Isnin, 5 Oktober 2015

Fenomena Jerebu

imej google


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Sana sini jerebu, sana sini cerita pasal jerebu, sana sini sekolah dicutikan, sana sini sakit mata, sakit tekak, selsema, batuk dan macam-macam lagi akibat dari fenomena jerebu.. Tak tahu lah sampai bila nak selesai masaalah jerebu ini.  Dari tahun ketahun bukannya semakin berkurangan, malah semakin teruk pulak jadinya.

Dimana dalam tahun ini saja kerap sekolah-sekolah di beberapa negeri dan kawasan terpaksa di arahkan tutup. Bukan itu saja, dalam tahun ini juga banyak kali terdengar berita bahawa pesawat-pesawat juga banyak yang menghadapi kesukaran berlepas dan jadual penerbangan terpaksa di tunda akibat fenomena jerebu. Ini sudah banyak menyusahkan bagi mereka yang sering berusan menggunakan jalan udara.


Berita media yang terkini menyatakan bahawa fenomena jerebu yang semakin teruk ini berpunca dari pembakaran haram dari negara jiran.... dan tindakan serta  hukuman keras telah di kenakan kepada pihak yang terlibat.


Masaalahnya kini, bukan kah tahun-tahun sebelum pun fenomena jerebu  ini dikaitkan berpunca dari beberapa negara yang sama juga....tetapi kenapa tindakan dan hukuman masih tidak menyelesaikan keadaan... ada kah hukuman masih ringan dan tidak membantu?... dan tempoh tiga tahun untuk menyelesaikan masaalah jerebu itu tidak kah terlalu lama?

Atau kah ini satu lagi ujian Allah kepada umat akhir zaman ini?...

wallahu'alam..


***Persoalan-persoalan begini lah yang sering bermain di minda rakyat...

47 ulasan:

  1. Masalah jerebu. Benda sama berlaku bila jadi macam ni.

    BalasPadam
  2. Semoga ada jalan penyelesaian yang baik selepas ini.

    BalasPadam
  3. Bila jerabu. Kasihan kat anak-anak yang masih kecil.

    BalasPadam
  4. Sya pun risau budak2 asik x sekolah ,peperiksaan semakin hampir.

    BalasPadam
  5. Sampai budak yg mengaji dgn kakak ada yg sepatutnya duduk exam UPKK hari ini kata tak adil. Sebab mula kata UPKK kena teruskan tapi berita pagi ini dibatalkan pulak. Ujian sedang Allah berikan kepada kita semua agar terus lebih mendekatkan diri padaNya KN. Sesungguhnya besar mana usaha kita kalau belum ada izinNya kenalah kita redha dan teruskan berdoa dan berusaha..

    BalasPadam
  6. Jerebu makin terus, vapers macam biasa je...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum bunda
    Tak taulh nak sedih atau apa
    Bygkn klu seluruh family ada astha.

    BalasPadam
  8. pening kepala dlm jerebu ni...tak taulah mcmana kerajaan sana tu handle masalah ni, M'sia n Singapore nak tolong, mereka tolak..

    BalasPadam
  9. Jerebu... sungguh menjerebukan suasana dan perasaan. Sabor jelah

    BalasPadam
  10. jerebu addukhan ada disebut dlm alquraan pabila alam kita diselubungi kabus jerebu yg harus kita hati2...moga ujian Allah ini berjaya dilepasi ...

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Yg mampu kita buat ialah bersabar dgn ujian ini, simpati di kawasan yang lebih terdedah..sampai tutup mulut dengan alat penutup.Lastly tutup sekolah..sedih jg Bunda..apakan daya pencemaran kita lah yang terkena..inilah hidup di Dunia..sabar

      Padam
  12. minta maaf silap klik ke ruang komentar ni..sepatut dalam ruang ni terklik balasan pula..sorry

    BalasPadam
  13. Assalam bunda...alor setar pun ipu semakin meningkat hingga 164...berbau asap....

    BalasPadam
  14. setuju tu bunda ... indonesia nyer govt macam takde persediaan awal nak tangani pembakaran hutan wpun setiap tahun jadi

    BalasPadam
  15. bila jerebu macam ni, kesihatan pun terjejas.

    BalasPadam
  16. Jaga kesihatan tau bunda nora .

    BalasPadam
  17. moga tahun depan takde la lagi peristiwa jerebu cam tahun2 yg lepas ni....alhamdulillah saya masih dapat pertahan walau pon saya sebenonye ada penyakit asthma

    BalasPadam
  18. Tahun ini adalah tahun yang paling teruk tempat saya dilanda jerebu...kita kat rumah nak bakar sikit pun takut orang cek...tapi ni dapat free je....nasib!

    BalasPadam
  19. tu la kan,bunda.berulang-ulang macam ada yang tak kena je.tindakan undang-undang macam ada tak ada je.sudahnya menyusahkan kita ni ha.

