Selasa, 18 November 2014

Pokok Buah Mulberry



saiz buah mulberry




Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam....

Diseberang jalan depan rumah bunda ...bunda ada tanam pokok buah mulberry ni. Baru-baru ni pokoknya tumbuh tinggi tapi masih belum nampak tanda-tanda nak keluar buah.  Semasa projek bunda tanam semula hari tu ...bunda cantas   pokok buah mulberry ni.

Dalam beberapa minggu selepas tu bunda dapati rantingnya tumbuh bercambah semula dan kali ni lebih banyak dan rendang.  Kemudian bunda dapati ada beberapa biji buahnya mula keluar menghijau. Memang begitulah.... kita kena rajin cantas kalau nakkan pokoknya cepat berbuah.


buah mulberry yang sedang masak ranum

Dua hari semalam bunda tengok buahnya semakin banyak dan merah-merah. Buahnya kalau dah masak ranum akan berwarna kehitaman dan manis...semasa lagi merah rasanya agak masam. Kata orang  buah mulberry ini adik beradik strawberry, blueberry dan berry lain.

Anak bungsu bunda sebelum pergi kerja tiap pagi petik buah mulberry ini makan dalam perjalanan.

Dikatakan juga pokok buah mulberry ini banyak khasiatnya. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan. Buahnya mengandungi khasiat seperti mineral dan vitamin.

pokok mulberry

Daunnya boleh direbus dan airnya boleh diminum tujuan untuk membersihkan badan. Pengusaha ulat sutera mengguna daunnya untuk makanan ulat sutera. Air rebusan kulit pokok mulberry boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, batuk berkahak, asma dan banyak lagi.Daunnya juga boleh dijemur dikeringkan untuk di buat  teh daun mulberry.

Pucuk daunnya bunda selalu ambil ..rebus buat ulam dengan sambal belacan..sedap, lemak-lemak. Air rebusannya jangan di buang, boleh diminum...sekiranya nak lagi sedap semasa merebusnya letak sedikit hirisan halia.

Boleh dikatakan pokok buah mulberry ada serba serbi kegunaan dan khasiatnya. Cara tanamannya juga tak susah hanya dari keratan batang ajer. Tak rugi tanam  pokok ni....banyak manfaatnya.


***Untuk mengetahui fakta dan kegunaan pokok buah mulberry ini lebih lanjut bolehlah layari ke SINI   dan  ke  SINI

77 ulasan:

  1. Salam Bunda.
    Saya pun ada tanam pokok ni. Tapi saya panggil burberry. Kalau nak berbuah, memang kena cantas. Lepas habis sahaja berbuah, cantas...pucuk baru akan keluar dan berbuah. Nak tanam pun senang, cacak sahaja batangnya. Penjagaannya pun mudah. Kalau tak dicantas pokok ni boleh membesar jadi pokok kayu!

    BalasPadam
  2. Asalam Bunda..tidak ada pokok ni di sini, kalau dekat rumah Etuza nak benih hehehe..macam suka tengok pokok ni..betullah ada buah..syukran untuk bunda..boleh jadi Entry dalam bab memetiknya kan..

    BalasPadam
  3. terima kasih informasi tentang burberry ni tak selalu ada ni..

    BalasPadam
  4. terima kasih informasi tentang burberry ni tak selalu ada ni..

    BalasPadam
  5. selain buahnya..pucuknya jugak sedap,kan bunda..

    BalasPadam
  6. Sedapnya Bunda, kalau dekat2 mau rasanya saya minta barang setangkai 2

    BalasPadam
  7. seronoknya bunda macam kat oversea. berkhasiat lagi, Alhamdulillah.

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Betul tu boleh dibuat minum/syrup...mesti merah menawan warnanya kan bila dah jadi syrup atau jem...

      Tapi ni buah sulung ...tak berapa banyak lagi nak buat jem/syrup...

      Padam
  9. tak pasti pulak saya pernah tengok pokok ni ....bagaimana agak rasa daunnya bila dibuat ulam tu bunda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pucuk daunnya direbus sekejap....buat ulam..rasanya lemak2...lembut sedap..

