Khamis, 21 Ogos 2014
Hari Berkabung Malaysia Tragedi MH17 : 22 Ogos 2014
Bismillahirrahmanirrahim,
As Salam...
Pada Jumaat 22 Ogos 2014, adalah hari untuk Berkabung Malaysia sempena memperingati Tragedi Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang telah di tembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Wilayah Donestk, Timur Ukhraine. Pada hari tersebut mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba di tanah air (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam.
Majlis dan istiadat sebagai menghormati jenazah mangsa MH17 akan bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Rakyat semua di minta bertafakkur walaupun dimana mereka berada. Waktu bertafakkur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas, Jumaat antara 10.45 hingga 11.15 pagi.
Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17
* Bendera Malaysia di kibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan.
* Semua acara yang berunsur hiburan di tangguhkan pada hari berkenaan.
* Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang berugama Islam dan terlibat secara langsung . mereka di galakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), selendang hitam.
* Pada hari berkenaan juga rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.
Semoga keluarga dan sahabat handai mangsa nahas MH17 terus bersabar atas apa yang telah berlaku. Peristiwa ini juga mengingatkan kita agar mati itu pasti datang kepada kita semua yang hidup, cuma caranya dan di mana kematian itu berlaku hanya Allah juga yang maha mengetahuinya...Agar kita sama-sama muhasabah diri kita.
Wallahu'alam.
*** Ingatlah...Mati Itu Pasti ... Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan di kembalikan... Allahuakbar...
#malaysiaberkabung
#tragediMH17
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Al Fatihah Untuk mangsa yang beragama Islam..Dah lebih daripada sebulan...
BalasPadamTakziah untuk semua mangsa dan kelaurga mangsa tragedi :)
BalasPadamIn Shaa Allah... sama2 doakan
BalasPadammoga urusan membawa jenazah pulang bjln lancar..amin
BalasPadamSedih ...tak sangka berlaku begini. Moga esok selamat sampai jenazahnya kesemua.. apa pun semoga ahli keluarga mangsa akan tabah menghadapinya.
BalasPadamAl-Fatihah...
BalasPadamIn Sha Allah...moga semuanya berjalan lancar....kita sama2 doakannya...
Moga urusan bawa balik, dipermudahkan segalanya....insyallah...
BalasPadamSemogadimudahkan urusan mereka semua nanti. Sama-sama doa.
BalasPadamKullunafsin za iqotulmaut. Betul KN. Sesungguhnya setiap yg hidup pasti akan merasai mati. Itu cara mereka pergi dgn tragis, utk kita ni tak tahu lagi. Moga dimanfaatkan waktu bertafakkur itu dgn sedekah fatehah dan suroh ikhlas buat saudara Islam. Sedih...:(
BalasPadamalhamdulilah..semua berjalan dgn baik..syukur semua jenazah2 tu dpt dipulangkan balik kepada waris..semoga rakyat msia dpt berkabung tuk menghormati mereka2 yg terkorban dlm MH17
BalasPadamSedekah Alfatihah... Semoga segala urusan mereka dipermudahkan.
BalasPadamalfatihah buat mangsa beragama islam....moga urusan dipermudahkan ye bunda segala urusan nanti...
BalasPadamsaya doakan semoga keluarga mangsa sentiasa tabah...
BalasPadamDiam tak diam dah sebulan rupanya, doa dan sokongan kita tanda simpati pada keluarga mangsa. moga tabah menghadapi ketentuan ini..
BalasPadambertafakur sejenak tanda hormat n takziah sambil mengiring mrk yg pergi dgn doa2 kebaikan...
BalasPadamRest In Peace....
BalasPadamSemoga mereka yang pergi bersama MH17 aman di dunia sana di bawah rahmat Allah.
BalasPadamDan semoga misteri mereka yang pergi bersama MH370 yang sehingga kini tidak diketahui di mana destinasi terakhirnya akan diketahui sedikit masa lagi....
It will be the sad day not just to the family of the victims but also for all Malaysians tomorrow. :(
BalasPadamSimpati dan takziah pada keluarga yang menerima takdir tuhan begini.
:( :( :(
semoga mereka tabah...
BalasPadamMarilah kita sama2 support hari berkabung ini spt d sarankan. Semoga pesawat yg membawa mangsa selmat tiba
BalasPadamSemoga segala urusan dipermudahkan-Nya. Insha-Allah.
BalasPadamAlfatihah...Takziah buat keluarga mangsa.
BalasPadamSemoga urusan hari ini dipermudahkan semuanya..
BalasPadamsalam Takziah buat mereka. al Fatihah
innalillahiwainnailaihirojiun...takziah buat semua keluarga mangsa
BalasPadamTakziah untuk semua penumpang MH17.
BalasPadamKesedihan yg sukar digambarkan KN..
BalasPadamkalau kita pun boleh mengalirkan airmata bagaimanalah keluarga mereka:(
Betul tu KZ...walaupun tiada ahli keluarga sendiri terlibat..rasa hiba nya tak dapat nak ditahan2...
PadamKN yang duduk dirumah ni sejak jam 8 pagi dah stay depan tv....sama2 bertafakkur... :(
#MalaysiaBerkabung
tumpang bersedih di atas apa yang berlaku
BalasPadamsemoga keadilan akan diperolehi buat mangsa dan keluarga
apapun semoga hari ni segalanya berjalan lancar
sedih...sebak... :(
Padam#MH17
Salam takziah buat keluarga mangsa... semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para solihin...
BalasPadammembayangkan saat-saat akhir mereka dalam pesawat malang itu bunda, tak tergambar kesedihannya..
BalasPadammenatap wajah2 mereka yang ditinggalkan memang meruntun jiwa..
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. lengan baju kita basah dengan airmata, keluarga mereka tentu lebih lagi
Bagi mereka yg pernah mengalami situasi yg sama lebih memahaminya...
PadamBetapa remuk redamnya hati tatkala orang yg dikasihi keluar depan mata utk mencari rezeki...
Akhirnya pulang dengan sekujur jasad yg kaku...luluh hati ini tuhan saja yg tahu....
Berat mata orang memandang berat lagi bahu ini yg memikul...
Al Fatihah kpd mangsa yg beragama Islam... Al Fatihah... aamiin.
BalasPadamsedih dan sebak...mudah-mudahan keluarga mangsa tabah dengan ketentuan ini
BalasPadamsemoga rohnya dicucuri rahmat dan kaum keluarga diberi ketabahan..amin
BalasPadamAlfatihah pada mangsa dan semoga kluarga mangsa diberi kekuatan menghadapi ujian ini...
BalasPadamAl-Fatihah kepada mangsa..sedih dengna cara mereka 'pergi' dan di doakan agar roh mereka bersama orang2 beriman..aminnn
BalasPadamAl-Fatihah kepada mangsa..semoga semua keluarga mangsa redha dengan ketentuan Allah ini..
BalasPadamsedih kenangkan nasib mereka
BalasPadamSalam Bunda..
BalasPadamhari ni ke, smlm ye..dgr berita ada lagi jenazah yg akan sampai.. pilunya hati..
semoga keluarga mereka yg terlibat tabah..
Assalam bunda.. takziah buat keluarga mangsa..
BalasPadamustaz husna ada ckp, org islam tak elok amalkan adat berkabung pakai pakaian serba hitam itu semua..
Wallahualam..