Jumaat, 21 November 2014

Azab Di Padang Mahsyar.




Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Salam Jumaat,  satu perkongsian ilmu dari rakan whatsApp untuk pencerahan bersama...semoga dapat kita mengambil sebagai peringatan ..

Kata Ustaz... Mahsyar ni punyalah lama sampai kita tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam Mahsyar. Para sahabat Rasulullah  s.a.w bertanya, Mahsyar kat mana? Jawab Rasulullah  s.a.w, Mahsyar ini di bumi ini sendiri di mana bumi ini di hamparkan. Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.

Ini terjadi bila, Malaikat Israfil meniup sangka kala pada pertama kali. Kali kedua Malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, di mana kita?

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke Mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Nabi Adam a.s.  sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini di bangkitkan dalam keadaan lapar dan haus serta bertelanjang bulat di hambat ke Mahsyar. (rujuk surah yassin ayat 52 - 54).

Di tambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat di pastikan jumlah makhluk pada hari itu. Saidatina Aisyah r.a.  pernah bertanya Rasulullah s.a.w, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita? Lalu di jawab Nabi s.a.w  dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri... Rujuk surah A'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke Padang Mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,  dan yang istimewa di bawa oleh Malaikat Munkar dan Nakir.  Bila sampai di Mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi.  Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam a.s.  hanya untuk meminta syafaat untuk Allah s.a.w. percepatkan hisab.

Jawab Nabi Adam a.s.  dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh Rasul Ulul Azmi, bermula Nabi Nuh a.s, Musa a.s, Isa a.s, dan Ibrahim a.s tetapi Nabi-nabi ini hanya berdoa keselamatan diri masing-masing. Lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad s.w.t... Lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pada Allah awal-awal agar di segerakan masuk keneraka sebab tak tahan lamanya berdiri di Mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita sahaja kerana padatnya manusia pada hari itu.

Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari 'Arash. Masa itu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab itu.  Kalau pun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.

Kemudian Allah akan panggil sorang-sorang untuk di hisab. Sebelum Allah mula hisab, Allah suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita  di saksikan semua manusia, tiada satu pun yang tertinggal. Lepas habis baca Allah akan tanya kita 3 soalan:

1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak di catat oleh Malaikat Raqib dan Atib?
2) Tak ingat?
3) Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan?

Setelah di timbang  di Al-Mizan, didapati pahala kita melebihi dosa kita, seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah yang lakukan.  Allah bertanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak mereka.

Antara yang mula-mula bangun  adalah anak isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan dan lain-lain. Jika ada hak mereka yang tidak di tunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kepada mereka. Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini di maksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tapi effect juga orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang kita, adik-adik lelaki kita juga suami kita. Kalau betul-betul kita sayangkan mereka, lindungilah mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.  Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak dan jaga agama kita.

Hari Mahsyar adalah hari yang sangat dahsyat. 

Kata Ustaz.... pertama, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya di akhirat nanti.
Kedua,  jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari itu, amanah dan kejujuran akan membantu kita.

Yakin kah kita tergolong dalam golongan mereka yang terpilih Allah  s.w.t.  ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang. Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.  Semoga Allah s.w.t bantu kita di hari pembalasan nanti. InsyaAllah...Aamiin...

Wallahu'alam...



***Terdapat dua jenis manusia:
1) Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan
2) Bila dia baca sesuatu yang beri manfaat, dia sebarkan...




43 ulasan:

  1. Allahuakbar.. t kasih atas peringatan ini Bunda. Semoga kehidupan kita semua sentiasa diberkati... aamiin. Salam Jumaat Bunda.. :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih sharing pada pagi Jumaat ini, sebagai pedoman dan peringatan.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, terima kasih utk perkongsian ilmu ini.

    BalasPadam
  4. Thanks BUNDA..Jom sama-sama kita muhasabah diri...Moga kita tak perlu melalui kesengsaraan di sana nanti..

    BalasPadam
  5. Selain beramal baik & jauhkan yg dilarang, jangan lupa setiap hari berdoa padaNYA, pohon dipermudahkan urusan di Mahsyar..dikurniakan perlindungan di bawah Arasy Nya..dikurniakan syafaat Baginda SAW

    BalasPadam
  6. Mati itu pasti. tapi ramai seperti mahu menongkat langit, kerja bertungkus lumus kumpul harta untuk anak-anak habiskan hingga tercicir banyak saham akhirat... Peringatan untuk saya juga tu...

    BalasPadam
  7. Takutnya bunda....terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas perkongsian lmu ini Bunda. Untuk ingatan bersama.

    BalasPadam
  9. moga2 kita sentiasa di jalan yg lurus
    selamat di dunia sampai akhirat

    BalasPadam
  10. Umat akhir zaman seperti kita kena selalu dipesan-pesan, diingat-ingatkan betapa bukan kita tidak tahu bahkan sedari belum baligh pun tahu diberitahu bagaimana perhitungan di Padang Mahsyar yg dahsyat tapi kelalaian sentiasa terjadi..

    Org yg mengingatkan inilah yg akan dicatat pahalanya. Lagi ramai yg membaca dan diingatkan lagi banyak ganjarannya.. Good KN - kakak suka:)

    BalasPadam
  11. Macam best entry ni.. Saya take note dulu.. Nanti baca..