      Padam
  10. part paling suka bila ia berbuah dan dapat memetiknya .. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...itulah kepuasannya bila hasil dari tangan sendiri...

      Ini pokk kedua bunda tanam...yang dulu dah tebang...dah tua dan banyak sangat ulat bena nye...rosak daun...

      Padam
  11. Subhanallah....lebatnya buah mulberry...
    bunda, bagi saya buah mulberi lebih sedap dari strawberry...hehehe
    tahniah bunda dapat mkn mulberry tiap hari...ia cukup bagus untuk kesihatan...dan yang best nya lagi segar dari laman...tanpa racun dan organik!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tau pulak ...bunda jarang makan strwberry...asek terkena yg masam je...kalu beli yg fresh kat cameron ..bawa blk dah lunyai...

      Tapi mulberry tanam sendiri ni...pagi2 petik dari pokok terus makan..

      Padam
  12. Salam Bunda, ku ingatkan buahnya saja boleh makan..rupanya daun nya boleh dibuat ulam.. harus ku cuba ni... hehehehe...

    BalasPadam
  13. bestnye bunda...dpt mkn fresh2
    nti boleh masukkan dlm masakan
    el tgk dlm masterchef australia/us ke diorg sllu masukkan bb ni dlm masakan

    BalasPadam
  14. Untung tanam pokok mulbery ni semua boleh digunakan. Nanti saya nak cari pokok ni.

    BalasPadam
  15. Saya pernah tengok pokok ini tapi tak tau apa namanya. Sekarang baru tau ia pokok mulbery...

    BalasPadam
  16. macam nak try tanam la pokok ni....

    BalasPadam
  17. wahhh menjadi...sejuk tangan bunda.... lieya penah tgk kat cold storage harga berries nie..mahal kan..sekotak kecik cecah sampaki 20hengget lebih.... seronok plak tgk bunda tanam menjadi.....

    BalasPadam
  18. saya tak tahu pula pokok ni senang ditanam
    tapi kalau rumah macam saya, memang tak ada tempat nak tanam

    BalasPadam
  19. kat umah pun ada yg abah tanam.. anak buah la selalu petik & makan.. suka sgt dia..

    BalasPadam
  20. Idah suka buat mulberry nie bunda... masam2 skit laa... tapi susah nak jumpa dah skarang nie...

    BalasPadam
  21. wah lebat buahnya...buat jus sedap ni...

    BalasPadam
  22. Sedap kalau buat jus dan jem ni :)

    BalasPadam
  23. Bunda, gambar yang pertama tu silau dek barang kemaslah ^_^

    Saya tak pernah tengok pokok dan buah mulberry ni dari dekat. Nampak macam kecil je gugusannya bila dah letak kat tangan. Kalau buat jem mesti sedap ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kecik2 pun...boleh diramas2 dalam tapak tangan...tengok gambar kat pokok tu macam lah besar sangat kan...
      Silap2 pandang macam ulat bulu...hehe

      Padam
  24. wahhhh banyak sungguh khasiat dia kan Bunda. tula orang kata tak rugi berbakti pada tanah

    BalasPadam
  25. salam perkenalan...
    wah...bagusnya bonda...dapat tanam pokok nie...dah tuai hasil pun...
    lynn follow blog bonda yer...

    BalasPadam
  26. masa sekolah dulu, saya ada ambil subjek sains pertanian. daun malberi adalah sumber makanan bagi ulat sutera...

    BalasPadam
  27. Bestnya bunda. Manis tak buahnya? Pos sikit ☺

    BalasPadam
  28. Bunda,

    Saya belum pernah merasainya. In syaa Allah, akan cuba mencari untuk merasai nikmat kurniaan Illahi ini...

    BalasPadam
  29. salam bunda.oowh macam ni buah mulberry.saya hanya pernah makan dried mulberry. pokoknya pun tak pernah tgk hihi

    BalasPadam
  30. Saya kena cantas juga pokok yang ada di rumah..tinggi macam lidi sudah..

