Rabu, 11 Februari 2015

Jus Lemon Dan Madu






Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Entri ini ekoran dari entri bunda yang  INI. Beberapa bulan lepas, bunda mendapat batuk dan sakit tekak yang agak lama dan berulang-ulang..  Batuk nya sesekali (kebiasaannya diwaktu malam dan ketika waktu sejuk) tetapi sakit tekak yang sangat perit dan gatal ditambah pula pecah-pecah dalam mulut bunda itu yang buat bunda tak tahan dan rasa kurang selesa. Rasa perit ditekak buat bunda susah nak menelan makanan.

Apa lagi bila cuaca sejuk dan mengambil makanan yang pedas. Mana boleh tak ambil makanan pedas...dah tekak melayu kan. Walaupun sebenarnya bunda memang kurang makan pedas-pedas  sangat seperti cili api...perut dah tak boleh terima sebenarnya...untuk sakit tekak bunda ni, doktor nasihatkan bunda ambil makanan lembut dan sejuk seperti jelly, yogurt, puding, agar-agar, ais krim, oat atau nestum dan sebagainya..

Tambah dengan bersin dan berhingus (bunda juga ada resdung) sakit kepala,  di tambah pula batuk berkahak yang lambat sembuh membuatkan saluran pernafasan bunda bertambah teruk dan menjadi susah untuk bernafas dan sakit dada.  Apa lagi bunda pernah mengidap asthma/lelah selama ini.

 Dah macam-macam cara dan petua bunda cuba tapi tak sembuh juga sakit tekak dan batuk bunda. Sampai suatu ketika bunda rasa seakan kehilangan suara, parau. Ini sangat mengganggu tidur dan aktiviti seharian bunda (sesekali bunda ada juga ikut kumpulan yassin dan marhaban serta mengaji)...Bila dah batuk dan kurang tidur waktu malam, tahu saja lah, waktu siangnya tak bermaya, sakit kepala dan mengantuk, badan terasa huyung hayang...tapi siang hari bunda tak boleh tidur nyenyak.

Tiap bulan bunda perlu berulang alik kekampung jenguk bapak (naik bas lagi)...itu dah jadi rutin dan tanggung jawab bunda walaupun badan sendiri pun uzur. Disember lepas bapak kena bedah mata dan Februari ni pulak bapak akan buat pemeriksaan lanjut penyakit Prostatnya...dan kemungkinan akan dibedah juga...pada awalnya haritu bapak terpaksa kencing guna kantung plastik...kerana masaalah kencing....sakit semasa nak kencing secara normal.  Penat? memang penat, tapi nak buat macam mana...semuanya itu ujian untuk kita...redha jelah...

Berbalik tentang sakit tekak bunda, puas dah bunda minum air asam jawa, air barli, makan gula-gula sakit tekak dan makan ubat batuk yang bunda beli dari farmasi dan berjumpa doktor swasta. Doktor ada juga beri ubat kumur-kumur dan ubat titis yang manis tu juga antibiotik untuk sakit tekak dan pecah-pecah dalam mulut bunda.  Dah banyak RM habis dengan klinik swasta.

Last-last bunda pergi klinik kerajaan...disana bunda diarah untuk periksa darah. Doktor tak beri bunda ubat batuk sebaliknya beri 'inhaler' untuk semput dan sesak nafas bunda (seperti yang pernah bunda ceritakan sebelum ini)...tak pernah seumur hidup bunda guna 'inhaler' ni...bunda pun tak pandai menggunanya.

Hasil dari pemeriksaan darah tiada sebarang jangkitan dan masaalah paru-paru. Jantung semua ok....cuma tekanan darah bunda naik sikit, tapi masih ditahap normal. Menurut doktor batuk asthma bunda, hanya asthma biasa disebabkan cuaca dan alahan. Doktor beri pil vitamin.

Bunda sebenarnya tak mahu bergantung sepenuhnya dengan ubat-ubatan. Ada salah seorang kenalan di klinik tu beritahu bunda, cuba amalkan minum jus lemon dengan madu lebah... katanya boleh juga melegakan saluran pernafasan.

