Selasa, 26 Ogos 2014

Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia 2014










MALAYSIA...Disini Lahirnya Sebuah Cinta


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia 2014 bertemakan   'MALAYSIA...Disini Lahirnya Sebuah Cinta'.  Tema yang di beri menekankan semangat untuk melahirkan semangat kecintaan terhadap negara tercinta.


Angka 57 yang berlambangkan jalur gemilang bermakna Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke 57. Angka 57 itu sendiri melambangankan kematangan negara.




Jadual Sambutan Hari Kemerdekkan 2014 ke-57



* Sambutan hari kemerdekaan akan bermula dengan program Doa Untuk Malaysia pada 15 Ogos di Masjid Putra, Putrajaya.

* Hari Kempen Kibar Jalur Gemilang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15,16 Ogos di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

* Konsert Harmoni Dan Uniti pada 23 dan 24 Ogos di Dataran Merdeka.

* 28 Ogos hingga 1 September Program Minggu Merdeka di Kuala Lumpur.

* Turut diadakan Memori Jalan Chow Kit  2.0 bermula 29 hingga 31 Ogos di Kuala Lumpur.

* Malam 30 Ogos  Amanat Merdeka 2014 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak  di Kuala Lumpur.

* Kemuncak sambutan iaitu acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

* Bagi sambutan Hari Malaysia ke-57 di Sarawak akan di adakan pada 16 September.




Video Dan Lirik Lagu Tema Hari Kemerdekaan Ke 57 Tahun 2014









Lirik Disini Lahirnya Sebuah Cinta


Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya























54 ulasan:

  1. selamat menyambut hari kemerdekaan bunda...

    BalasPadam
  2. Salam merdeka buat Bunda dan seluruh rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  3. saya suka lagu warisan nyanyian sudirman
    lagu tema kebangsaan tahun ni ada dengar
    tapi kurang suka mendengarnya =)
    apapun semoga kemerdekaan yang kita miliki hari ni
    akan berkekalan

    BalasPadam
  4. Saya bangga menjadi anak Malaysia..Di sini lahirnya sebuah cinta!

    BalasPadam
  5. Selamat menyambut hari kemerdekaan Bunda... :)

    BalasPadam
  6. suka lagu tema merdeka thun ni tetapi Lagu Nyanyian Sudirman tu tetap di hati

    BalasPadam
  7. selamat ulangtahun hari kemerdekaan ke 57...indah sekali lirik fedtri yahya tu kan...

    BalasPadam
  8. Hari kemerdekaan adalah warisan kita yg amat berharga.. bersama2lah kita semua menghargainya. Merdeka!!!

    BalasPadam
  9. Ada jugal konsert ye bunda. Ingat dalam mood bersedih lagi dan konsert dimansuhkan.

    BalasPadam
  10. tak silap liriknya di tulis ahmad fitry yahya
    lahirnya sebuah cinta..
    bguslah klau semua org sedar diri..

    BalasPadam
  11. saya bangga jadi anak malaysia!! heheheeh

    tapi kali ni sambutan agak suram kan bunda....kebetulan 30hb tu kumpulan jenazah ke 3 akan sampai..... sayu utk tgk upacara tu nanti....

    BalasPadam
  12. Salam Bunda...sama2 kita menghayati erti kemerdekaan.

    BalasPadam
  13. Semoga kemerdekaan negara yg disambut sejajar dgn kemerdekaan diri sebagai hamba Allah yg merdeka. Melunasi setiap tuntutan tanpa rasa syak dan curiga..

    Beruntung kita lahir dah merdeka berbanding zaman baginda rasulullah ramai yg menjadi hamba kepada sesama manusia.

    BalasPadam
  14. mcm mn pun sy prefer lagu sudir warisan

    BalasPadam
  15. salam kemerdekaan bunda
    untung kt generasi skarang..nikmati hidup hasil perjuangan dulu

    BalasPadam
  16. Salam kemerdekaan untuk seluruh rakyat Malaysia..Kita suka lagu Cinta ni....

    BalasPadam
  17. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57..

    banyak event kat KL...Memori Jalan Chow Kit 2.0 macam menarik..

    BalasPadam
  18. Selamat menyambut hari kemerdekaan bunda.

