Khamis, 21 Mei 2015

Resipi: Ayam Masak Lemak Tumis





Bismillahirrahmanirrahim, Assalam...

hari ini bunda nak share resipi lagi dengan kalian, jom kita tengok apa bahan-bahannya...

Bahan-bahannya:

*ayam dalam 5 6 ketul...(nak guna ikan tenggiri pun bolih).
*3 biji bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
*2 biji cili merah ditambah sedikit cili padi ikut banyak mana kepedasan yang kalian nak...(kesemua bawang kecil, bawang putih, halia, kunyit dan cili merah+cili padi ditumbuk atau diblend lumat).
* sebatang lobak merah (dipotong bulat atau serong)
* 1 batang serai di ketuk
*2  3 helai daun limau purut dihiris halus.
*sedikit minyak masak untuk menumis.
* santan..ikutlah kepekatan yang sesuai.(bunda guna santan kotak)
* sekeping asam gelugur.
* bahan perasa dan garam


Cara-cara memasaknya:

1) Tumis bahan-bahan yang diblend tadi. Kacau-kacau hingga garing masukkan ayam, kacau-kacau sebati kemudian masuk santan, serai dan asam gelugur....ikutlah banyak mana kuah yang dikehendaki.

2) Apabila kuah hampir mendidih masukkan lobak dan biar kuah mendidih dan lobak lembut bolihlah dimasukkan bahan-bahan perasa dan garam.

3) Sebelum tutup api taburkan hirisan daun limau purut.  Siap untuk dihidangkan...


*** Selamat mencuba..



25 ulasan:

  1. Assalamualaikum bunda,
    Terima kasih kerana berkongsi resepi. Hmm, terliur pula nengok pic tu. Nanti buleh cuba-cuba buat. Kalu guna daging sedap jgk rasanya.

    BalasPadam
  2. Menarik la resepi ni bunda...nanti SA cuba buat eh...

    BalasPadam
  3. Bunda, sedap ye menu ni...julia mmg peminat kuah lemak...tgk gulai kuning tu rasa nak minta nasi panas2 hehehhe...TQ bunda...resepi mudah

    BalasPadam
  4. nanti saya suh wife cuba resepi bunda yer.... saya nak buat sendiri takut jadi bendalah lain pulak. hehehehe

    BalasPadam
  5. ibu ibu...

    gi mana ini sih, semua blog para ibu dipenuhi makanan...

    huhuhuhu...

    bikin gue lapar ini...

    BalasPadam
  6. mesti wangi ni bunda sbb ada daun limau purut tu kan boleh try

    BalasPadam
  7. lieya dok blur2 nak masak ayam masak ape ni bunda esok...tgk resepi bunda ni bahan semua ade....halal la kak yeak lieya copy resepi akak nie...... lagi2 santan2 ni hubby suke laaaa...asek2 masak kari, masak lemak cili padi bosan gak .....nak try resepi bunda nieh....

    BalasPadam
  8. tak pernah try pulak masak ayam style ni..
    boleh cop jadik resepi tuk posa nanti..

    BalasPadam
  9. OK... kakak dah baca dan bila lihat bahan diguna kakak boleh nak buat petang ni
    Tapi tengoklah kalau rajin. Kadang kakak ni bila tengok resepi macam nak buat sangat, tapi bila sampai rumah dah letih lain jadinya KN..

    BalasPadam
  10. sedap ni..bubuh daun limau purut mesti wangi..laparr, oo..dah nak lunchtime..

    BalasPadam
  11. suka masakan letak daun limau purut..seger kuahnya

    BalasPadam
  12. Emmm..nyummm
    Laparnya..bunda nak sikit

    BalasPadam
  13. Ayam tu jadi garing-garing sikit kut bunda kan..pastu kuahnya buat pekat-pekat ..wah ..lapooo..

    BalasPadam
  14. Bestnya klu dpt makan lepas solat jumaat ni.. sgt2 menyelerakan.. :)

    BalasPadam
  15. Saya pun memasak pakai santan kotak jugak KN.

    BalasPadam
  16. Kalau lemak2 macam ni lauk kesukaan hubby kak zai.

    BalasPadam
  17. mmng sedap.. mak sy pernah msak cra ni

    BalasPadam
  18. Jarang masak ayam lemak ni pedas pedas KN.....sebab si kecik tu kurang tahan pedas.
    Terliur pulak okje tgk lemak KN ni

    BalasPadam
  19. assalam
    bunda.. sihat..
    maaf bru ada msa bls jejak
    alhamdulillah dah back to normal
    toma ksih bunda di atas kiriman doa..

    sedapnya ni. mkn dgn nasi pns pns
    thanks bunda berkongsi resepi bunda

    BalasPadam