    BalasPadam
  31. sudah 2x KY cuba tanam tapi tak hiduplah Bunda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. K.yon masa bunda tanam pokok pertama dulu senang jer tumbuhnya..(dah tebang byk ulat bena)
      Tapi pokok ke2 ni 2 3 x jgklah tanam baru nak tumbuh...xtau mana silapnya...

      Padam
  32. gemuk2 buah mulberry bonda
    masa kecik2 dulu selalu makan yg nenek tanam.

    BalasPadam
  33. Wahh bestnya Bunda.. seronok tengok buah2 tu bnyk2 & ranum.. lama tak berpeluang tengok apatah lagi makan mulberry ni...

    BalasPadam
  34. as'salam bunda... =)
    wahh bunda ada tnam mlberry ni..adk beradik berry ni mmg sedap n sihat dimakan tau bunda..
    beshnyer lau dpdt mam bnyk..hehe xpernh makan mlberry ni..

    BalasPadam
  35. Tiba-tiba je rasa nak gi petik kat pokok malam-malam ni..

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum Bunda, Alhamdulillah lebatnya buah mulberry tu, rasa nak petik2 pula :)

    BalasPadam
  37. Wah banyak khasiatnya pokok ni ...baru tahu. Banyak2 ayat Bunda ni saya tertarik pasal boleh makan dengan sambal belacan, yang ni saya suka.. mudah dan sedap.. ai kalau jumpa pokok ni nak cuba tanam juga di laman saya yang sekangkang kera ni. Boleh kunyah daunnya, kalau anak2 demam berkahak boleh la diminum airnya.. kan? Mana nak cari ni?

    BalasPadam
  38. Banyak jugak Khasiat Mulberry nih yer.. buahnye pon kiut2 jer.
    mana boleh beli pokok Mulberry nih Bunda??
    kalo tanam dalam pasu, agak2 boleh berbuah x? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanya kat nursery ada kot...bunda abl benih dr kwn...blh jer tanam dlm pasu besar...tapi kene selalu trim...nnt dia blh membesar...pecah plk pasu..

      Padam
  39. Ramai yang tanam dan berjaya menikmati hasilnya. Kakak juga yg masih tertinggal lagi KN
    Rumah kakak tak ada ruang nak tanam. Kalau ada kakak nak juga tanam.
    Nak tanam dlm pasu tak sesuai pulak dgn size pokoknya yg besar..

    BalasPadam
  40. salam kenalan Bunda,

    dana suke sgt ngn pokok mulberi nih, sgt admire.... suke sbb buah yg adik beradik berry nih boleh lak di tanam kt negara kite yg beriklim khatulistiwa nih... kt kg pun ada tnm jugak, mule2 takmo buah dana pesan kt mak suh pangkas dia tak lama tuh baru lah kuar buah skit2 lama2 jd bukit hehehhe...

    mmg btl mulberi nih bnyak khasiat kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang segala mcm jenis berries ada khasiatnya...sbb tu pakar kecantikan byk gne berries sbgai makanan kesihatan sumber kolagen ..

      Ini jenis mulberry Malaysia / asia...dulu2 dibawa ke Malaysia ..daunnya utk makanan ulat sutera...

      Padam
  41. Macam menarik je buah mulberry ni bunda. Tapi malangnya rumah tiada tanah pulak nak tanam pokok mulberry ni.

    BalasPadam
  42. Seronoknya tengok buah tu...banyak juga khasiatnya..baru sura tau pasal pokok ni..good info Bunda..:)

    BalasPadam
  43. salam bunda,,, 1st time tgk buah ni.. nampak mcm sedap.. adik beradik jenis berries mmg berkahsiat,,
    tq sharing bunda

    BalasPadam
  44. kak pertama kali tanam masa awal 90an dulu. Pokoknya jadi besar dan rendang. Buah tu sepanjang ranting tumbuh. memang lebat sangat. Tapi burung hitam mata merah ( perling ) suka turun makan. Bila pindah tinggalkan aja. Dah tu sekarng baru ingat nak tanam semula.

