Memaparkan catatan dengan label bunga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bunga. Papar semua catatan

Selasa, 4 Ogos 2015

Projek terbaru bapak


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Semasa cuti Nuzul Al Quran yang lalu, bunda pulang kekampung bunda , macam biasalah bunda naik bas ekspress seorang diri, sampai kedestinasi adik bunda tunggu dan jemput bunda. Bunda sampai jer depan pintu pagar .. terkejut juga bunda lihat taman bunga bapak cantik sangat....


 Bukan saja pokok-pokok dia kelihatan subur tetapi  dah semakin membesar. Projek bapak kini bertanam pokok pisang pulak, Walau pun tanah ruangan tak seberapa tetapi bila melihat pokok pisang dan pokok labu bapak menjadi subur, rasa tak sabar pula melihat hasilnya.


Sebelum ni pasu-pasu bunga ni bersepah dan tak tearatur...dengan tanahnya yang berbatu-batu dan tidak rata. Kini semuanya tersusun berbaris setelah bapak simenkan ruangan ini dan tinggikan sedikit khas meletak pasu-pasu.


Tengoklah tu, kan cantik tersusun rapi berbaris...kemas jer...apa lagi dengan bunga-bunga kertas kesukaan bapak yang sedang ramah berbunga. Bapak bab hias taman dan pokok-pokok tanaman yang lain memang rajin dan kreatif.

Kalau bapak mahu tinggal dengan bunda mahu jer bunda mereka hiasan taman untuk projek bapak...memang raya tahun ni bapak nampak keceriaannya tak seperti tahun lepas..


Adik bunda wasaap gambar pokok terung bapak yang baru berbuah sulung... adik cakap budak-budak tu yang sibuk dan teruja sangat tengok hasil tanaman atoknya ... sibuk suruh Mak Long balik buat masak pajeri... bolih gitew...hihihi,  masa bunda balik haritu masih kecil lagi pokoknya...Alhamdulillah..


Bukan setakat itu jer projek terkini bapak...rupanya ada pulak projek baru lagi untuk cucu-cucu nya juga...dalam kawasan tamannya juga...


Tapi masih dalam projek, belum siap sepenuhnya lagi...tengoklah tu...tau tak apa tu...katanya nak buat kolam...kolam untuk cucu-cucu berendam...kesian tengok diaorang bersesak dalam kolam plastik yang kecil tu... tunggu jer lah di next episod...kot-kot menjadi projek kolam renang bapak ni kita cerita lagi yea...

***Bapak tu tengah sehat lah tu...macam-macam projek nak dibuat...tak reti duduk diam..

Jumaat, 6 Mac 2015

Dari Kebun Bapak







Bismillahirrahmanirrahim, Assalam...

Masa bunda balik kampung beberapa bulan lepas, bunda tengok banyak pokok-pokok
tanaman bapak menjadi,
pokok bunga tumbuh subur dan berbunga lebat...pokok buah dah berbuah.

So bunda pun ambillah beberapa anak pokoknya untuk dibawa balik,  sebab bunda balik dengan anak, naik kereta. Kalau naik bas tak lah kot bunda nak angkut balik.


Pokok bunga ni dari kebun bapak, tapi bunda tak tahu apa namanya.
Bapak tanam dalam pasu besar, merimbun bunganya...cantik, geram bunda tengok.. masa baru tanam bunganya tak banyak lagi.

Bunda tanam dalam pasu kecil jer. Sekarang pokoknya dah besar dan jenis yang ramah berbunga
dan senang hidup. Malangnya bunganya tak lekat lama,
kena tiup angin habis gugur kebumi. Esoknya berkembang lagi...gugur lagi.

Tapi cantik, sebab bunganya kembang serentak...penuh pasu.
          

Pokok limau kasturi ini pun dari kebun bapak...bapak tanam kat tanah. Kecil ajer pokoknya, tapi buah dan putik-putik buahnya lebat. Geram bunda tengok. bunda pun mengecek dengan bapak.
Bapak pun tak kisah sebab dia ada sepokok lagi
yang sedang membesar.

Setelah dua tiga hari bunda tanam dalam pasu...bunda tengok daun-daunnya banyak rosak dimakan belalang. Bunda halau, nanti dia datang balik...Hai! rezeki lah katakan..
terpaksa berkongsi...


Pokok bunga ni bapak tanam depan pagar sederet 3  4 pokok...bila berbunga , cantiknyer...
pokok ni juga senang nak hidup..

Bunda ambil juga...adalah dua pokok...yang satu lagi baru nak membesar...yang diatas ni,
tengah ramah berbunga...




                                
Pokok ni pun bunda angkut juga beberapa anak pokoknya dari kebun bapak.
Ada dua warna,merah dan kuning.
Kat kebun bapak pokok ni dah besar merimbun. Bapak tanam rapat-rapat antara dua warna.

Bila dia berbunga seakan-akan satu pokok ada dua warna bunganya...
cantik sangat...besar-besar pulak tu bunganya...



Yang ni pulak pokok limau purut dari kebun bunda...yang selalu bunda ceritakan dulu...
kini dah tinggi hampir ketinggian manusia dewasa. Lihatlah daun dan
pucuk-pucuk barunya yang semakin banyak. 

blogger Kamsiah
pernah beritahu bunda agar bunda cantas/caras selalu dahan pokoknya...
nanti dahan baru akan tumbuh... .bunda buat seperti yang disarankan...
Alhamdulillah menjadi...terima kasih Kamsiah..

Begitu juga pokok pandan dan nenas bunda yang kelihatan dibelakang tu...sedang membesar dari hasil tanam semula haritu...sikit hari nanti berbuahlah pula
pokok nenas bunda tu

 Harap-harap pokok-pokok yang bunda tanam ni pun menjadi dan subur macam
pokok-pokok  bapak....InsyaAllah..

sebelum ni tak pernah lagi tengok bunga
pokok lidah buaya/aloe vera...
Untuk gambar bonus,  ini gambar deretan pasu pokok lidah buaya/aloe vera jiran sebelah bunda. Antara satu pasu pokoknya berbunga, cantik jugak...warna kuning.. Sebelum ni tak pernah tengok lagi bunga pokok aloe vera....

                 

***Bila-bila balik pulak nak mengecek lagi pokok bapak...he he..