Jumaat, 2 Oktober 2015

Mencari Muka Surat Al Quran

image google


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Kali ini bunda ingin berkongsi tip dengan kalian.. tip yang di kongsikan dari group wassap jiranita ditempat bunda...

Cara mudah mencari muka surat dalam Al Quran

Mari kita cuba...!

Al Quran adalah peninggalan Rasullullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad  s.a.w tinggalkan kepada kita ia itu Al Quran dan juga Sunnah, untuk kita semua amalkan.

   Berapa kali anda membaca Al Quran sehari?  1 kali?  2 kali? atau dalam solat sahaja?  Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al Quran, kerana pada setiap huruf di berikan 10 pahala.  Tambahan pula Al Quran adalah Qalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan ciptaan manusia).

                                            
Tip yang nak di kongsikan ini adalah, cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al Quran.

Jom sama-sama kita belajar...

Contoh 1...
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5 -1 = 4, 4 perlu di darabkan dengan 2, jadi  4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawaban. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82.

Sekarang lihat pada Al Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.
Menarikkan...

Contoh 2....
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10 - 1 = 9, 9 perlu di darab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawaban . Jadi, Juzuk 10 adalah pada halaman 182.

Contoh 3...
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23 - 1 = 22, 22 perlu di darab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawaban . Jadi, Juzuk 23 adalah pada halaman 442.

Subhanallah, memang menakjubkan...Sama-sama kita kongsikan  kepada rakan-rakan kita, adik-adik kita, anak-anak kita, famili kita supaya kita sama-sama mendapat pahala...


***Bagi yang belum mengetahuinya agar dapatlah dipanjangkan info ini, sama-sama berkongsi ilmu, semoga di panjangkan pahala... InsyaAllah...  .

31 ulasan:

  1. Alhamdulillah..dapat ilmu baru.
    Sebelum ni memang refer kat mukasurat yang tulis kandungan tu aje.
    Salam Jumaat Bunda :)

    BalasPadam
  2. Subhanallah! Terimakasih atas ilmunya.

    BalasPadam
  3. Jumpa balik tips ni. Kawan saya pernah ajar satu ketika dulu tp tak ptaktikkan terus lupa. Senang nak mencari muka surat kalau tahu tips macam ni kan..

    BalasPadam
  4. Kakak ada simpan tip ini KN tapi biasanya macam tak digunakan
    Bila buka quran nak mencari mesti terus ke bahagian belakang ada list lagi cepat.
    Tapi yg membuat tips ini pandai kan.. siapa sangka.

    BalasPadam
  5. terima kasih bunda untuk perkongsian ini....inshaa Allah nanti saya cuba panjang2kan :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah .. Syukran Bunda berkongsi yg sangat bermanfaat ni..
    InsyaAllah boleh saya praktik utk mencari muka surat al quran tu..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah bestnya bunda...terima kasih kongsi ilmu..

    BalasPadam
  8. BAGUSNYA INFO BUNDA TQ...METAMATIK ALQURAN YG AMAT MEMUDAHKAN KEHIDUPAN KITA..

    BalasPadam
  9. Wah.. Betul ke ni.. Nanti nak cuba tengok, betul tak..

    BalasPadam
  10. wahhh..bagus info ni Bunda..memang memudahkan..boleh lah nak praktikkan nti....:)

    BalasPadam
  11. Info yg sngat berguna . Thanks sharing bunda .

    BalasPadam
  12. Perkongsian yang berguna Bonda. Boleh cuba tips ni masa nak cari muka surat Juz Al-Quran.

    BalasPadam
  13. Lepas ini lagi mudah nak cari Juz Quran guna cara ni. Terima kasih Bunda.

    BalasPadam
  14. Cara yang mudah. Tetapi hebat. Mudah ingat cara macam ni.

    BalasPadam
  15. bagus ni perkongsian yang akan menjimatkan masa kita tak tercari2 cepat pantas..tahniah bunda menyalur infor alquran..

    BalasPadam
  16. Hebat! Terima kasih, Bunda. Ilmu baru utk saya ni :)

    BalasPadam
  17. salam Bunda ..
    moga ilmu yg di kongsi tu menjadi pengalak utk sama2 kita lebih berdamping alQuran

    BalasPadam
  18. Terimakasih bunda dapat ilmu baru :)

    BalasPadam
  19. Subhanallah, tak pernah tahu pun sebelum nie... Perkongsian yang menarik...

    BalasPadam
  20. Terima kasih Bunda Nora, perkongsian ilmu yang sangat berguna.. Alhamdulillah dapat ilmu baharu.

    BalasPadam
  21. Baru tahu..alhamdulilah .terima kasih bunda info nie..insyallah akak digunakan ilmu ni

    BalasPadam
  22. Okje baru tau KN....hebatnyaaaa lahai....
    Senang nak refer kalau cenggitu kan. Nanti nak cer tengoklah....

    BalasPadam
  23. baru tau pasal ni.. terima kasih di atas perkongsian

    BalasPadam
  24. Lya kurang taw psl ni tpi ari ni da tahu Serba sikit..thnks bunda sudi singgah blog lya

    BalasPadam
  25. Ya Allah. Baru hari ni tahu pasal ni tau. Memang amazing lah ... Tq for sharing bunda :)

    BalasPadam
  26. Subhanallah, baru aiza tahu.. Selalu sebelum ni aiza baca Quran tengok kat senarai juzuk dan surah kat bahagian belakang..

    BalasPadam
  27. alhamdulillah dpt ilmu bru. bru tahu
    tenkiu bunda berkongsi
    selalu cari kat blkg j

    BalasPadam
  28. wah... baru tahu ni bunda...! mudahnya!! lepas ni tak de la terkial2 lagi nak cari muka surat bagi setiap juzuk... tq share bunda.. :D

    BalasPadam