Selasa, 4 Ogos 2015

Projek terbaru bapak


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Semasa cuti Nuzul Al Quran yang lalu, bunda pulang kekampung bunda , macam biasalah bunda naik bas ekspress seorang diri, sampai kedestinasi adik bunda tunggu dan jemput bunda. Bunda sampai jer depan pintu pagar .. terkejut juga bunda lihat taman bunga bapak cantik sangat....


 Bukan saja pokok-pokok dia kelihatan subur tetapi  dah semakin membesar. Projek bapak kini bertanam pokok pisang pulak, Walau pun tanah ruangan tak seberapa tetapi bila melihat pokok pisang dan pokok labu bapak menjadi subur, rasa tak sabar pula melihat hasilnya.


Sebelum ni pasu-pasu bunga ni bersepah dan tak tearatur...dengan tanahnya yang berbatu-batu dan tidak rata. Kini semuanya tersusun berbaris setelah bapak simenkan ruangan ini dan tinggikan sedikit khas meletak pasu-pasu.


Tengoklah tu, kan cantik tersusun rapi berbaris...kemas jer...apa lagi dengan bunga-bunga kertas kesukaan bapak yang sedang ramah berbunga. Bapak bab hias taman dan pokok-pokok tanaman yang lain memang rajin dan kreatif.

Kalau bapak mahu tinggal dengan bunda mahu jer bunda mereka hiasan taman untuk projek bapak...memang raya tahun ni bapak nampak keceriaannya tak seperti tahun lepas..


Adik bunda wasaap gambar pokok terung bapak yang baru berbuah sulung... adik cakap budak-budak tu yang sibuk dan teruja sangat tengok hasil tanaman atoknya ... sibuk suruh Mak Long balik buat masak pajeri... bolih gitew...hihihi,  masa bunda balik haritu masih kecil lagi pokoknya...Alhamdulillah..


Bukan setakat itu jer projek terkini bapak...rupanya ada pulak projek baru lagi untuk cucu-cucu nya juga...dalam kawasan tamannya juga...


Tapi masih dalam projek, belum siap sepenuhnya lagi...tengoklah tu...tau tak apa tu...katanya nak buat kolam...kolam untuk cucu-cucu berendam...kesian tengok diaorang bersesak dalam kolam plastik yang kecil tu... tunggu jer lah di next episod...kot-kot menjadi projek kolam renang bapak ni kita cerita lagi yea...

***Bapak tu tengah sehat lah tu...macam-macam projek nak dibuat...tak reti duduk diam..

39 ulasan:

  1. alhamdulillah, cantik & rapi taman tu...
    samalah macam parents sy, lps pencen ni xde apa nak dibuatnya...so, bkebun ajelah...
    biasalah, orang dah biasa bkerja..bkebun ni buatkan mereka rasa bertambah sihat & hilang stress

    ~Admin~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Bila pisang berbuah boleh buat pisang goreng bunda....
    Bunda balik mana? Taiping ke?

    BalasPadam
  3. Kuat lagi bapak bunda ye, bagus yer tgk halaman rumah bapak bunda cantik dan tersergam indah, rasa nak balik kg je duduk diam2 kt kg, jual nasi lemak, jaga anak2, tak kaya pun xperlah, janji dapat hidup selesa mcm ni...best ye

    BalasPadam
  4. berkebun ni mmg ralit n menyukakan hati mrk yg berusia spt kak n ayah bunda ni...moga ayah bunda sentiasa sihat walafiat utk meneruskan hobi kegemarannya.

    BalasPadam
  5. Bapa masih gagah lagi, masih ada kudrat buat semuanya. Orang muda pun belum tentu segigih dan serajin bapa...

    BalasPadam
  6. biasalah org tua2..bosan kan, berkebun la utk hilangakn kebosanan..
    selain tu dpt myihatkan badan jugak..hasil pon blh digunakan..sgt berbaloi-baloi kan bunda..

    BalasPadam
  7. Berbudi pd tanah..banyak hasilnya kan bunda..

    BalasPadam
  8. Segan dengan bapak bunda..yan sendiri tak pandai tanam bunga apatah lagi susun hias laman..

    BalasPadam
  9. Seronok kak zai tengok kebun bapak bunda. Sihat dan subur tanamanya. Nanti bolehlah kutip labu dan pisang bila dah berbuah.

    BalasPadam
  10. Wah seronoknya. Inilah kelebihan bila berbakti kepada tanah.

    BalasPadam
  11. Macam-macam pokok ada. Rajin ayah akak berkebun.

    BalasPadam
  12. bunda..nanti kolan tu dah siap..share ye..mesti best..

    BalasPadam
  13. rajin sungguh ayah bunda bercucuk tanam ,...part bunga tu yang sya terpegun dengan kesungguhan ayah bunda pandai menghias dan subor2 bunga nya

    BalasPadam
  14. wah suburnya pokok. dan cantiknya bunga kertas berkembang

    BalasPadam
  15. seronok tengok bapak bunda semangat nak cantikkan lama..macam2 projek ya..baguslah dr dok saja sihat buat aktiviti macam ni..cucu2 balik nti syok la dah ada swimming pool.hehe

    BalasPadam
  16. seronoknya tengok kawasan tanaman bapak..meriah dan ceria..jelezz pulak tengok bunga kertas merah tu..semuga dapat memberi semangat untuk nekcik memupgradekan kebun nekcik yang sekangkang kucing tu...malu kat bapak!!!