    BalasPadam
  19. Semoga kita juga berusaha memerdekakan jiwa dari pemikiran lama yang merugikan masa depan negara...

    BalasPadam
  20. Selalunya bila Hari Merdeka, lagu Tanggal 31 Ogos juga lah yang terngiang-ngiang di telinga. Jarang nak ingat lagu yang baru-baru ni. Salam Merdeka Bunda. =)

    BalasPadam
  21. arwah mak saya suka lagu ni
    tahun ni raya ke apa ke
    semua saya rasa hambar
    namun kemerdekaan tu tetap memberi erti yang besar
    pada kita

    BalasPadam
  22. Di sini lahirnya sebuah cinta ni mengingatkan wanie pada lagu sudirman...sangat suka lagu ni..

    BalasPadam
  23. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan bunda..kalau dpt pergi smbtn merdeka lg best..;D

    BalasPadam
  24. Selamat menyambut hari kemerdekaan buat Bunda Sekeluarga... :)

    BalasPadam
  25. saya teringin nak tgk Memori Jln Chow Kit tu :)

    BalasPadam
  26. Selamat menyambut kemerdekaan, bunda... bangga dan syukur jd anak malaysia...

    BalasPadam
  27. Macam-macam acara yang ditaurkan. Semoga ada kebaikkannya.

    PS: Jemput join segmen saya buat kawan-kawan.

    BalasPadam
  28. Selamat Hari Merdeka Bunda...

    BalasPadam
  29. Suka lagu nie..,Salam Hari Merdeka Bunda..=D

    BalasPadam
  30. igtkan lagu sudirman tadi
    Salam hari Merdeka Bunda n semua

    BalasPadam
  31. OH MALAYSIAKU.. DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA..

    BalasPadam
  32. http://madey09.blogspot.com/ ini lah blog baru etuza ya. Masih dalam proses nak kemas kini kan. Penat jg ya cari tamplate baru..nak buat sendiri kurang mahir. Ni pun jadilah janji header kesayangan masih dulu. Salam merdeka merdeka kan diri dari sikap nagetif ..tahniah blog wajah baru ..

    BalasPadam
  33. Salam Bunda..
    Lama cma tak singgah sini..dah tukar cat baru rupenye. kaler biru gitewww i likee.. hihih..
    salam merdeka bunda.. alhamdulillah.... :)

    BalasPadam
  34. Jangan lupa join segmen ABM ye
    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/2014/09/segmen-giveaway-merdeka-hari-malaysia.html

    BalasPadam
  35. kalau dulu nak senang ingat mesti hari2 nyanyi kat perhimpunan sekolah pagi..hahaha..
    sekarang ikut mood laa klau nak nyanyi pon..:p

    BalasPadam
  36. Singgah isi tabung nuff bunda... :)

    BalasPadam
  37. salam perkenalan bunda.. lagu ni kalu kita hayati betul2 amat besar maknanya untuk diri kita..keluaega dan negara kita kan,,,

    BalasPadam
  38. Alhamdulilah..rasa bersemangat bila dengar lagu kemerdekaan tu..anak-anak sue pun suka ...

    BalasPadam
  39. cinta amat diperlukan Malaysia di kala dilanda musibah yang pelbagai...

    BalasPadam
  40. Salam kemerdekaan bunda. Smoga kita sentiasa bersyukur dgn keamanan yg sedang kita kecapi hari ini. Kerana di sini lahirnya sebuah cinta...cewahhh...

    BalasPadam
  41. Masa zaman remaja dulukan Bunda, saya suka betul lagu ni. Tapi bukan sebab negara tercinta, sebab asyiklah teringat kat boyfriend. Kih3x.

    Semoga kemerdekaan negara kita ni akan kekal buat selamanya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, Bunda! Ni bukan lagu Sudir yang mendayu-dayu tu ke? Tagline je ke sama? Aduh, nampak sangat takda semangat patriotik tau!

      Padam
  42. salam kemerdekaan...buat semua

    BalasPadam
  43. lagu sudirman yg tetap segar di ingatan ... bunda, saya dah buka blog baru dan update di situ ->http://cetusanmind.blogspot.com/ ... blog lama dah x aktif

    BalasPadam