Jumaat, 10 April 2015

5 Gred Solat Dan 7 Kalimat..

ihsan google


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Bunda nak kongsi dengan kalian info ini dari group rakan whatsApp bunda...

5 Gred Solat:

* Gred E
Bila azan, buat tak tahu, tengah memasak terus memasak, tengah berFB terus berFB, sedang tengok tv terus tengok tv dan seumpamanya....

* Gred D
Bila azan berkumandang dia perlahankan tv, perlahankan radio tetapi tetap meneruskan aktiviti...tidak bersedia untuk solat.

* Gred C
Bila azan berkumandang, terus mengambil wudhu' dan solat.

* Gred B
Bila azan , terus berwudhu' dan menuju kemasjid  mahupun kesurau..

* Gred A
Bila azan, sudah berada dimasjid dalam keadaan berwudhu' dan bersedia untuk solat.

Apakah gred solat kita?...kalau exam kita nak gred A sokmo...Solat macam mana?...ingatlah! solat adalah perkara no. 1...yang akan ditanya oleh Allah dihari perhitungan nanti, bukannya result exam!
Solat terjaga 100  insyaAllah hal lain pun terjaga...sama-samalah kita balancekan hal dunia dan hal akhirat..

** Sharing info moment... Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat...Jangan berkata-kata ketika azan, agar lidah tidak kelu menyebut syahadah...


7 Kalimat Yang Harus Dibiasakan:


1)  Bismillahirrahmannirrahim - Setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2)  Alhamdulillah - Setiap kali habis melakukan sesuatu.

3)  Astaghafirrullah - Jika melakukan sesuatu yang buruk.

4)  InsyaAllah - Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5)  La hawla walaaquwwata illaah billaah  -  Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

6)  Innalillahi wainna ilaihi rojiuun - Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian..

7)  Lailaha illallah  - Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya...


*** Rasulullah bersabda,  "Barangsiapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala"

Aamiin ya rabbal alamin....Semoga bermanfaat....




37 ulasan:

  1. sama2 kita perbaiki diri dan bykkan beramal :)

    BalasPadam
  2. Kalaulah pahala itu boleh dilihat macam kita lihat markah dari kertas peperiksaanlah KN kakak rasa semua org setiap kali nak masuk waktu solat dah siap-siaga duduk menanti azan siap berwuduk lagi... tapi sebab tak nampak imanlah yg membantu. Kena baja selalu kalau tak syaitan memang terus menggoda dan melalaikan kita.

    Samalah dgn berzikir perbuatan yg mudah tapi kalau tak muhasabah ianya bagaikan susah walaupun ianya tidak mengeluarkan kos barang sesen pun...

    BalasPadam
  3. Salam Jumaat..syukran berkongsi ilmu...

    iman mcm roller coaster...bila naik terus ke Gred C, kekadang Gred A tapi bila turun terus menjunam ke Gred D & E...jgn fail sudahlah kan..

    BalasPadam
  4. Bunda..setakat ni..dpt gred d sahaja...kerdilnya rasa..berusaha mempertingkatkan lg

    BalasPadam
  5. so far gred C n D..tp byok gred D lah huhu
    semoga kita diberi peluang untuk baiki diri kita amin

    BalasPadam
  6. SALAM JUMAAT..SEMOGA KITA SALING MEMPERBAIKI KELEMHN KITA...TQ PERKONGSIANNYA.

    BalasPadam
  7. insyaAllah....terima kasih atas peringatan.

    BalasPadam
  8. Ya Allah bunda..malu nak nyatakan gred Solat kt sini.terima kasih mengingatkan

    BalasPadam
  9. Terima kasih berkongsi ilmu KN....tengok gred solat rasa malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri. Iman tu kekadang grafnya turun naik kan KN....
    KN tak balik kg kg ke minggu ni?

    BalasPadam
  10. InsyaAllah setelah membaca n3 bunda ni,berusaha untuk mendapatkan gred yang terbaik dalam solat..yang.selama ini graf turun naik seperti kata hainom akibat bisikan2 syaitan yg suka kita melewat2kan solat.

    BalasPadam
  11. Semua gred tu ada dlm diri semua orgkn...agaknya ikut peringkat umur kut...
    kita bt yg terbaiklh ye bunda supaya jadi ikutan anak2

    BalasPadam
  12. In shaa Allah, akan sentiasa memperbaiki diri ini. T kasih atas perkongsian dan peringatan ini Bunda. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan Bunda sekeluarga... aamiin..

    BalasPadam
  13. perkongsian yang sangat bagus dan bermanfaat..peringatan untuk kita semua..
    In Sha Allah cuba untuk memperbaiki gred tu..:)

    BalasPadam
  14. Perkongsian dan peringatan yang sangat baik Bunda..
    Merenung diri kejap... :(

    BalasPadam
  15. Malu betul bila cerita pasal gred solat ni...kena azam selalu utk baiki lg...

    BalasPadam
  16. alhamdulillah terima kasih kak atas peringatan ni :)

    BalasPadam
  17. muhasabah diri . sama2 kita perbaiki diri :)

    BalasPadam
  18. Terima kasih bonda.. mengingatkan mana yg terlupa. :)

    BalasPadam
  19. Salam bonda, malu rasanya membaca perkongsian di atas, sebab kerana kealpaan, kadangkala termasuk juga dalam senarai gred lemah....

    BalasPadam
  20. tak sampai lagi gred A taaaak sampai lagi T.T

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum bunda,
    Terima kasih di atas peringatan yang bermanfaat ini. Insya-Allah, Mudah-mudahan ia memberikan ruang keinsafan dan kebaikan kepada semua.
    Cuma, yang mana satu gred saya, pastinya sangat lemah....

    BalasPadam
  22. malu nak tgk gred sendiri mesti merahhhhhhhhhhhh je

    BalasPadam
  23. Salam kenal ye Bunda....InshaaAllah akan berubah perlahan-lahan..skrg ni kdg2 ada gred D...nak cuba biasakan gred C dan seterusnya..btw tq for sharing :)

    BalasPadam
  24. Thanks atas perkongsian bunda. Malu nak bagitau gred berapa :-(

    BalasPadam
  25. salam ukuwah dan salam kenal...
    good sharing :)

    BalasPadam
  26. Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. gd one ni bunda !

    BalasPadam
  27. Saya ni masih lagi antara gred C dan B aje la. Hehe. Nak A tu tak tau la bila nak dapatnya.

    BalasPadam
  28. Nak berubah ke arah Gred A atau B... Insha Allah ^-^

    BalasPadam
  29. JM ada semua GRED tu...tapi gred A paling sikit sob sob sob...perlu berubah sikit demi sikit lepas ni in sha Allah

    BalasPadam
  30. alhamdulillah..perkongsian yg sgt baik
    sbg peringatan utk diri sy bonda
    moga kita sama2 memperbaiki diri, berusaha jd yg terbaik
    moga kita tergolong di kalangan org2 beriman

    BalasPadam
  31. Terima kasih atas perkongsian bunda. Sangat bermakna

    BalasPadam
  32. terima kasih bunda atas ingatan :-(( masih banyak perlu dibaik diri ini

    BalasPadam
  33. Terima kasih atas perkongsian dan peringatannya,bunda.kalau tengok daripada gred tu,tak ramai dapat gred A kan..

    BalasPadam