilah kita semua bersama2 terus berdoa & terus menyokong semampunya buat Gaza... Allahuakbar.
BalasPadampray4gaza
BalasPadamSemoga rakyat Palestine khusunya di Gaza akan sentiasa dilindungi olehNya...
BalasPadamRegards,
-Strider-
sebak sgt hari2 dengar berita pasal gaza..semoga kesedihan dan kekejaman cepat berakhir
BalasPadamsedih cerita tu, syurga dijanjikan untuk anak kecik tu. harap pengunduran tentera Israel selamanya.
BalasPadamSubhanallah! Tabahnya si ayahhh tu
BalasPadamSedihnya....semoga mereka semua terus diberikan kekuatan...
BalasPadamsalam. sedihh :(( semoga Allah melindungi mereka..
BalasPadamAllah Hu Akhbar..
BalasPadamsedey kan.. bertugas demi rakyat..
saya juga amat bersimpati dengan nasib mereka
BalasPadamhanya mampu berdoa untuk keamanan mereka
p/s - saya pun tengok mhi time tu. sebak
sama sama doakan mereka.
BalasPadam