Dari hasil google dan pembacaan,  bunda dapati memang banyak khasiat jus lemon ni.  Sebelum ni pun memang pernah terbaca...tapi tak pernah nak cuba amalkan pun...So bunda dapatkan buah lemon dan madu lebah. Tiap awal pagi setelah bunda minum segelas air kosong (seperti amalan bunda selama ini).. lebih kurang selang setengah jam, bunda perah sebiji buah lemon dalam segelas air suam dan campur satu sudu madu....bismillah...selawat, doa dan niat mintak kesembuhan dari Nya...kemudian minum terus.

Sekarang bunda cuba untuk amalkan minuman jus lemon ni sebagai membantu penambah baikan kesihatan bunda (terutama sakit tekak bunda)...dan bunda mula gemar rasa kesegaran jus lemon itu sendiri. Sebenarnya sebelum ini bunda ni kurang gemar buah buahan yang masam-masam ni...

Kadang-kadang bunda perah jus lemon dalam air teh 0 suam juga. Memang segar dan sedap. Kini tekak bunda yang perit dan gatal hampir beransur sembuh...cuma batuk dan asthma saja sesekali walau pun dah kurang berkahak.  Alhamdulillah. 

Dari apa yang bunda baca hasil dari google,  jus lemon ini juga :

***  Dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin..

***  Kedua-dua campuran jus lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Dengan itu jus ini lebih baik di ambil selepas memakan makanan yang banyak lemak.

***  Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

***  Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari dan mengurangkan risiko mendapat strok dan gout. Ia juga adalah anti oksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.

***  Jus lemon juga membantu membuang bahan yang tidak di perlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa (ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) Oleh itu dengan mengamalkan minum jus lemon , tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

*** 
Bagi yang terasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tips ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

*** 
Lemon mempunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ia nya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah.

***  Seharian kulit kita terdedah dengan  cuaca yang terik dan habuk. Dengan amalan minum air lemon dapat menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkitan kuman yang tidak menentu. Pasti dalam beberapa lama , kulit anda akan ada perubahan.

***  Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

 Cuma nak istiqomah lah kan dalam sesuatu amalan kita lakukan...kadang tu terlupa ...kadang tu kehabisan buah lemon bunda guna buah limau kasturi ajer. Bunda ni pun bukan jenis yang rajin sangat pun nak terus berpantang makan itu ini. Dalam dok jaga pun sesekali terlanggar juga pantang. Bila dah sakit baru terkapai-kapai. .Tengah ada selera dan nafsu makan, bila suatu hari dah ditarik balik dan hilang semua tu...dah tak guna lagi dah walaupun dilambakkan didepan mata.

Kita cuma berusaha dan berikhtiar...semua itu adalah hanya sebagai alat ... yang memberi kesembuhan hanya Dia. .Buat kata IM (Insan Marhaen) tentang pemakanan dalam entrynya disini .   Itu pendapat dari seorang yang bernama lelaki, bagi diri bunda ni seorang wanita berusia... lagilah. Dalam usia menginjak senja ni, sedaya upaya bunda nak jaga semua tu. Tubuh badan ni masih nak diguna lama selagi hayat dikandung badan. Kalau boleh bunda tak mahu sakit yang tak boleh untuk bunda mengurus diri sendiri dan sampai menyusahkan insan-insan tersayang disekeliling bunda.

Suplemen juga bunda ada ambil. Mungkin gabungan kedua-duanya dan dengan izin Allah juga dengan doa kalian bunda dah beransur sembuh.  Cuma bunda kena banyak rehat dan cukup tidur. Alhamdulillah.



***Jom sama-sama kita ubah rutin seharian kita dari mengambil minuman yang berkafein  dan berkabonat kepada minuman yang lebih sihat, segar dan bermanfaat.




67 ulasan:

  1. disamping sedap....berkhasiat pulak tu...

    BalasPadam
  2. nice sharing, tq bunda

    BalasPadam
  3. Kalau KN nak tahu di rumah kakak tak kiralah batuk ke tak batuk kami memang banyak guna lemon dlm hidangan hari-hari.
    Lemon + madu kami selalu minum selalu walau tak batuk. Itu sebabnya bila batuk dah tak jadi ubat - kena pergo doktor juga.
    Kakak masak ikan, air teh, air jarang pun letak lemon. Kami suka bau dan rasa masam dia sebenarnya.

    BalasPadam
  4. Sedap pengubat sakit tekak ni...

