Selasa, 27 Oktober 2015

Buah Limau Purut


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

bercerita tentang pokok dan buah limau purut yang bunda tanam hampir 5 tahun ni kan, terimbau kembali pada entri bunda yang  INI .. 
yang sangat menyayat hati ni..  menyayatlah sangat..


Kisah nyer sebelum raya haji kelmarin, pada suatu pagi tu kan, bunda perasan pada salah satu ranting pokok limau purut bunda ni ada benda  kecil-kecil warna putih... bila bunda amat-amati,  rupa nyer  yang tu kudup bunga limau purut bunda..

Happy...sempat bunda snap gambar. .. tapi tak nak mengharap sangat.. dua tiga hari kemudian nyer, kudup bunga dah semakin membesar dan mengembang bunga nyer..
ada juga beberapa biji buah nyer mula keluar.

Pada hujung minggu nyer, bunda balik kampung. Seminggu. Bila bunda balik semula, bunda dapati buah nyer dah membesar, ada juga yang gugur.  Ada lah dalam 10 biji,
dalam satu ranting jer pun.

Time tu sering hujan, lagi sekali buah nyer tak lekat, habis gugur, tak sempat membesar.

Tiba-tiba sejak dua minggu lepas, bunda sedar pokok limau bunda ni keluar kudup dan berbunga kembali, banyak jugak hampir di setiap ranting.

Sehingga hari bunda menulis entri ini, dah banyak kudup baru dan bunga yang
mengembang. Buah-buah nyer juga banyak dan hampir membesar..


***Harap-harap ada lah rezeki kali ni bunda nak lihat buah limau purut bunda ni membesar...kannn.. nanti kalu ada rezeki bunda story lagi ekk..


38 ulasan:

  1. Alhamdulillah dah berbuah pokok limau purut bunda..
    Harap2 kali ni melekatlah buah2 itu bunda.
    Cadangan saya lah bunda..
    Cuba bunda balut buah2 tu dgn kertas surat khabar sbgi langkah utk mengelakan buah limau tu gugur. Insha Allah berjaya utk pertahankan buah limau tu bunda.

    BalasPadam
  2. pokok limau purut saya jugak lebat berbuah..tp tak guna pun buah tu..tak tau nak buat apa selain utk cuci rambut dan cuci ikan/ayam..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..semoga bertambah lebat buahnya..

    BalasPadam
  4. Memang seronok dapat hasil dari apa yang kita tanam bunda. Harap dapat besar kali ni buahnya.

    BalasPadam
  5. Bestnya dapat merasa hasil yang di tanam.

    BalasPadam
  6. Insyallah harap yang ni tak gugur lagi. Seronok dapat rasa buah limau sendiri.

    BalasPadam
  7. Wah, kalau dah mula berbunga insya'Allah akan berterusan :)

    BalasPadam
  8. Kalau tengok dari gambar yg KN tepek kakak rasa kali ini betullah menjadi dan tak perlu bimbang gugur lagi.
    Lepas lekat buahnya juga biasa akan terus berbuah tak berhenti KN. Sebab kakak tengok pokok kakak macam tu. Paling tidak sebiji-dua kalau ada jiran yg mengidam memang adalah boleh dapat merasa.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..membesar dengan baik pokok limau purut ni

    BalasPadam
  10. Akhirnya dpt juga bunda melihat ia berbuah sejak sekian lama menunggu,...harap akan terus sentiasa mengeluarkan buah.

    BalasPadam
  11. wah bestnya suka kan kalau tenguk tanaman yang di tanam menjadi.

    BalasPadam
  12. XTERMAKAN LIMAU PURUT NI KALAH DH MULA BERBUAH BUNDA...BOLEHLAH BUAT MANDI MENGHARUM TUBUH SELALU NI...

    BalasPadam
  13. Saya pun dulu asyik ternanti nanti buah limau purut pokok sendiri, bertahun tanam, pokok pun dah melepasi bumbung. Last2 berbuah juga..berketul-ketul. Selalu buah basuh rambut & ikan. Kadang2 guna airnya untuk masakkan juga. Pokok ni ada sepokok pun sara satu taman..

    BalasPadam
  14. 'Sejuk' tangan KN... tanam pokok menjadi dan mengeluarkan hasil.