    BalasPadam
  20. indon ni ibarat kita dgn jiran lah . nak keras sgt tak blh , nak berlembut sgt pun tak blh ... my anak buah dah batuk - batuk doh ... udara dah beracun la bunda ...

    BalasPadam
  21. Rasanya tahun ini jerebu paling teruk.. Kena jaga kesihatan selalu dan banyakkan minum air masak.. Doakan semoga jerebu cepat berakhir..

    BalasPadam
  22. sekolah pon dah cuti psl jerebu mak kann ;p

    BalasPadam
  23. Jerebu kali pertama saya alami ketika tu sekitar 1996-199....dah lupa tahun sebenar....di Sabah....sekarang di Semenanjung pula....paling teruk dan paling lama....semoga cepat berakhir...

    BalasPadam
  24. jerebu di Sarawak ok sikit berbanding minggu yang lepas-lepas

    BalasPadam
  25. Jagalah alam sekitar..bumi semakin tenat

    BalasPadam
  26. Seelok-eloknya, aktiviti luar yang dirancang seperti Hari Sukan Negara 2015 dibatalkan atau ditunda. Bukankah sudah keluar garis panduan dari Kementerian Kesihatan Malaysia agar rakyat yang terjejas jerebu perlu hindari aktiviti luaran.

    BalasPadam
  27. dari tahun ke setahun dari ringan hingga berat....malaysia dan jerebu...aduhaiii..sempot den jadinyo..semuga taklah sampai kena pakaian astronautlah pulak

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum bunda,
    Setiap tahun jerebu, dah macam musim tengkujuh pula. Mudah-mudahan kita semua tidak memandang jerebu ini semata-mata bencana alam, tetapi lebih daripada itu...fikir-fikir dengan mata hati.

    BalasPadam
  29. Hari ni dah start sekolah balik. Kalau sambung cuti lagi kan best hihi..... Harap harapnya terus hilanglah Jerebu yg ada ni kan KN. Naik sesak nafas dibuatnya.

    BalasPadam
  30. semalam hujan lebat...harap2 jerebu semakin pulih....tak larat dah sesak2 napas mate pedih gini.....

    BalasPadam
  31. Itupun masih ada anak-anak yang bebas bermain di luar rumah walau jerebu teruk melanda..
    Bila sekolah ditutup dua hari, ada ibubapa terpaksa bercuti sebab takde pengasuh nak jaga anak..

    BalasPadam
  32. datang lagi di laman Bunda..moga sihat ya

    BalasPadam
  33. Bersabarlah atas ujian ni buat kita semua...
    Jg diri...jg keluarga elok2...mik langkah berjaga2..kita kt sini Ipu 150-200..da x selesa..apatah lagi yg kt indonesia sampai cecah 2000..kesian sgt

    BalasPadam
  34. risau sangat2 bila musim jerebu nih. lagi2 ade baby.
    penyakit mudah singgah. ini lah akibat dari tangan2 manusia itu sendiri.

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum Bunda,
    memang tak bestlah musim2 jerebu ni, Julie nak keluar berkebun tu rasa malas & takde mood, tengok langit mendung je, sinar mentari pun mcm takde semangat, semoga jerebu segera hilang...

    BalasPadam
  36. anggap je ini ujian dari Allah..
    ini baru jerebu negara negara lain lagi dasyat ujian utk mereka
    smga kita sam sama muhasabaah diri dan sentiasa ingat pada Allah

    alhamdulillah, dh 3 hri nmpak matahari keluarkan cahayanya.. :)

    BalasPadam
  37. Sungguh lama betul jerebu kali ini sampai matahari pun tak nampak berminggu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhirnya kerajaan Indonesia bersetuju untuk dapatkan bantuan dari negara2 jirannya termasuk Malaysia bagi menangani masaalah jerebu yang berpunca dari negara mereka...

      Alhamdulillah...

      Padam
  38. macam da berkurang sikit kan skarang..
    apa2 pun kurangkan aktiviti luar.. take care Bunda =)

    BalasPadam
  39. Alhamdulillah. Nampak macam dah kurang siket

    BalasPadam
  40. Tanda2 akhir zaman juga sebenarnya ^-^

    BalasPadam
  41. Hari tu jerebu di tempat saya memang agak tebal... risau walaupun duduk di rumah. Perlu sentiasa bertutup... sekarang dah mulai berkurangan.. mudah2an dpt segera reda sepenuhnya... aamiin.

    BalasPadam
  42. bila jerebu ni. rasa kesian sangat pada anak2 dan orang tua2 yang ada masalah pernafasan atau lelah... kesian... :(

    BalasPadam
  43. Rasanya musim jerebu tahun ni paling la kan bunda. Acara tahunan katanya. Huhu

    BalasPadam