Sabtu, 7 Februari 2015

Demam Denggi


Bismillahirrahmanirrahim, Assalam.....

Sejak tahun baru 2015 ni bunda belum lagi update entri lengkap setelah berehat hampir sebulan. Disini bunda mulakan entri dan perkabaran budak pintar 
Muhamad Zarif Umar.

Dalam dua minggu lepas, Zarif tiba-tiba ajer demam panas, tengah malam mummy ngan papa bawa zarif ke doktor.  Doktor beri ubat demam dan antibiotik. 

Dua hari Zarif lemah dan kurang aktif.


sebelum suspect denggi

Badan dia  kejap panas kejap okay.  Zarif tak ada selera makan, kadang-kadang dia muntah. Memang dia tak aktif macam biasa, asyik tidur ajer.

Masuk hari ketiga Zarif dah mula sembuh, dah mula ada selera makan walaupun
masih makan nasi bubur.  Pada hari khamis hari keempat Zarif memang dah bertambah aktif, demam nya tak ada lagi.

Dah mahu main dan dah ada selera makan. Petangnya dia sendiri berlari ajer balik kerumah. Jenuh papanya mengejar dia. Takut ada kereta dan motor lalu lalang.

Nampak sangat dia dah sembuh.


Tiba-tiba pada malamnya,   lebih kurang pukul 3.30 pagi Jumaat... mummy Zarif mesej bunda dari KPJ Kajang, menyatakan yang Zarif warded disana
kerana suspect denggi...padanlah petang-petang nampak van sembur asap..
dah ada kes lah tu..


Terkejut juga bunda, siang tadi dah aktif dah, tiba-tiba malamnya kata mummy.. dalam pukul 10 Zarif  demam balik, nampak ada bintik-bintik merah dilengannya. Mummy ingatkan campak.
Papa ajak mummy bawa Zarif berjumpa doktor.

Doktor sarankan Zarif dirujuk ke hospital untuk blood test. Result negative tapi platelet quite low, So malam itu juga Zarif dibawa ke KPJ Kajang,
doc suruh admit just in case.

Disana Zarif on drip...


Pada petangnya bunda dan anak lelaki bunda pergi melawat Zarif di KPJ Kajang.  Sesampai bunda disana Zarif dan mummy tiada di bed dia, rupanya
mereka ada di bilik/play ground.

Bila Zarif nampak saja bunda, terus dia meluru dan salam serta peluk cium bunda. Terharu sangat.

Hilang rasa cemas bunda bila tengok Zarif aktif dan riang ajer. Seronok bermain-main, berlari dan melompat.. macam tak ada apa-apa pun.

Menurut mummy,
Zarif dah tak demam dah, cuma kena blood test lagi sampai besoknya,  nak tengok platelet nya naik ke tidak.

Pada petang sabtu itu juga Zarif dah boleh keluar hospital. Pagi berikutnya Zarif datang kerumah bunda seperti biasa dan malamnya pula Zarif
bermalam dirumah bunda. Memang itu permintaan dan mahu nya...

"zarif nak tido kat umah mak bolehhh?" (luluh hati dan jiwa dengar rayuannya)

image baru zarif selepas demam...perasan tak kat mana
perubahannya?




*** Kini Zarif dah sihat seperti sedia kala. Alhamdulillah ***


44 ulasan:

  1. Alhamdulillah, Zarif da sembuh ye.

    Saya pernah dengar kalau kenan demam enggi buatkan sup ketam :)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...)
    risau hati bila anak kecik kena denggi,kan..

    BalasPadam
  3. alhamdulilah..tak sampai hati nak tengok tangan sekecil zarif dicucuk jarum...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dah boleh balik rumah, kesian tengok anak2 kecil sakit.

    BalasPadam
  5. SYUKUR ZARIF DH SEMBUH..KITA NI KALAU ANAK KECIL HATI SEDIH DAN RISAU...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah Zarif dah sihat dan kembali aktif

    BalasPadam
  7. AlhamduLILLAH zarif dah sembuh.. semoga terus sihat.. :)

    BalasPadam
  8. Kalau anak2 kna demam denggi, memang risau Ya Allah..semoga Zarif terus sihat dan dijauhkan dari sebarang penyakit..amiin..

    **anak saya pun nama Zarif :)

    BalasPadam
  9. as salam bunda
    alhamdulillah
    lega dgr kta cucu dh sehat.. bunda sehat dh ke?

    BalasPadam
  10. alhamdulillah dah sembuh,, orang kata denggi ni ubatnya pucuk betik wat sup,, atau sup ketam,, semoga demam denggi tu tak datang lagi,,,

    BalasPadam
  11. Risau pula tiba2 suspect denggi.mujur zarif budak kuat..Alhamdulillah dah sembuh dia bunda..manja betul dengan mak bunda.hehe..

    BalasPadam
  12. Denggi antara penyakit yg paling menakutkan kerana hingga sekarang belum ada penawar utk penyakit itu. Apa yg boleh kita buat selain berdoa ialah mengelakkan rumah kita jadi sarang denggi dan jangan dedahkan diri di luar rumah ketika nyamuk itu sedang aktif..

    BalasPadam
  13. alhmdulillah semoga zarif sihat selaluu

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah..risau sangat bila anak2 kena denggi...sebab anak murid wa dah dua orang kena denggi berdarah...dah tak dapat diselamatkan..sedihhh sangat2

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah dah sihat. Takut dengar orang kena denggi ni...

