Selasa, 28 Oktober 2014

Pesakit Kanser Endometrium



As salamualaikum wbt:
segala puji-pujian kpd ALLAH SWT YG MAHA ESA.

Tanggal 25hb Mac 2012; jam 4.30 petang adalah merupakan satu detik yg tidak mungkin saya lupakan. Pd hari tersebut ; berseorangan tanpa ditemani sesiapa; saya menerima berita bahawa saya telah disahkan menghidap kanser Endometrium (uterus). `Clear Cell Adenocarcinoma - mitoses are raedily seen!'. Terkedu saya; tak tau nak kata apa; nak nangis; malu kat Doktor. So saya tahan emosi dan buat muka seposen seolah-olah; i am not effected by the news'. Ala-ala control ayu ..... lah kan.
(Dalam hati .... hanya ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui)
Sewaktu menerima berita itu; saya dalam kebingungan dan `blank'. Fikiran kosong dan hilang punca untuk berfikir. Dalam kereta sewaktu memandu sepanjang jalan pulang ke rumah; saya menangis kebuntuan. Terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran; Saya tak pernah sakit, malah sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat; sangat menjaga kesihatan; bersungguh-sungguh menjaga pemakanan malah adakalanya saya rajin bersenam & ke gym utk melakukan senaman.
Orang pertama yang saya telefon adalah Agen Insuran saya; Chee. Dlm kesedihan yang amat sgt; saya telefon bertanyakan Chee adakah Polisi Insuran Kesihatan  saya akan menanggung segala perbelanjaan pembedahan untuk membuang sel kanser ini. Jawapan beliau: YA; dan beliau menasihatkan saya utk melakukan pembedahan tersebut dengan segera.
To be honest; ketika itu saya belum bersedia berkongsi berita dengan sesiapa pon kecuali diri saya sendiri.

SUMBER



Berahsia tentang sakit kanser akan hanya memberi tekanan pd diri kita.. so let it go. perlu ada keberanian utk berkongsi dgn umum. Sewaktu saya mula-mula mengetahui bahawa saya mengidap Kanser Endometrium, saya telah merahsiakan perkara ini dari pengetahuan keluarga. Selain dari Doktor , saya hanya memaklumkan kepada agen Insuran (kerana takut memikirkan kos rawatan yang perlu ditanggung samada mampu atau tidak). Mengetahui saya mengidap penyakit yg sangat menakutkan: Kanser - 
sambil memandu kete bersendirian ... saya menangis sepanjang jalan dari hospital ke rumah Apabila sudah bertenang saya menelefon sahabat baik saya Hjh Hafiza ... dan saya kongsikan berita sedih itu dan meminta beliau untuk merahsiakan seketika. Saya tidak tahu bagaimana untuk bercerita dengan keluarga. Takut anak2 akan risau .. takut ibu bapa saya bersedih (bapa saya baru sahaja menjalani rawatan pembedahan jantung di IJN) Saya tidak punya `kata-kata' yang sesuai untuk bercerita kepada keluarga tentang penyakit yang saya hidapi.

SUMBER




Sebagai orang Islam; kita wajib percaya kepada Qada & Qadar. Segala-galanya dlm hidup kita sudah tersurat dlm taqdir yg ditentukan ALLAH SWT dan telah tertulis di Lauh Mahfuz. Malangnya tiada manusia yang tahu bila tarikh kematian; bila ajal akan menjemput. Oleh itu adalah wajib untuk kita berusaha untuk terus hidup dan biarlah kita sihat dalam meniti hari-hari kehidupan.
Ramai yang bertanya tentang PEMAKANAN Pesakit Kanser. Terus terang saya katakan; pada awal saya mendapat tahu saya mengidap Kanser Endometrium; saya sangat keliru & panik. Apa jua yang dicadangkan oleh sahabat saya cuba amalkan. Apa jua pantang larang pemakanan Pesakit Kanser akan saya elakkan. Dan akhirnya saya menjadi sangat penat. I am mentally exausted. Bukan mudah untuk mengubah diet & tabiat pemakanan apatah lagi saya telah menikmati segala-galanya yg HALAL selama hampir 43 tahun. 
Pada mulanya saya menukar pemakanan ayam kpd ayam kampung; mangelakkan roti putih dan hanya makan capati untuk sarapan pagi; malah saya belajar cara untuk membuat capati sendiri. Lama kelamaan tepung capati pun jahanam dimakan bubuk.