    BalasPadam
  45. Sedapnya tengok...
    dah lama tak makan..

    Pokok pun meriah dengan buah

    BalasPadam
  46. Teringin pulak nak mencari benih dan menanamnya di rumah.

    BalasPadam
  47. alhamdulillah dah dapat hasil nya bunda
    sedap dibuat jem kan bunda ^_^

    BalasPadam
  48. tak pernah sy rasa buah mulberi ni..mesti manis fresh dari kawasan bunda katakan..pokok diciptakan Allah byk kebaikan,begitu juga mulberi,terpulang kita nak aplikasikan..:)

    BalasPadam
  49. Salam bunda.. lady dtg reply msg bonda d entry lady berkaitn sireh lovely care.. bunda nk? Klu bunda nk ldy bg speacial price tuk bunda.. insyaAllah..

    BalasPadam
  50. selalu jugak tengok kat kampung, tapi tak terdetik nak petik and makan.. entahlah, kurang gemar barangkali?

    BalasPadam
  51. assalam bunda.
    rumah mak mertua saya ada tanam pokok ni.
    pernah rasa buah n pucuknya dibuat ulam..

    thanks bunda berkongsi :)

    BalasPadam
  52. First time tgok buah Mulberry..xtau lak bentuk dia cmtu

    BalasPadam
  53. pernah makan sekali, kawan bawakan...rasa masam kelat2 sikit..mungkin belum masak betul..

    BalasPadam
  54. Terima kasih info ni bunda, lepas ni nak cari lah pokok mulbery nih, mcm ada ternampak kat rumah makcik sebelah tu

    BalasPadam
  55. Tak pernah nampak pulak pokoknya.. Menarik ni. Ada benihnya? Boleh poskan ke Melaka.. :)

    BalasPadam
  56. salam kenal bunda..hidup juga pokok ni tanam kat malaysia..mana nak dapat benih ni..

    iryantyahamad.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...
      Cer pergi tengok kat pameran MAHA..mana tau kot ada...tak pun cari kat nursery...

      Padam
  57. Teringat masa sekolah dulu. Bila tiba hari latihan sukan sekolah. Masing-masing akan pergi cari buah mulberry ni dulu. sedap cari ramai-ramai. Tengok siapa jumpa buah yang masak ranum..

    BalasPadam
  58. Kagumnya saya Bunda tanam sendiri Mulberry.
    Boleh makan dengan yogurt ni.

    BalasPadam
  59. Waahhh...banyak juga khasiat pokok mulberry ni rupanya.

    BalasPadam
  60. banyak hasilnya....
    boleh hidup jgk ye kat tanah malaysia.. igt luar negara je..

    BalasPadam
  61. Cordial mulberry ni punyalah mahal dekat kedai.
    Untung ada pokok sendiri kan.

    BalasPadam
  62. Tak pernah makan buah ni KN......sedap yeh....mcm stroberi kot rasa dia kan KN.

    BalasPadam
  63. itu lah untung nya kalau ada tanah..macam2 pokok boleh tanah antara rajin or malas je..buah mulberry ni kalau nk beli mmg mahal

    BalasPadam
  64. Best tu.. buat milk shake letak sebiji dua dab cukup nak bg rasa dan warna :D

    BalasPadam
  65. as salam bonda,saye nk beli buah murberry dlm kuantiti yg bnyk,ada jual x..please

    BalasPadam
  66. waalaikumsalam...alahai, mana ada buah nya sebanyak tu anak oii... sebatang jer pun pokok bunda tu...

    Sekarang baru nak naik pulak... bunda tebang pokok yang lama tu...lagi pun daunnya rosak oleh ulat beba... pokok pun jadi tak subur... buah apa lagi... memang tak sempat nak membesar dah dimakan ulat...

    Minta maaf lah yer..

    BalasPadam