Isnin, 28 September 2015

Ros Jepun


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam semua...

Nak cerita ni, minggu sebelum Aidil Adha,  bunda balik kampung...macam biasalah bunda balik sorang naik bas ekspress...jengok bapak. Bapak sehat jer...Alhamdulillah..

Nampak tak anak pokok bunga ros jepun dalam gambar atas tu? Nak di pendekkan cerita, masa adik bunda bawa bunda ngan bapak sekeluarga semua keluar makan tengahari kat luar...restoren kampong, gerai kecil-kecilan depan rumah...

Adalah pulak tanaman macam-macam keliling rumah peniaga tu...ada serai, pokok ulaman, pokok buah labu kundur dan juga pokok bunga bermacam jenis... Ada pulak peniaga buat tanaman semaian, ala-ala macam nurseri pulak...penuh dan cantik keliling rumah dan depan gerai makan.

Kebanyakkanya yang ada ialah, pokok bunga ros jepun... ada 2  3 spesis..Bunda dah berkenan dah...bekas semaiannya pun cantik...bunda beli satu bekas...rm2.00...

Bunda tak bawa balik pokok ros jepun ni, bunda suruh bapak jaga untuk bunda...nanti dah besar membiak,
bila-bila bunda balik lagi boleh ambil...

Petang tu jugak bapak pergi beli baja untuk ros jepun bunda.  Ha ha..nasib baik bapak jenis yang sukakan bunga jugak. .sebab tu dalam hati dia pun ada taman, nampak jer keras dan garang,  dalam masa yang sama bapak seorang yang
berhati lembut dan emosional ...samalah dengan anaknya ni pun...



Dalam entri bunda yang  INI bunda ada cerita tentang pokok terung yang bapak tanam yang baru berbuah sulung, kini pokok terung tersebut dah menghasil kan buah yang banyak...

Masa bunda balik hari tu ada sebiji yang dah boleh di tuai dan ada yang baru berputik dan sedang berbunga.. bapak yang teruja sangat...tanamannya dah nampak hasil...sampaikan dia beli lagi anak pokoknya...

Menurut cerita anak saudara bunda, si kakak...pernah adiknya dan sepupu-sepupu lain main-main keliling pokok terung tu dan memetik putik dan bunganya...dapat tahu dek bapak...
apa lagi...kena marahlah bebudak tu...

"macam takder  tempat lain dan benda lain ke korang nak buat main!"...

haaa! kan atok dah marah dah..
ayoook.....tak tayokkkk...


Gambar kat atas ni antara pokok-pokok baru yang masih bapak baru didik dan sedang membesar... Anak pokok terung yang baru bapak beli...semakin membesar...pokok limau juga dah mula membesar dan berbuah...

Pokok mulberry benih dari kebun bunda yang juga semakin membesar
dan ramah berbuah...dan yang terkini,  ros jepun untuk bapak semai dan jaga...


***tak sabar nak balik nak tengok pokok ros jepun bunda berbunga...heee..

35 ulasan:

  1. suatu ketika dahulu laman rumah mama angah penuh dengan bunga ini....comel berwarna pink terang. sekarang tak nampak dah kelibat bunga ni..

    BalasPadam
  2. Murah betul harga pokok ros jepun...kat sini macam tak ada harga semurah tu

    BalasPadam
  3. tak sabar nak tengok bunga ros jepun yang Bunda tanam...cantik bekas semaian tu..

    sehati sejiwa Bapak n Bunda.....sama2 minat bunga...

    BalasPadam
  4. Bunga ros jepun ni bukannya bila panas dia berkembang pagi cantik. Dan macam mudah je petik dahannya dan cucuk je kat tanah. Lagi banyak lagi cantik bila bunganya berkembang. Bunga tu ke Bunda?

    BalasPadam
  5. Camanalah rupanya bunga rose jepun tu... tak sabar dan teringin sangat nak tengok...

    BalasPadam
  6. salam aidil adha buat bunda n famili...maaf agak telambat sikit bunda...hehehe
    apa2 pun rose jepun mmg akan menceriakan laman...

