Jumaat, 31 Oktober 2014

Amalan : Doa Dan Zikir..



Bismillahirahmanirrahim, As Salam....

Sedar tak sedar kita telah hampir ke penghujung tahun 2014...dan akan masuk pula tahun baharu Masehi 2015..  Se kejap ajer rasanyer masa berlalu...

Bagi anak-anak yang menduduki peperiksaan UPSR tak lama lagi (pertengahan November)
akan keluarlah keputusan peperiksaan mereka...

Setelah berbagai tekanan yang mereka alami dengan kes kebocoran kertas soalan
peperiksaan mereka baru-baru ini.

Di harap segala kesulitan itu selesai dengan hati dan keputusan yang membanggakan untuk pelajar dan ibu bapa mereka  ..mungkin segala yang berlaku ada hikmah di sebalik nya ...
InsyaAllah.

Begitu juga bagi pelajar tingkatan tiga yang baru sahaja mendudukki peperiksaan PT3 pertama mereka baru-baru ini se telah peperiksaan PMR di mansuhkan. Di harap pelajar ini juga terus bersabar menunggu keputusan mereka.

Bagi pelajar tingkatan lima 2014  ...mereka pula akan menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi... Kalau tak silap bunda pada tarikh 3 November hingga Disember 2014. Begitu juga bagi pelajar tingkatan enam yang menduduki peperiksaan STPM 2014 juga sesetengah IPTA/IPTS..

Tak kira lah peperiksaan untuk sekolah rendah, menengah dan IPT...Lagi sekali pelajar dan ibu bapa di uji bagi persiapan mental dan fizikal ... walaupun ada yang sudah bersedia sejak awal tahun lagi.. tapi tak kurang juga mereka yang masih membuat
persediaan akhir...

Di sini bunda ingin berkongsi sedikit... Doa Dan Zikir.. (seperti perkongsian yang bunda dapat dari rakan FB..di atas) untuk kita ibu bapa  amalkan untuk anak-anak  yang akan menghadapi peperiksaan nanti... semoga apa yang kita doa akan di makbulkan  Nya...
InsyaAllah..

Sebagai seorang pelajar pula... kalian tidak perlu terlalu stress atau tertekan...walau apa pun keputusan nya nanti terima lah dengan hati yang terbuka dan redha...

Dalam situasi ini selalunya ibu bapa lah (terutama ibu) 
yang terlebih gabra dan teruja menanti keputusan anak-anak.. Bunda dah alami semua itu...
bunda faham sangat. Baik semasa anak-anak nak mula exam atau pun semasa mengambil keputusan, ibu bapa yang terlebih excited dan gabra.
Biasalah tu...

Anak bunda empat orang, semua dah besar panjang...dua dah kerja. Dulu masa arwah suami ada segalanya boleh berkongsi. Suka duka semasa mendidik dan membesarkan anak-anak. Semasa anak-anak nak ambil exam dan keputusan .

Kini setelah hampir tujuh tahun arwah pergi segalanya bunda hadap sendiri dalam membesar dan mendidik anak-anak sendirian.  Masa arwah pergi tu anak-anak masih belajar. Kalau yang suka dan baik-baik tu , bunda duduk sorang-sorang bunda tersenyum sorang-sorang sambil menadah kesyukuran.

Tapi bila ada yang mengecewakan...bunda menangis sorang-sorang sambil mencari silap bunda...dan terus berdoa untuk keselamatan dan kecermelangan anak-anak seterusnya. Itulah bunda...

Kepada pelajar yang bakal mengambil peperiksaan nanti...Jagalah kesihatan, jaga akhlak dan pergaulan. Sekiranya kalian memang sudah benar-benar berusaha, mengulang kaji secara istiqomah
dan menjaga hubungan baik dengan ibu bapa, guru-guru...apa lagi hubungan
dengan Allah S.W.T...

Maka semua itu InsyaAllah akan berjalan lancar...



***Apa-apa pun... ingat dan berpeganglah bahawa segala nya perlu di iringi dengan ...
..usaha, doa, tawakkal dan redha....
wallahu'alam***

42 ulasan:

  1. Assalamualaikum Bunda, inshaAllah bole amalkan, ada ibubapa yang berpuasa bila anak menduduki exam ni.

    BalasPadam
  2. Ada berbagai cara utk berdoa buat ibu-bapa lakukan ketika anak di dalam dewan peperiksaan
    Yg penting doa mestilah menjurus utk memudahkan dan moga mendapat keputusan cemerlang..

    BalasPadam
  3. assalam bunda, alhamdulillah sbg ibubapa kita tak putus berdoa utk mereka selain mereka sendiri dgn usaha masing².

    BalasPadam
  4. Asalam bunda, bagus entry ni kebetulan anak ke tiga nak ambil exam minggu depan...terima kasih amalan ini

    BalasPadam
  5. assalam bunda...doa doa tersebut boleh juga digunakan utk adik2 sy yg sdg mengadapi peperiksaan.

    BalasPadam
  6. Memang sekejap je kan..
    Takut jugak rasanya, sebab putaran Bumi dah terlalu laju.