SUMBER




Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai airmata,

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu  daripada sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia." (HR Abu Dawud)



Ketiga-tiga singkatan entri di atas adalah secebis kisah dari seorang wanita pengidap 'Kanser Endometrium'...

KISAH BENAR bagaimana beliau mula-mula mendapat tahu beliau di sahkan sebagai  'Pesakit Kanser Endometrium'  dan bagaimana penerimaan ahli keluarga terdekat dan bagaimana beliau tabah melawan penyakit.

Mula-mula bunda mengetahui kisah beliau setelah menonton satu rancangan tv (WHI TV3). Bunda berasa sangat terharu dan bunda terpanggil untuk berkongsi pengalaman wanita ini dengan kalian...

Bunda pun segera search blog beliau.  Sekiranya kalian ingin  terus membaca pengalaman wanita tabah ini melawan  'Penyakit Kanser Endometrium' (uterus) kalian boleh membaca melalui blog lengkap beliau seperti di bawah ini.

Semoga kisah dan pengalaman wanita ini menjadi pedoman untuk kita kaum wanita......juga tak ketinggalan kaum lelaki yang prihatin juga...



SUMBER LENGKAP DARI BLOG:  http://tinta-zue.blogspot.com/



55 ulasan:

  1. Salam Kak N. Sekarang sedang berlangsung kempen kanser di mana-mana. Serius, saya pun bimbang.

    BalasPadam
  2. Sungguh kakak pun ngeri dan takut tentang kanser ini KN
    Sebab sebenarnya setiap manusia hidup ada sel kanser cuma ianya aktif atau sebaliknya
    Ujian Allah buat mereka yg menghidapinya..

    BalasPadam
  3. kanser ada dalam setiap badan manusia kan. Bezanya cuma aktif dan tak aktif saje. moga kita semua dilindungi Allah...

    BalasPadam
  4. Bila Allah mengizinkan, siapalah kita untuk menidakkannya. Pada saya bila kita sakit kronik kita lebih bersedia. Bukankah itu tanda kasih sygNya

    BalasPadam
  5. rasanya elak untk tahu dr tahu.. bila tahu mcm2 perasaan akn dtg... bila kita tk ambil tahu plk.. lgi parah, tahu2 stage4 lgi parah, dh mnyusahkn semua org..
    tk pernah sakit, jga pemknan tup2 ada sakit mcm ni... hnya Allah saja yg tahu.
    nor tak tahu mcm mna nak dpt redha itu bila tiba2 dpt thu sakit cancer.
    penyakit yg di geruni itu.

    kakak saya dh meninggal umur 35 thn kanser payu dara

    BalasPadam
  6. bila Allah dh bg siapa kita untuk tolak

    BalasPadam
  7. Assalam bunda, tajuk entry ini sangat2 beri daya tarikan tinggi untuk julia baca...subhanaAllah rupanya banyak yg perlu kita belajar bila ditimpa musibah sebegini...julia nak baca blog beliau...terima kasih bunda.

    BalasPadam
  8. ya Allah semoga kita dijauhkan penyakit2 yg berbahaya..mmg sukar untuk menerimanya..tapi kita sebagai hambaNYA hanya mampu redha atas qada dan qadarnya

    BalasPadam
  9. baca cepisan kisah pun buat saya terharu
    zaman sekarang kes kanser memang agak tinggi
    moga si pesakit tabah dan kita dijauhkan dari penyakit tersebut

    BalasPadam
  10. Terkejut seketika..ingatkan KN yang dapat sakit kanser ni...apapun thank you sharing kisah yang amat penting dan berguna..

    BalasPadam
  11. Thanks for sharing.. moga kita semua selamat dari penyakit kanser ni... amin..

    BalasPadam
  12. Ipar saya (perempuan) meninggal tahun lepas kerana kanser paru-paru. Dia bukan penghisap rokok pun, tapi jika begitulah takdirnya apa nak buat. Dia cuma tahu sakitnya bila sudah berada di tahap akhir. Hanya 2 minggu sempat makan dan tidur di hospital, kemudian dia pergi meninggalkan suami dan anak-anak yang masih kecil...

    BalasPadam
  13. Saya pun risau ttg penyakit kanser ni. Semoga kita semua sentiasa dilindungi & dikurniakan kesihatan oleh Allah swt... aamiin. T kasih atas perkongsian Bunda.