    BalasPadam
  15. kat umah ni pun ada pokok limau purut
    serata org kampung duk mai nak mintak daun limau hehehe
    best je kan bau daun limau tu

    BalasPadam
  16. alhamdulillah bunda...moga terus berbuah..amin..sukakan bila tanaman kita memnunjukkan hasil biarpun tak banyak..yeyyyy..

    BalasPadam
  17. Buah limau purut mudah hidup, di depan rumah saya ada sebatang. Tak rugi berbudi pada tanah...

    BalasPadam
  18. Buah limau ni selain utk cuci rambut, cuci ikan fan utk perubatan, org ckp bleh utk halau serangga lipas n nyamuk...ada lah caranya tu...

    Lagi satu blh juga untuk mengharumkan sudut2 rumah yang bau kurang menyenangkan...belah kecil2 buah nya dan ramas2 dgn daun nya juga...ltk dlm bekas letak kat tempat2 yg sesuai....dalam gobok kasut...dalam kabinet dapo....tepi bilek air dan mesin basuh...

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah...semoga pokoknya mengeluarkan buah yang banyak.

    BalasPadam
  20. Kalau tak ia ia susah nak tanam pokok ni

    BalasPadam
  21. alahai siannyer yang dulu tak sempat nak tuai buah limau purut tu mak, xper nnti kalo ade rejeki dptla tuai jugakk., aminn

    BalasPadam
  22. Rezeki berbakti pada tanah dan x jemu menanti hasilnye.
    akhirnye berbuah lebat. jangan lupa tempek hasil buat kali ni bunda.
    buat kenang2an.

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum bunda,
    Syukur alhamdulillah pokok limau purut bunda dah pun berbuah, saya baru je tanam anak pokok limau purut, moga2 ia juga lebat berbuah seperti pokok limau purut Bunda hehe.

    BalasPadam
  24. Bila la pokok limau purut saya ni nak berbuah lagi.

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah. Limau purut di laman my bonda tidak pernah berbunga apatah berbuah. Huhuhu. X mengapa mungkin perlu dibelai selalukan.

    BalasPadam
  26. Limau purut belum ada lagi di laman rumah saya....yang ada hanya limau nipis....semoga buahnya banyak lekat....

    BalasPadam
  27. al-hamdulillah,al-hamdulillah.moga semakin membesarlah hendaknya ya,bunda.kalau ada hasilnya,tak perlulah nak beli limau purut kat pasar lagi.

    untuk resepi nasi kuning tawau versi noxxa tu, ikannya tu IbuNoey tak letak air asam pun.tapi kalau bunda rasa nak letak air asam,ada nasi kuning tawau versi periuk nasi dalam blog IbuNoey juga.bunda cari je ye.

    BalasPadam
  28. memang nampak segar dan menjadi... harapan bunda makin bersinar n menampakkan hasil

    BalasPadam
  29. alhamdulillah
    alahai tetiba dok terbayang tgh cium daun limau purut tu..
    sedap baunya, kan bunda..

    ppsstt: bunda, pil urat tu, family in law saya pon pakat makan. masing2 rasi dgn badan. alhamdulillah.

    saya just mkn sekali tu je la, sbb sakit gigi. alhamdulillah, msih bertahan. sejak lps mkn air yg suami bancuh tu, masih belum terasa berdenyut sakit gigi. klu tidak stiap kali lps mkn msti skit, ngilu. suami kata sakit gigi pon sbb urat juga, kan !

    BalasPadam
  30. Alhamdulillah...smoga sentiasa berbuah.

    BalasPadam
  31. saya ni kzlau tanam limau purut mmg kurang menjadi tk taulah selalu KO je Bunda, ada petua tak ni teringin nk tanam lg

    BalasPadam
  32. Rezeki tu bunda. kali kedua menjadi buahnya..

    BalasPadam
  33. moga moga murah rezeki kalini :)

    BalasPadam
  34. Green finger gitu bunda. Hihi...

    Bak mai sebiji dua bunda...hihihi

    BalasPadam
  35. Buah limau purut ni buat apa yer KN....kalau daunnya taulah jugak kegunaannya....
    Hujan kot KN ..... tu yg buah tak lekat

    BalasPadam
  36. alhamdulillah rezeki tu bunda

    BalasPadam
  37. semoga ia membesar dengan sihat ye...suka bau limau purut tu

    BalasPadam