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum bunda, semoga sihat hendaknya.
    Sekarang ni gigitan nyamuk sgt bahaya...gerun kalau terkena denggi. Alhamdulillah...Zarif telah sihat.

    BalasPadam
  17. alhamdulillah zarif dah sihat :)

    salam perkenalan kak

    BalasPadam
  18. semoga kembali sihat seperti sediakala hendaknya...insyaAllah.

    BalasPadam
  19. Dah selalu bermanja dgn KN bila sembuh aje apa lagi nak tidur dgn KNlah dia
    Tambah sihat dpt jumpa org yg disayang.
    Untunglah Zarif dpt penjaga macam KN. Mummy dia mesti bersyukur tak terkata

    BalasPadam
  20. perubahan pada senyumannya bunda. singgah sini. semoga sembuh zarf dan bunda pun diberi kesihatan tubuh yang baik

    BalasPadam
  21. Alhamdullilah Zarif dah sihat..
    Mungkin juga jangkitan virus yg biasa, yg boleh menurunkan juga bacaan platelet.

    BalasPadam
  22. Salam Bunda...
    Alhamdulilah zarif dah sihat....kesian tgk kanak2 klu sakit....betul kata sis saniah ahmad....buat sup ketam n rebus pucuk betik....entah la kanak-kanak nak minum or tak....klu dewasa pun jenuh kena bising,,

    BalasPadam
  23. salam bunda...alhamdulillah zarif dah sihat..kesian kan tengok budak-budak sakit...alahai...alhamdulillah dah sembuh..

    BalasPadam
  24. alhamdhulillah..zarif dah sembuh. rasanya la kan biar kita yg demam..jangan anak2 yg demam. kita yg terasa sakitnya satu badan..

    BalasPadam
  25. alhamdulillah . wpun blm pernah berhadapan dgn denggi , rasa ngeri juga bila kena pada budak2 . kita yg dewasa ni kuat lagi kan ... mcm rambut zarif je yg lain sikit bunda ...

    BalasPadam
  26. Walaupun cuma sekadar tolong menjaganya, tetap rasa cemas juga ya KN.

    BalasPadam
  27. Alhamdulillah dah sihat. Boleh bermanja dgn bonda ya.

    BalasPadam
  28. Demam panas x semestinya beri antibiotic (AB)
    Kebanyakkan nya bila cek darah, keputusan adalah viral fever or dengue fever. Both disease doesn't need AB.

    BalasPadam
  29. Salam. Hee moga cepat semboh zarif budak pintar.

    BalasPadam
  30. Salam bunda...

    Alhamdulillah...hati mana la yg xluluh dgr rayuan budak2 sedang ni kan...tp denggi mmg bhy bunda kena pantau selalu...sy dh penah kena taula camne siksanya demam denggi ni...

    BalasPadam
  31. Salam Bunda, Alhamdulillah Zarif beransur sembuh, lega eMMe lihatnya.. tgk muka Zarif yg last tu... nampak pucat skit, btol tak bunda, ape pun..kesihatan anak2 kene selalu monitor kan.. kalo demam2 tu takleh amik mudah..kene gak check ke doctor segera..bahaya demam skrg ni... moga keluarga bunda sentiasa sihat dan dlm lindungan Allah swt.

    BalasPadam
  32. salams bunda

    sayunya tgk gambar2 zarif yg tgh demam, alhamdullilah dah sihat kembali....:)

    BalasPadam
  33. Macam tu la kak klw kita syg budak budak. Terasa dihargai kan. Alhamdulillah zarif dah sihat. Risau dgr klw bdk bdk x sihat

    BalasPadam
  34. Moga Zarif bertambah sihat dan aktif.

    BalasPadam
  35. assalam bunda
    tima kasih di atas ucapan yg diberi

    alhamdulillah
    dh smbuh..
    risau kan.kawasan sy ni pon byk nyamuk.sntiasa dlm kelambu.mmg riso dgn anak je

    BalasPadam
  36. Rapat sungguh dia dgn KN yer....
    Nasib tak demam balik lepas balik hospital tu....
    Apa yg berubahnya KN?

    BalasPadam
  37. dah sembuh ye alhamdulillah..tapi kat mana perubahan tu ehh..RAMBUT dia kan

    BalasPadam
  38. tak perasan apa perubahan zarif...

    noe pernah kena denggi...sakit satu badan...Alhamdulillah ...Zarif dah sembuh sepenuhnya...

    BalasPadam
  39. Alhamdulillah syukurlah... mmg kebelakangan ni bnyk kes demam denggi yg berlaku.. ditempat saya pun tak terkecuali. Risau juga... mudah2an kita semua sentiasa dilindungilah.. aamiin. Kesian Zarif.. syukur sgt2 dah sembuh...

    BalasPadam
  40. Syukur alhamdulillah anak comel tu dah sembuh..

    BalasPadam
  41. Alhamdulillah dah sihat ye..risau kan bila suspect denggie ni

    BalasPadam
  42. alhamdulillah zarif kembali sihat

    BalasPadam
  43. cian zarif...alhamdulillah dah sembuh ye
    budak nak beso ni, nanti jangan lupa mak dah la ye

    BalasPadam