Sabtu, 23 Mei 2015

Hari Doktor Keluarga Sedunia



Bismillahirrahmanirahim, As Salam....

Pasti semua tahu bahawa pada bulan Mei setiap tahun banyak hari-hari tertentu yang dirayakan, seperti Hari Buruh, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Jururawat dan baru-baru ini bunda menonton satu rancangan tv ada pula Hari Doktor Keluarga Sedunia....

Apa yang bunda dengar Hari Doktor Keluarga Sedunia ini jatuh pada 19hb Mei setiap tahun , tapi di Malaysia tahun ini kita sambut pada 24hb Mei.

Apa yang di fahamkan dan dimaksudkan doktor keluarga itu ialah, satu keluarga ,satu atau dua orang doktor.  Kalau kita tetapkan keluarga kita untuk berjumpa hanya sorang dua saja doktor setiap kali sakit untuk mendapatkan rawatan lebih bagus,
kerana doktor itu akan dapat tumpukan sejarah penyakit dan apa rawatan dan ubatan yang perlu dan biasa diberi keatas keluarga tersebut.
Peranan doktor keluarga amat penting, kerana doktor keluarga amat memahami sejarah kesihatan seluruh keluarga itu. Kita ada perkhidmatan ini di masa lalu, tetapi kini tidak di amalkan lagi.

Ada juga berlaku doktor keluarga untuk empat generasi dari atok nenek, emak ayah, anak-anak dan cucu...sekiranya ada sesuatu penyakit keturunan keluarga itu, doktor keluarga ini sudah tahu apa yang akan dibuat dan apa rawatan dan ubatan akan diberi.

Perkhidmatan ini tidak terhad kepada merawat sahaja malah meliputi perkhidmatan pencegahan dan nasihatan kesihatan juga.

Perkhidmatan dan peranan doktor keluarga akan diperkasakan dalam tempoh beberapa tahun lagi selaras dengan usaha kerajaan mengukuhkan perkhidmatan kesihatan di negara ini.



***Untuk maklumat lanjut bolih baca DISINI dan  DISINI


32 ulasan:

  1. Dalam keluarga Zumal tak ada sorang doktor pun.

    BalasPadam
  2. betul tu....kalo boleh tetapkan hanya pada sorang doktor sebab rekod sejarah perubatan dengan kita ada pada dia. senang untuk buat pemantauan berkesan

    BalasPadam
  3. setakat nie lom ada doktor peribadi.... :-))

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..... lorrrr saya tak tahu pun...

    BalasPadam
  5. salam bunda ..
    tk tau pula tarikh hari doktor ..
    hari yg kurang glamor jika dibandingkan dgn hari Guru kan ..
    apapun selamat hari doktor utk doktor2 diseluruh alam

    BalasPadam
  6. Elok juga..sebuah keluarga ada seorang atau 2 orang doktor yg tahu salasilah rekod perubatan secara detail..

    BalasPadam
  7. baru tau ada hari doktor keluarga.
    Doktor yg merawat arwah mak mertua saya dulu masih kami sekuarga kunjungi utk dapat rawatan bila sakit2.Doktor tu pun dah kenal sngt wlpun berlainn bangsa.

    BalasPadam
  8. kami duduk berselerakan negeri...semua lain2 doktor. mak tak de penyakit yang diwarisi tapi ayah ada keturunan kanser. kami masing2 check sendirilah bunda..tak tau leada hari doktor keluarga sedunia. thanks for the info

    BalasPadam
  9. Bagus juga ye.. jasa doktor pun mmg patut kita semua hargai. Selamat menyambut hari doktor buat semua doktor2 di dunia.. Thanks sharing info Bunda.. :)

    BalasPadam
  10. Selamat hari doktor... khas utk abg n kakak ipar sy ;)

    BalasPadam
  11. bagus kalau keluarga ada doktornya sendiri senang nk rujuki sebarang mslh kesihatan yg bersangkutan...

    BalasPadam
  12. Keluarga doktor tak ada cuma ada beberapa orang anak buah yang jadi doktor dan doktor pakar.

    BalasPadam
  13. baru hari ini tahu ada hari doktor sekelruarga sedunia

    BalasPadam
  14. Setakat ini saya lebih suka pergi ke hospital kerajaan kerana kebetulan ramai di kalangan keluarga saya kerja di hospital. Kalau duit saya terlebih nanti saya bukan saja nak doktor keluarga tapi doktor peribadi, hehehehe...

    BalasPadam
  15. Hari Doktor Keluarga Sedunia? baru tahu saya

    BalasPadam
  16. baru tahu juga bunda ada hari doktor keluarga sedunia.so far keluarga kami jarang sikit.Alahamdulillah dptkan rawatan tu pun jarang la kan..tp klu mampu mmg bagus sebenarnya ada doktor peribadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doktor keluarga lain, doktor peribadi lain..

      Padam
  17. biasa noe pergi satu klinik jer...satu family g situ jer...sorang doktor tu je yg handle..

    BalasPadam
  18. Kalu ada doktor dlm rumah lagi senang

    BalasPadam
  19. bru tau ada hri dr. sekeluarga ;p

    BalasPadam
  20. Bagus juga cadangan tu Bunda. Dalam satu keluarga, ada 1 atau 2 orang saja doktor. Sebabnya doktor tu boleh tau track record kesihatan keluarga kita.

    BalasPadam
  21. knor pun kira doc jugalah asyik merawat org sakit jer...hahah

    BalasPadam
  22. Malu betul tau kakak baru tahu ada hari khas ni:)
    Kalaulah keturunan keluarga doktor agaknya mesti tahu. Memang ada yg generasi berketurunan doktor.
    Sama juga ustaz/ustazah pun ramai yg anak-cucu ikut kan KN.
    Untunglah senang nak diagnose apa-apa symptom sakit..

    BalasPadam
  23. KN dah doktor sendiri dalam rumah... lagi mudah!

    BalasPadam
  24. Pertama kali dengar ada sambutan HARI DOKTOR KELUARGA....hihi
    Saya plak jenis suka tukar-tukar doktor....tak ada yang specifik untuk keluarga....


    Singgah blogwalking...:)
    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    BalasPadam
  25. dulu kecik2 nk jdi doktor
    last2 jd administrator
    xpelah janji ada tor tor kt blkg tu haha

    BalasPadam
  26. SELAMAT HARI DOKTOR BUAT SEMUA DOKTOR SEANTERO DUNIA..

    BalasPadam
  27. Young doctor ramai yg malas dan tidak mnjiwai profesion as doctor mcm doctor zaman dulu2...

    Huhuhu... time change...

    Ada a few rakan sy ambil medic sbb glamour dn nk title doctor.
    dah hbs housement mntk duduk kementerian supaya x pyh buat kerja doctor tp masih "doctor" dan dpt gaji doctor...

    Bukan semua young doc mcm tu... tp semakin ramai/obvious yg begitu....

    Ntahlah....

    BalasPadam
  28. Ohhh...... dulu masa okje kerja, adalah klinik panel tu jadi doktor keluarga sebab dah klinik dia jer yg jadi panel....la ni main mana mana klinik jer

    BalasPadam
  29. tukas seorang amat mencabar x kekadang keje x menentu...itu sbb JM x layak jadi doktor...lagi pun x minat

    BalasPadam
  30. Nice info bunda..SA baru tau ni...

    BalasPadam