    BalasPadam
  12. Salam Jumaat bunda.. satu perkongsian yg bagus..=D

    BalasPadam
  13. sama2 kita bermuhasabah dah beringat2 selalu
    thx bunda

    BalasPadam
  14. terima kasih bunda... peringatan bt saya..

    BalasPadam
  15. Asalam Bunda..nak nangis baca..lunak jiwa saya, maksud saya rasa kehambaan dan amat kerdil..Ya Allah ampunkan kami blogger blogger Malaysia, jadikan kami saling mendoakan dan jangan ada unsur hasad dengki. Bunda entry sangat bagus tahnia ya, inshaAllah pasti ada manfaat entry kepada ramai

    BalasPadam
  16. Terkesan..terima kasih Bunda, beri peringatan seumpama ini

    BalasPadam
  17. Bunda,

    Bila diingat, difikir, direnung dan dihayati akan terasa takutnya. Semuga kita menjadi orang yang selalu menginsafi diri...

    BalasPadam
  18. Salam bunda.. huhuhu
    .. dah lama x bc kisah d pdg mahsar.. xthla nnti bgmn keadaan kt menghadapNya..

    BalasPadam
  19. Asalam bunda singgah ya di teratak Etuza ada lah animation ni belajar sesuatu dalam dunia ICT menjadi pula..main rambang ja klik gambar itu ja yang ada..nak banyak boleh..untuk animasi #1 ok lah.
    sesungguhnya kita wajib sentiasa tingkatkan amalan yang baik..

    BalasPadam
  20. terima kasih bunda sharing
    takut bila teringat
    dunia ni sementara
    semuanya permainan belaka
    tapi kdang-kdang terleka juga

    BalasPadam
  21. kerap juga dgr ceramah dari ustaz dan ustazah berkenaan perkara ini..mmg menakutkann..jadilah hamba yg soleh agar kita bahagia dan jauh dari azab Allah

    BalasPadam
  22. Peringatan yang sangat bermakna. Terima Kasih kerana berkongsi

    BalasPadam
  23. Semoga kita diselamatkan oleh Allah dari azab nya yg perit... thanks share this peringatan..

    BalasPadam
  24. masih belum terlambat untuk kita bersama sama menambah bekalan untuk ke akhirat.

    BalasPadam
  25. terima kasih bunda ingat mengingatkan Insyaallah semoga Allah bantu kita sama2 menghadapi hari yang amat dasyat ini

    BalasPadam
  26. Subhanallah...suasana yang pasti kita semua bakal hadapi...bagaimana lah nasib kita di sana nanti...

    BalasPadam
  27. Subhanallah! Bila ingat soal kematian memang tak terfikir dek akal! Sangat takut! ;(

    BalasPadam
  28. Semoga kongsiannya menjadi ladang pahala
    Salam penghujung minggu :)

    BalasPadam
  29. Mohon Allah lindungi kita dari setiap kesengsaraan..Aminn..

    BalasPadam
  30. Assalam bunda...julia suka sgt entry ni bunda...teringat masa zaman sekolah cikgu agama bercerita di depan kelas ttg tajuk ini...semua pelajar tekun mendengar...insaf...ya Allah permudahkan kami amin

    BalasPadam
  31. terima kasih atas info di atas... bagus juga lepas ni dientrykan keadaan orang yg beriman bagaimana lah kedudukan mereka di sana

    BalasPadam
  32. x tercapai akalku dgn azab2 di sn kelak...

    BalasPadam
  33. terimakasih bunda..mengingatkan semula diri ini supaya perbaiki kekurangan diri disisi Allahurobbi..

    BalasPadam
  34. Subhanallah... takutnya kan... :(

    BalasPadam
  35. Bila baca takut teramat2 tapi tak lama lepas tu dah lupa.... Ya Allah kuatkan imanku!

    BalasPadam
  36. terima kaish tuk peringatan ni bunda
    takut membacanya, moga berterusan rasa takut tu

    BalasPadam
  37. Bila baca rasa gerun di hati, sebab kita tak tahu nasib kita disana nanti.

    Smoga kita semua diringankan dan dipermudahkan oleh Allah nanti..

    BalasPadam
  38. Subhanallah...
    Semoga Allah swt sentiasa memberikan kita semua taufiq dan hidayah, bimbing kita di jalan yg lurus, memberi kesabaran dlm beribadah, serta menerima solat dan taubat kita.

    Semoga Allah swt lindungi kita semua dari fitnah dan hasutan syaitan.

    Perbanyakkan selawat ke atas nabi muhammad saw agar mendapat syafaat baginda saw. Sempurnakan wudu' dan solat supaya amalan baik kita dpt bergantung pd solat kita..

    Baarakallahu fik

    BalasPadam
  39. Peringatan utk saya..terima.kasih bunda krn mengingatkan

    BalasPadam
  40. perkongsian yang baik bunda. moga memberi manfaat pada pembaca

    BalasPadam
  41. Suatu peringatan yang baik. Kalau baca selalu tentang Padang Mahsyar ni, memang menggigil ketakutan. Terfikir, banyak manalah pahala yang kita ada atau lebih berat dosa daripada pahala!

    BalasPadam