    BalasPadam
  14. Macam-macam jenis penyakit kanser kan kak
    moga kita dijauhi dari penyakit merbahaya ni

    BalasPadam
  15. Thanks for sharing this info...kdg2 nak share dengan ahli keluarga pun tak best jg, takut mereka pun sama-sama risau, kdg2 mereka beri tekanan juga tapi sharing is caring..ibarat satu badan, jika satu anggota sakit, anggota lain pun merasa sakit juga..

    Selalulah buat medical check-up, supaya kita tahu tahap kesihatan kita terutamanya internal organs, susah nak kesan, bila dapat tahu, dah tahap2 tinggi..

    BalasPadam
  16. Salam. Hee semoga dijauhkan dari penyakit kanser.

    BalasPadam
  17. Memang takut dengan penyakit ni kan. Semoga Allah SWT pelihara kita semua.

    BalasPadam
  18. petang Bunda...satu perkongsian yg sangat bagus dan membuka mata...semoga diberi ketabahan bagi yg terpilih.Dan dijauhkan dari semua penyakit-penyakit berbahaya buat kita semua..:)

    BalasPadam
  19. tq berkongsi sama kak... sesungguhnya sbgai hamba Allah yg lemah, padaNya juga kita meminta moga dipelihara kita dari segala musibah , tp andai diturunkan ujian buat kita redha dan bertabah kerna ada ganjaran besar disebalik apa yg ditimpakan bunda !

    BalasPadam
  20. assalam bunda....andainya kita berada ditempatnya ,tentunya berbagai perasaan timbul...bukannya mudah nak menerima hakikat.

    BalasPadam
  21. moga kita semua dijauhkan drpd penyakit ini aminnn...

    BalasPadam
  22. p/s menjawab pertanyaan:

    boleh je kalu nk guna asam jenis serbuk tu... ;-)

    BalasPadam
  23. Mula baca kak zai ingat cerita bunda.
    Kak zai pun takut sangat dengan penyakit ini. Semoga kita semua dijauhi dari penyakit yang merbahaya.

    BalasPadam
  24. assalam moga Allah mnghindarkan kita drpd musibah ini...

    BalasPadam
  25. Komited menjaga pemakanan adalah usaha kita. Tapi jika berlaku juga penyakit, itu adalah qada dan qadar Allah.

    Benar... itulah ujian dari Allah!

    BalasPadam
  26. Semoga dijauhkan dari penyakit-penyakit seperti ini..

    BalasPadam
  27. berat dugaan sakit ni, nak pula kena penyakit kanser.. kalau diduga macam ni mental kena kuatkan.. kita berdoa semoga kita smeua dijauhkan dan disembuhkan daripada penyakit yang bahaya

    BalasPadam
  28. KN....simpati dah sedihnya baca kisah dia. Hanya org yg menanggungnya saja yg tahu bagaimana celarunya perasaan mereka kan KN...Moga mereka tabah dan diberikan peluang untuk sembuh insyaallah.... Semalam ada dengar pasal solat tahajud yg boleh meningkatkan antibodi...

    BalasPadam
  29. Setiap manusia ni ujian nya berbeza beza kan, kak..
    Tapi Allah itu Maha Adil, DIA tak akan uji kita andai kita tak mampu

    BalasPadam
  30. memang risau bila tiba bab kanser... semoga beliau tabah menghadapinya...

    - Mia Liana -

    BalasPadam
  31. Pesakit kanser perlu kuat mental dan emosi...kanser skrg x mengenal salasilah keluarga....bila2 manusia mmg terdedah dgn kanser

    BalasPadam
  32. as salam bunda.. menjenguk ke sini semula.. terima kasih kerana sudi menyingah di blog saya.. berbagai rasa dtg bile baca kisah yang bunda kongsikan kat atas ini.. terpikir bagaimana kalau ianya terjadi pada diri sendiri.. Allahu.. mintak dijauhkan la...kita tak menyangka kan sume yang terjadi dalam sihat2 beliau rupanya menghidap penyakit yang serius..

    BalasPadam
  33. Betapa berat mata kita memandang pasti berat lagi bahu mereka (pesakit kanser) memikulnya. Sebagai muslim apa yang boleh saya katakan ialah agar mereka dapat menerima ketentuan Allah swt dengan tabah dan sabar serta tidak bersangka buruk terhadap Allah. Allah bersama orang2 yang sabar. Tentunya begitu mudah kita berkata-kata. Belum tentu bagaimana keadaan kita sekiranya kita ditempat mereka. Apa pun semuga kita semua di dalam perlindungan Allah swt dari sebarang musibah penyakit yang menggerunkan ini.