    BalasPadam
  7. Sukanya tengok tanaman bapak bunda yang subor...sejuk tangannya tanam pokok2.
    Ros jepun memang cantek bunda ,nk tanam pun senang .

    BalasPadam
  8. Saya suka nak bercucuk tanam.. Tapi belum ada masa.. :(

    BalasPadam
  9. amboi..kemain lagi ngelat bunda ya. suruh bapak tolong jaga lak..hihi

    BalasPadam
  10. untungnye ade tanah.. boleh cucuk tanam.
    rumah pon berseri2. umah zura x de tanah dah.. semua dah bersimen.

    BalasPadam
  11. kalau dekat nak jugak rasanya nak mintak bapak tanamkan pokok terung dalam pasu!!! dah nak berbuah baru nekcik ambik...boleh gitu..kih..kih

    BalasPadam
  12. Semoga ros jepun Bunda hidup meriah.. seronok anak dan bapak sehobi ya..

    BalasPadam
  13. Rajin betul bapak bunda bercucuk tanam.ros jepun sekarang ni memang tengah trendy..cantik nanti bila dh berkembang bunganya kan bunda

    BalasPadam
  14. wahh rajinnye mak tanam ros tuuu., huhu2

    BalasPadam
  15. rajin bercucuk tanam akan ada hasil yg boleh dituai...ralit sungguh bercucuk tanam mcm hobi ayah bunda ni...

    BalasPadam
  16. Wahh.. pasti tak sabar nak tunggu pokok ros jepun tu berbunga... bestnya...

    BalasPadam
  17. lumayan murah harga pokok ros jepunnya

    BalasPadam
  18. subhanallah.. tumbuh subur.. x rugi berbakti pada tanah =)

    BalasPadam
  19. cantik cantik la..
    subur je.

    salam aidiladha bunda :)

    BalasPadam
  20. Jgn bimbang KN ros jepun ni mudah nak hidup dan bila dah banyak tak larat kita nak jaga membiak cepat dan setiap pagi pasti mata akan dihidangkan bunga-bunganya:)

    BalasPadam
  21. rajin sungguh bunda berbudi pada tanah
    saya suka tengok bunga-bunga ni
    nak menanam aje tak rajin...hehe

    BalasPadam
  22. sejuk tangan ni bunda sebab semua tanaman menjadi....

    tu laa bunda, berbudi pada tanah mmg byk manfaatnyer.... hasilnyer tu nanti buat kite tersenyum lebar kepuasan...mcm kat umah lieya ni setakat tanaman2 basic je laaaa... pokok kari, pandan, serai, limau nipis, pisang heheeheheh

    BalasPadam
  23. Seronoknya masih ada bapa ya..teringat kat arwah bapa saya yang juga seorang yang sangat suka berkebun..

    BalasPadam
  24. Unik nama Ros Jepun... He he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah .. tak payah g Jepun...kat sini pun ada... kannn...

      Padam
  25. Rupanya bunda suka tanaman kan tahnia pasti rasa nikmnat meliahat alam semulajadi, bunga semakin membesar..

    BalasPadam
  26. Seronoknya bonda dan bapak berkongsi minat yg sama. Berkebun ni kita akan rasa puas hati sangat bila nampak hasilnya :)

    BalasPadam
  27. Wah, RM2 je ye Bunda... Nak cari gak ^-^

    BalasPadam
  28. Bunga ros jepun suka panas.. Bila pagi cantik bunga dia berkembang.. Saya ada tanam spesis ni Bunda, mudah juga dijaga..

    BalasPadam
  29. Yang mana satu Ros Jepunnya KN?...
    Bunga dia sama dgn Ros kita tak?
    Kuat lagi bapak ye KN, masih kuat lagi menanam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa beli tu masih kecil lagi baru nak membiak... nanti lah kalu dan berbunga nanti kita up entry ekk...InsyaAllah...

      Padam
  30. Bagusnya bunda rajin tanam pokok.. Sama macam mak aiza.. Tak rugi berbudi pada tanah..

    BalasPadam
  31. ayah bunda pandai bercucuk tanam.... bestnya! seronok bila dapat tgk hasil tanaman... yang mana boleh makan lagi la seronok! (^_^)

    BalasPadam