    BalasPadam
  17. Itu tandanya bapa bunda sayangkan alam sekitar....Lets Go Green

    BalasPadam
  18. Salam bunda. Bestnya ada tanaman di sekeliling rumah. Rajinnya bapak bunda. Lihat terung yang menjadi. Dan kolam untuk cucu. Indahnya

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah Bunda...itu yg nak dengar..BAPAK Bunda dh siahat..itu yg tak tahu duduk diam eh..ye lah...dari duduk je termenung baik berkebun kan dapat gak hasil..BAPAK bunda ni jenis rajin...dapatlah anak2 dan cucu menikmati hasilnya..JM doakan agar bapak Bunda sihat sentiasa aminn

    BalasPadam
  20. Kudrat dan kerajinan seiring itu yg semuanya membuahnya hasil dan keindahan memuaskan mata memandang
    Itulah biasanya org tua bila sihat mana boleh duduk diam. Mesti ada saja idea nak buat.
    Alhamdulillah...moga bapak KN terus sihat dan ceria bersama anak-cucu.

    BalasPadam
  21. bapak berbakti pada bumi tu dapatla hasilnya yg lumayan nnti mak kann ;p

    BalasPadam
  22. waaaa...bestnyer leh tanam mcm ni....sy pun teruja tgk terung tuhh....terbayang dah pajeri terung....sedapnyerrr......heheheh

    moga ayah bunda terus sihat hendaknya...

    BalasPadam
  23. kreatifnya bapak bunda ... cantik sangat

    BalasPadam
  24. pokok-pokok pun semuanya subur ...

    BalasPadam
  25. siap buat kolam untuk cucu ... atuk terbaik :)

    BalasPadam
  26. ya Allah bunda..tanaman...bunga2 semua subur2 segar2 cantik2....sejuk tangan hah....lieya ni tangan panas....tu laa berbudi pada tanah byk manfaatnye kan bunda...pesekitaran rumah cantik....ulam2 pun segar2 main petik ajek....

    bunda...nanti bunda snap yg dah siap ye...mesti lawooooo....rajin laa bapak bunda...kuat lagi nak buat bende2 tu...bertuah cucu2 dpt atok penyayang gini....

    BalasPadam
  27. sukalah tgk hasil tanaman bunda ngan bapak
    el pun suka kebun2 ni..tp tulah xde masa...malas pun hahaha
    seronok kan lau dpt hasil

    BalasPadam
  28. Assalam bunda,, alhamdulillah sihat bapak bunda,,, dah lah rajin, kretif plak tu,, suka tengok tanaman semua menjadi,, orang kampung kata bila buat tamanan menjadi tu namanya "tangannya sejuk" hihi,, tanam apapun menjadi,, cantik je laman bapak bunda tu,, kemass

    BalasPadam
  29. rajinnya bapak bunda. semoga sentiasa sihat ya :)

    BalasPadam
  30. seronok tengok bila tanaman tu dah ada hasil, petik, masak kat dapur sendiri..selain terjamin non-GMO, dapat jimat perbelanjaan dapur juga

    BalasPadam
  31. banyak projek boleh mengisi masa lapang....

    BalasPadam
  32. Wah bestnya...Zarith suka kalau rumah macam ni, hijau jek..lepas tu bila masa nak tuai hasil, mesti puas hati =)

    BalasPadam
  33. Wah..sebur dan segar nampaknya tanaman-tanaman tu. Mesti rasa lagi best kalau dapat makan hasil tanaman sendiri. Moga Bapak bunda sihat selalu.

    BalasPadam
  34. Best nye mcm2 tnaman ada kn sejuk mta memandang

    BalasPadam
  35. Cantiknya, teringin nak ada landskap camni ^-^

    BalasPadam
  36. Bestnya kalau tengok tanaman hidup subur. Barulah bersemangat nak bercucuk tanam katanya. Saya ni baru cuba tanam cili padi minggu lepas dan hampa. Tangan tak hijau lepas tu main taram aje tak usul periksa, memang macam tulah endingnya :)

    Rajin Bapak melayan cucu-cucunya. Nak buat kolam yerk. Kalau menjadi tentu cucu-cucu gembira!

    BalasPadam
  37. Rajinnya bapak bercucuk tanam. Suka jugak tgk terung tu. Siapa yang tak teruja bila tanaman membuahkan hasil.

    Kolam tu dah siap ke bunda? Huntunglan cucu² dapat mandi kolam ☺

    BalasPadam
  38. Seronoknya... saya mmg impikan utk ada waktu sepenuhnya buat perkara2 mcm ni.. mmg suka sgt. Saya mmg suka bunga2, tapi bukan mat bungalah hehee..
    Mmg ada impian nk buat sendiri taman dan kolam kat halaman rumah mcm tu.. tenang dan puas hati.. bestnya... :) :)

    BalasPadam
  39. rajin ayh bunda...
    elok la mcm tu..ada jgk aktvti yg dia boleh buat,kan...
    dok uma xbuat pape pun xok jg..

    BalasPadam