    BalasPadam
  5. T kasih bunda. Sekarang ni tiap pagi, minum air suam campur madu je. Ingat nak beli lemon tapi kat umah ada limau kasturi.. nak habiskan tu dulu kut.

    BalasPadam
  6. setiap pg yan minum air sunquick lemon :-))

    BalasPadam
  7. PERKONGSIAN YG BAIK...BNYK KHASIAT LEMON NI..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah Bunda dah sihat, dah puas usaha nak pulihkan sakit tekak, kembali juga ke alami, lemon tu byk khasiatnye kak, murah kan sebiji lemon tu brape ya? madu asli kat tempat Bunda senang dapat tak? amalkan tu je Bunda pas ni tak yah la susah2 nak gi klinik swasta la... bla bla bla... hehehehe... take care bunda...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah kesihatan Bunda dan semakin pulih., Sesungguhnya Allah jualah yang menyembuhkan. saya pernah juga guna cara ni utk pulih kan batuk. Ada yang menjadi ada juga yang tak menjadi. Tapi saya pun macam bunda, baru tahu kesegaran lemon. Sedapkan lemon ni? Tu yang org putih suka sangat lemonade.

    Tapi pernah juga masa saya pergi klinik, doktor tu berbangsa India. Dia kata kalau batuk, jangan makan lemon. Sbb lemon tu sejuk, nnt getting worse. Ntah le nak percaya ke tidak. Sbb saya buat mcm mujarab je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntahlah, setahu bunda buah anggur dan minuman grapes, ribena dan coklat yang tak digalakkan semasa mengidap batuk, kononnya buah anggur tu bergetah ...sebab pernah bunda jaga anak orang dulu yang mengidap asthma juga .. doktor nasihat begitu, tak kira yang dewasa atau kanak2...tak digalakkan semasa batuk tu jer..

      Adalah tu dari segi kedoktorannya...wallahu'alam.. Apa2 pun semuanya kenalah berpada2 jangan berlebih2 sangat, mudarat pulak nantinya...

      Padam
    2. Nanti kita minta pendapat DZ dan Dr Syikin yer Lyd...

      Padam
  10. saya ni baru je kena sakit tekak ,batuk juga ...nak juga cuba madu dengan lemon seperti yang bunda amal kan ni.

    BalasPadam
  11. ms g mesir airtu, benda yg ni jg laa yg sy amik...hilangkan demam

    BalasPadam
  12. tqsm bunda ttg perkongsian ni..kebetulan lya pon kna batuk truk ni.. demam dh nk seminggu.. blh la cuba jugak cara ni.. mkn ubt pom x jadi apa ni..

    BalasPadam
  13. Selalu juga kak zai amalkan. Penggunaan lemon memang banyak cuma ada masa harganya agak mahal.

    BalasPadam
  14. dua-dua sedap dibuat minuman..

    BalasPadam
  15. alahaii Bunda..samalah kita..asma alegik ni pantang silap sikit..nekcik dulu pun pakai nebuliser..dah tu nekcik bli sebijik..dah bli ..alhamdulilah dah takde lah sangat ..3 atau 4 bulan tu adalah

    BalasPadam
  16. minuman berasaskan lemon ni mmg sdap bunda.
    letak air barli pon sedapsmga cpat sembuh ye bunda..

    pati delima gulsan pon bagus bunda.
    saya amalkan smasa demam seminggu masa kandungan nk msk 3 bulan.pakej, sakit tekak, demam selsema, batuk, pening kepala, muntah..
    alhamdulillah slps amalkan. hilang semuanya
    seminggu mmg perit.
    sy amalkan sampai sarat..

    BalasPadam
  17. samalah.. selalu juga amalkan petua ni kalau batuk :)

    BLOG OH! BLOG

    BalasPadam
  18. Yang penting kalau ambil lemon, ambil dan perah sendiri buah lemon asli, bukan ambil lemon yang tersedia di dalam botol seperti Sunquick dan lain-lain yang sudah bercampur dengan segala bahan kimia dan mengandungi kandungan gula yang tinggi yang lebih banyak membawa kesan buruk dari baik....

    BalasPadam
  19. good info Bunda.thanks a lot

    BalasPadam
  20. Betul apa yg KN cakap tu....banyak khasiat lemon ni katanya. Okje pun ada minum gak sesekali...kononnya nak jugak buang lemak hihi...

