Rabu, 30 Julai 2014

Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2014 / 1435H


ehsan google


Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,  untuk anak-anak dan adik-adik bloggers bunda semua. Tiada kata-kata yang dapat di ungkapkan sempena  Hari Raya yang mulia ini selain dari Ampun Maaf Zahir & Batin sekiranya selama ini bunda ada terkasar bahasa selama perkenalan kita di alam maya ini. 

Hari ini hari ke tiga kita menyambut Syawal. Bagaimana sambutan hari raya kalian selama dua hari semalam? Semoga kalian semua bergembira di samping keluarga tercinta.  Andai kata ada di antara kalian yang sedang berkecil hati atau merajuk hati dengan ahli keluarga, ibu ayah, adik beradik  atau kawan-kawan kalian...harap-harap lupakan dan cepat-cepat minta maaf dan berbaik semula.

Ambil peluang dan kesempatan di hari mulia ini untuk bermaafan, manalah tahu kot-kot tahun hadapan kita tak sempat... hidup mati.. ajal maut ditangan tuhan...bila-bila masa saja kita akan di jemputnya...lupakan saja sengketa yang lalu. Buang yang keruh ambil yang jernih. Mudahan hati kita akan lapang apabila saling bermaafan. InsyaAllah...

Macam bunda sendiri tahun ini dua orang ahli keluarga sebelah arwah suami bunda seperti  dalam  ENTRI INI dah tiada lagi bersama di Syawal tahun ini kerana baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini.  Rasanya baru lagi Syawal tahun lepas kami bersama, bergelak ketawa dan bergurau senda...tiba-tiba tahun ini mereka dah tiada. Memang sedih, terharu dan suram sahaja sambutan Syawal tahun ini, namun kami redha, demi anak-anak hidup harus di teruskan. Allahuakbar...

Esok lusa mungkin ada yang mula masuk kerja dan akan balik kedestinasi.  Bagi mereka yang mana akan memandu untuk pulang harap-harap berhati-hati di jalan raya...dan selamat bekerja semula.




Dikesempatan ini,  terima kasih juga bunda nak ucapkan kepada dua orang Bloggers ni yang sudi kirim Kad Ucapan Hari Raya untuk bunda...  Bolehlah kalau kalian nak terjah blog mereka ni...

Terima kasih  Vee Sandi @ Qasih Vee   atas kiriman Kad Raya hijau yang cantik ni...semoga Vee bergembira di Hari Raya bersama keluarga tercinta.





Ucapan terima kasih juga bunda ucapkan kepada Blogger  JM @ Jarimanistravel   atas kiriman Kad Ucapan Hari  Raya biru untuk bunda.  Apa yang bunda di fahamkan Blogger JM ni seorang  Pengembara BackPacker, nanti terjahlah blog beliau untuk berkongsi pengalaman pengembaraannya.

Siap ada duit raya lagi untuk anak-anak bunda  katanya. Tapi anak-anak bunda dah besar-besarlah JM...  yang di bawah 12 tahun tu anak-anak saudara bunda.  So... macam mana dengan duit raya tu JM?



*** Berhati-hati Dijalan Raya...


28 ulasan:

  1. selamat hari raya bunda...shbt2 blogger kita ni ramai yg baik hatinya ya...

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri bunda.

    BalasPadam
  3. Wahh meriah.. Salam ceria Aidilfitri kpd Bunda sekeluarga. Selamat berhari raya... :)

    BalasPadam
  4. selamat hari raya aidilfitri.

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya Bunda...

    BalasPadam
  6. slamat menyambut raya moga hidup trus diberkati

    BalasPadam
  7. selamat hari raya..maaf zahir batin saah silap acik ye Bunda

    BalasPadam
  8. selamat hari raya aidilitri bonda..maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  9. assalamualaikum..

    salam lebaran..

    salam teramat rindu buat bunda(sebak :( ...)

    mohon maaf zahir dan batin..moga bunda sihat sejahtera hendaknya

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum.

    Bunda..selamat hari raya untuk bunda sekeluarga ya.. :)

    BalasPadam
  11. selamat hari rya maaf jika ada slh silap tkasar bhse terasa ati ke atau ape2 ye,bunda.. =)

    BalasPadam
  12. Salam Aidilfitri 1435H, Bunda...semoga bergembira bersama keluarga tercinta..

    BalasPadam
  13. bestnya dapat kad raya dari JM, salam shawal bunda, maaf zahir batin moga bergembira bersama saudara mara

    BalasPadam
  14. salam syawal bunda...maaf terlewat..

    p/s saya pun masih memberi duit raya pada mereka yang berusia lebih 12 tahun bunda, selagi belum bekerja..haha.

    BalasPadam
  15. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN buat bunda sekeluarga...moga bahagia selalu

    BalasPadam
  16. asalamualaikum Bunda..wah masih ingat Blog Pesona. Terima kasih ya. Selamat hari raya maaf zahir dan batin...bagus setia berinfo.semuanya menjadi khazana geogle..juga sendiri

    BalasPadam
  17. selamat hari raya bunda ... dekat jer tapi lambat sikit sampai ... heheheee

    BalasPadam
  18. Selamat Hari Raya Aidilfitri, bunda.. ^_^

    BalasPadam
  19. Selamat hari raya bunda... maaf zahir batin... :)

    BalasPadam
  20. Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin bunda & family.

    BalasPadam
  21. sy terima jg tp blom wat review lg..

    BalasPadam
  22. Salam bunda, selamat hari raya maaf zahir dan batin ye
    Ahaaa duit raya tu kasi sama zarif je lah :-)

    BalasPadam
  23. salam...wahhh..dapat duit raya sekali tu hihi

    BalasPadam
  24. alhamdulillah.rezeki utk zarif..
    saya pon ada 3 kpg kad raya dari blogger.

    BalasPadam