    BalasPadam
  7. Bunda ..terima kasih banyak2 ..good sharing...anak sura yg sulong pon Spm ..memang rasa takut...Uminya yg lebih..tuan badan biasa jer..terharu pulak sura baca kisah bunda dh 7 tahun sorang2 mengharung suka duka..bersama anak2..semoga Bunda terus tabah dan cekal..sura tabik kat Bunda..:)

    BalasPadam
  8. anak sedara saya ada sorang nak ambik spm
    moga semua calon exam spm n stpm boleh buat
    yang terbaik,insha Allah

    BalasPadam
  9. thanks bunda.. boleh cikna amalkan bila nak exam nanti.. :)

    BalasPadam
  10. esok kena jadi pengawas spm.
    biasanya sebelum nak start tu, kita ingatkan pelajar supaya baca bismillah dulu sblm mjawab.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah...terima kasih atas perkongsian ini Bunda...semoga adik2 yang menduduki SPM esok mengamalkannya dan berdoa semoga di permudahkan...

    BalasPadam
  12. Selamat tahun baru Bunda... :D

    BalasPadam
  13. Salam. Hee semoga semuanya sihat mak bunda.

    BalasPadam
  14. Assalam bonda..terima kasih yer..zikir ni ti nak bagi kat adik ti spm tahun ni

    BalasPadam
  15. Hari ini SPM bermula, good luck buat adik2 yang menduduki exam, insya allah kejayaan sentiasa bersama mereka. aamiin..

    BalasPadam
  16. Ya Allah, bila julia baca entry bunda ni, julia pula rasa debarannya...sungguh sudah 13 tahun julia meninggalkan alam SPM...dah punya suami dan anak...nanti anak nak periksa julia pasti akan rasa balik debaran itu...ya Allah permudahkanlah anak2 bangsa kami ya Allah...amin...

    BalasPadam
  17. assalam.
    bunda.. thanks bunda berkoNgsi.sy dh bookmark ni : )

    ppstt: sikecik sy dh pandai sembur air liuar siap bunyik macam moto lg.rambut sy pon dh mula gugur.. :)

    BalasPadam
  18. gud sharing...boleh amalkan ni bila ada ank dh sekolah ;)

    BalasPadam
  19. Moga semua calon SPM dapat menjawab dengan tenang dan berakhir dengan keputusan cemerlang hendakNYA.

    BalasPadam
  20. Bagus diamalkan...bukan anak ja risau nak exam, ibubapa lagi bertambah risau

    BalasPadam
  21. bunda.. anak saye kecil lagi.. kalau panjang umur inshaAllah saye akan laluinye juga..

    BalasPadam
  22. salam knal bunda.ank zila pt3 thun ne..lg 2 thun..risau sbnrnye ne..

    BalasPadam
  23. =D tips bagus ni Bunda! hehehe.. p Luna kalau takut/neves cepat2 call ibu Luna, walaupun dah tau dah jawapannye ape.. bace ayat kursi.. alftihah.. selawat... hehehe... mungkin suare sorang ibu tu yang menenangkan kot....

    BalasPadam
  24. Assalam Bunda,
    salam kunjung balas dari selatan
    blog yang very informative ni bunda..:)

    BalasPadam
  25. boleh dijadikan amalan untuk aina amik periksa nanti.... tp lama lagi lah..hihi

    BalasPadam
  26. Semoga berjaya kepada adik2 SPM! dan yang sedang menghadapi exam2 lain.

    Insha-Allah.. satu tips yang bagus untuk diamalkan. =)

    BalasPadam
  27. salam kenal bunda...

    semoga berjaya semua adik2 yg mengambil SPM..insyaAllah..

    BalasPadam
  28. Walaupun dah lama berlalu, masih segar lagi dalam ingatan setiap kali nak mendudukki peperiksaan besar ni, Bunda terutama SPM. Aduhai, memang kecut perut kali pertama nak masuk dewan peperiksaan. Tapi yang lagi kecut perut sampai tak leh tidur, bila keputusan peperiksaan keluar. Aduhai....

    BalasPadam
  29. baca surah Ar Rahman pun bagus jugak...
    utk permudahkan urusan boleh baca " robbana atina mil ladun ka rahmatan wahai'lana min amrina rosyada "

    BalasPadam
  30. good luck untuk anak-anak yang nak ambil peperiksaan ^^

    BalasPadam
  31. Amalan yg sememangnya baik diamalkan berterusan kan Bunda. Apa pun, slmt menduduki peperiksaan kpd semua calon2 SPM... all the best!!

    BalasPadam
  32. Asalam bunda Etuza nak copy banner ni ya..tq

    BalasPadam
  33. Selain dari usaha... doa juga sama penting... kita berusaha... DIA menentukan... :) All d best to SPM candidates

    BalasPadam
  34. Assalam

    Singgah sini http://nurqasehbiz.blogspot.com/2014/11/blog-komer-di-blog-kemer-jom-terjah.html

    BalasPadam
  35. setuju, yang paling penting, bila dah usaha, bertawakal dan berdoalah.... kite serah urusan seterusnya pada si DIA yang berkuasa kan... :D

    BalasPadam
  36. Terima kasih Bunda atas perkongsian :D

    BalasPadam
  37. Alfatihah buat arwah suami KN....sedihnya KN, dulu berdua tp kini dah berseorangan. Nak buat macamanakan KN yg hidup pastinya akan mati....kalau boleh mmg kita nak bersama sampai ke akhirnya....

    Memang jadi ibu ni lebih gabrahnya hihi.....sama rupanya mana mana ibu pun yer KN

    BalasPadam
  38. Walaupun tu semua ujian..
    Tapi, kena tabah & teruskan..
    Jangan berhenti di tengah jalan.
    Never quit..
    Never give up..

    BalasPadam
  39. Semoga berjaya buat semua calon2 SPM. Boleh gunakan doa dan zikir dari bunda ini untuk ketenangan, kekuatan dan keyakinan dalam diri.

    BalasPadam