    Apa pun KN jagalah kesihatan yg termampu yer, insyaallah moga Allah berikan kesihatan yg baik buat KN.

    BalasPadam
  21. JM ada gak beli Lemon ni walaupun harga agak mahal tapi dek kerana khasiatnya tu pejam mata je lah..betul tu BUNDA kurangkan minuman berkafein dan skeg ni pun JM cuba kurangkan

    apa2 keadaan binda sekarang JM doakan sentiasa sihat, cukup rehat dan tidur ye

    BalasPadam
  22. yelh bunda kdg2 ubat2 mcm dh tk lut dh
    hrp bunda sht2 saja..

    BalasPadam
  23. Memang lemon terkenal dgn khasiatnya. Saya pun suka minum lemon dgn teh O panas. Get well soon Bunda.

    BalasPadam
  24. sakit batuk n tekak zaman sekarang...mmg lambat baik..berminggu2 x baik2 juga...ubat dr pun dah habis...

    moga Bunda sembuh sepenuhnya...banyakkan rehat ya bunda

    BalasPadam
  25. Sedap jus lemon madu ni Bunda.. sgt2 menyelerakan tekak terutama waktu panas2 atau selepas beriadah. Selain tu klu buat minuman utk hidangan yg berat2 spt nasi briyani, nasi arab dan yg sewaktu dgnnya pun sgt menyelerakan... bestlah... :) :)

    Apa pun, saya doakan agar Bunda dpt cpt sembuh dan sihat spt sediakala.. aamiin. Bnykkan berehat & dptkan udara segar... in shaa Allah.. mudah2an sembuh segera... aamiin..

    BalasPadam
  26. Semoga Bunda sentiasa dipermudahkan serta dilancarkan segala urusan.. begitu juga dgn ayah Bunda.. semoga sihat semuanya... aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin aamiin yarobbal'alamin ...terima kasih anakanda KK dan kepada semua yang tak putus2 mendoakan bunda...

      Semoga kalian juga akan sentiasa dirahmati Allah... walaupun jauh tapi bunda rasa dekat sangat dengan kalian... Syukur Ya Allah..

      Padam
    2. Sedikit hari lagi bunda akan berpergian lagi...bunda akan tinggalkan blog ini lagi...akan tinggalkan kalian lagi...UNTUK SEMENTARA...lantaran kewajiban yang perlu bunda lunaskan..InsyaAllah...

      Padam
    3. Semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dgn lancar buat Bunda sekeluarga... aamiin..

      Padam
  27. Lemon dan madu memang natural remedies bunda.raya haji tahun lepas sy kena batuk n sakit tekak teruk, doktor suggest air lemon n madu juga untuk minum..

    BalasPadam
  28. bgus bunda mnm lemon + madu
    selain ilangkan batuk ianya jugak boleh mengurangkan berat badan..mengempiskan perut dan mengurangkan kolestrol
    el dulu nah buatlah tp sempat 2mggu tp dah nmpk kesan..perut iols dah kempis
    lepas tu peknen..terus x buat dah..malas..malas nak perah jus lemon bagai haha
    semoga cepat sembuh

    BalasPadam
  29. mak wana pun amalkan minum jus lemon dengan madu ni kalau batuk..alhamdulillah berkesan..

    BalasPadam
  30. byk kebaikan lemon n madu ni kan bunda...lieya pun baru baik batuk...makan ubat dah berjenis... sudahnye cara tradisional nijugak yg membantu heheeheh

    BalasPadam
  31. Saya suka lemon, rasanya menyegarkan..

    BalasPadam
  32. bnyk khasiatnya lemon ni rupanya ye. buah inilah yg slalu kita abaikan. kalau pergi market..pegang2 belek2, pike nak buat apa dgn buah ni..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...klu mat saleh kebanyakan hidangan guna lemon ni...

      Sebab mahal kot..

      Padam
  33. KN, saya mmg selalu perah dan rendamkan lemon dalam tiap air minuman saya di rumah. Itupun setelah mendengar dan membaca tips dan kebaikannya meminum perahan lemon ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...air rendaman lemon baik untuk detoks juga kan?