    BalasPadam
  34. Kita merancang, Tuhan merancang. Tuhan sebaik-baik perancang

    BalasPadam
  35. Myra sendiri pun ada endo tapi sejenis ketumbuhan bukan kanser..

    Tiada tanda2 tetiba disahkan oleh doktor, dan dah operate tahun 2011.
    Tahun 2014 sekali lagi ia hadir, tapi Myra tingkatkan pengambilan suplemen, alhamdulillah hilang.

    BalasPadam
  36. risau ...jauhkanlah dari ujian sebegini

    BalasPadam
  37. Asalam bunda, mula membaca ingat kan Bunda yang kena, dah mulai berdebar..alhmadulillah selamat. sedih dan rasa belas kasihan tetapi tiada yang lebih bermakna selain redha. Tiap kita ada ujian dariNya.Semoga wanita itu tabah. Inshaallah akan jengok blog itu..

    BalasPadam
  38. sihat pun ada ujian tak sihat ujian juga, semua ada pro kontra..semoga kita jauh dari semua masalah kesihatan..

    BalasPadam
  39. Allahhh... sayu hati membacanya... semoga mereka diberikan kekuatan dalam menempuh dugaan besar ini...

    BalasPadam
  40. Nauzubillah.
    Harap Allah jauhkan dari penyakit2 yang sengsara ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/09/mukmin-yang-kuat-lebih-dikasihi-allah.html

      Padam
  41. kanser memang ditakuti, pengalaman dilalui ayah saya, seorang pesakit kanser darah selama 14 tahun juga masih trngiang2 di fikiran. itulah ujian yang Allah beri pada keluarga kami

    BalasPadam
  42. Program awareness byk bergiat aktif skang ni...kena sentiasa amik tahu kan...kadang Kita sakit sikit2 rasa remeh temeh x buat pemeriksaan lanjut. Apa pun Semoga Kita dilindungi Allah s.w.t

    BalasPadam
  43. Salam singgah sini Bunda...Semoga kita semua di jauhkan dari penyakit merbahaya ni...

    BalasPadam
  44. klu cakap bab kanser mmng takut n mntk di jauhkan la kan....

    BalasPadam
  45. singgah petang.dtg sambung komen.hihi
    kan, skrg ni mana mana ada kempen pasai kanser.sentiasa beringat dan ambik tahu serba sikit.thanks bunda berkongsi :)

    BalasPadam
  46. Sihat pun ujian sakit pun ujian. Jaga pemakanan mcm mana pun kalau Allah nak bagi sakit sakit la jugak. Ikhtiar cari penawar.

    BalasPadam
  47. Sekadar cebisan cerita pun dah tahu betapa tersiksanya hati bila dapat tahu diri berpenyakit kanser. Memang takut bila mendengar cerita. Harapnya minta dijaukan dari pengalaman yang sama. Segalanya ujian dari Allah, kan Bunda. Allah takkan uji sesuatu yang tak mampu untuk kita tanggung.

    BalasPadam
  48. tabah kak.. ujian datang pada yang mampu menanggungnya. CT faham bila akak cakap takut anak-anak risau takut orang sekeliling risau. sebab CT dah lalui perasaan tu. lagi lagi dalam situasi tak dapat membantu. semoga Allah mudahkan urusan buat akak.. take care.

    BalasPadam
  49. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    BalasPadam
  50. ANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BERJAYA DIUBATI :

    KANSER PARU-PARU
    KANSER USUS BESAR
    KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM
    KANSER PUNDI KENCING
    LEUKIMIA
    KANSER REKTUM/DUBUR
    KANSER TULANG
    KANSER OTAK
    KANSER OVARI
    KANSER HATI
    KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA
    KANSER PAYUDARA
    KANSER RAHIM
    KANSER PROSTAT
    KANSER PERUT
    KANSER PANKREAS
    KANSER PITUITARI
    KANSER KELENJAR LIUR
    KANSER VAGINA/FARAJ
    KANSER KULIT
    KANSER MULUT
    KANSER HIDUNG
    KANSER TIROID
    KANSER TEKAK
    KANSER TESTIS
    KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN
    KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU
    DAN LAIN-LAIN KANSER

    BalasPadam
  51. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    BalasPadam