      Padam
  34. terimakasih KN info nya, saya baru ja habis batuk mmg lama jugak,lmbat dpt info ni kalau tak tentu tak lama sngt menderita hehee

    BalasPadam
  35. Lemon ni memang banyak khasitnya KN. Saya pun baru sekarang minum tea/jus campur lemon. Kalau dulu beli lemon hanya kerana buat 'ayam lemon saja'..la ni dah mula masukan dalam minuman harian pula..

    BalasPadam
  36. Madu memang ubat. Rasul SAW sendiri ajar kita, maka kita kena amalkan dgn penuh yakin.
    Lemon ialah Vit C. Vit C mmg bagus utk tingkatkan imuniti badan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain dari minum madu begitu saja n tambah dlm minuman jus...Bunda suka bancuh ubat batuk cap ibu dan anak dgn air suam..

      Bukan sebagai ubat batuk tapi untuk reda panas badan...apa lg dimusim panas camni..

      Kan dia ada madu + herba2...

      Padam
  37. Salam. Hee perasa lemon yang nyaman.

    BalasPadam
  38. Memang berkhasiat, Zarith pon suka amalkan setiap hari =)

    BalasPadam
  39. ibu_suri juga batuk batuk sejak 2 3 hari ni. dia suruh beli ubat batuk tapi saya berat nak usahakan. saya lebih suka dia minum air kosong dan biar batuk itu lega sendiri...

    BalasPadam
  40. Saya dah 3 hari kehilangan suara, hari ni dah mula batuk2.. kurang minum air..? Sehari 3 - 4 liter air saya minum tapi mungkin sebab keadaan cuaca juga memainkan peranan rasa tak sihat ni. Berkebetulan sebelum tu anak2 tak sihat.

    BalasPadam
  41. Ada dengar mengenai seorang insan untuk menjaga kesihatan dirinya pada ketika dulu ada sakit sakit setiap hari dia amalkan bila bangun untuk breakfast mesti minum air lemon tanpa letak apa-apa yang diamalkan supaya tak sakit seperti dulu lagi.
    Take care bunda.

    Habuk-habuk dan asap pun banyak sebab jadi kita asyik batuk-batuk ni.

    BalasPadam
  42. 2,3 hari ni tetiap mlm sy amal kn sebab tgh sakit tekak batuk2 Alhamdulillah dah lega skrg ni...

    BalasPadam
  43. asslam bunda.. saya dah melalui batuk kronik ni... sewaktu mengandung pulak tu...sabar je la..tidur pun susah

    BalasPadam
  44. Mmg kena disiplin, baru nampak hasil.
    Saya minum lemon gak utk kurus..kunun...tapi tu lah minum ikut rajin.

    BalasPadam
  45. Apabila usia menginjak senja, memang perlu jaga sedikit pemakanan dan kesihatan. Maklumlah... enjin dah lama. Itu adalah realiti yg mesti setiap dari kita semua perlu terima.
    Takut sebenarnya nak menempuhnya apabila tiba masanya. Melihat pengalaman2 Bunda dan rakan2... Semuanya agak bertuah punya anak utk menjaga dan mengambil berat... Tawakkal kpd Allah sajalah...
    Semoga Bunda dan Ayahanda setiasa sihat hendaknya...amiin.

    BalasPadam
  46. Pernah terbaca petua ni jugak..tapi saya tak pernah cuba lagi..hihi

    BalasPadam
  47. Satu perasaan yang x enak bila dapat batuk, selsema, sore throat sekaligus.

    BalasPadam
  48. Hopefully Bunda sihat2 saja sekarang ni.

    BalasPadam
  49. belum pernah cuba lemon + madu bunda sedap tak rasanya

    BalasPadam
  50. Lega rasanya bunda kembali bercerita. dan berkongsi. semoga bunda terus sihat

    BalasPadam
  51. take care ya bunda. moga sihat2 selalu.amiin :)

    BalasPadam
  52. musim kan bunda, ramai yang kena macam bunda
    saya beli yang instant aje, tinggal bancuh aje sebab
    dah ada madu dan lemon dalam dia
    nak buat tu, tak cukup rajin plak =)

    BalasPadam
  53. Dah banyak kali jugak jumpa petua ni, tapi selalu lupa nak guna.hihi

    BalasPadam
  54. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  55. As salam Bund se elok nye jus lemon ni di minum pd waktu pg slepas or seblm sarapn?

    BalasPadam