Isnin, 19 Oktober 2015

Pentas Akhir Da'i Milenia Musim ke3


Juara Dai Milenia Musim ke3 Dai Hamidah



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Program dakwah dari TV3, "Pentas Akhir Da'i Milenia Musim ke3" telah pun berakhir dengan jayanya semalam. Juara pada tahun ini milik Da'i Hamidah. Dengan tajuk tazkirah pilihan beliau sendiri,
"Aku Pendosa,  Aku Juga Ingin Ke Syurga".

Sungguh terkesan  dihati dan kagum sangat dengan gaya penyampaian dan hujjah beliau yang begitu tenang, petah dan bijak... dengan props yang begitu simple dan
kena dengan tajuk yang diberi.

Itulah dia Da'i Hamidah, seorang gadis muda dari utara, manis, lemah lembut tetapi begitu lantang dalam berhujjah.... syabas! dan tahniah! Da'i Hamidah..
MasyaAllah.

Pada tahun ini program ini lebih meriah dan mendapat lebih ramai penonton dan ranking yang tinggi....katanya menjadi viral... Alhamdulillah..

Program Da'i Milenia pada tahun ini juga sangat berlainan dan bertambah hebat, yang mana banyak hujjah-hujjah  peserta mendapat komen positif dan juga menjadi perdebatan spontan secara sehat dari juri-juri profesional dan juga
dari para murabbi sendiri.

Secara tidak langsung kita sebagai penonton banyak mendapat ilmu-ilmu
baru dari mereka.


Ini lah antara tiga peserta-peserta Da'i yang memasuki pentas akhir semalam. Mereka ialah, Da'i Fuad, Da'i Hamidah dan Da'i Hidayu...tetapi dalam pusingan pertama
Da'i Hidayu tersingkir. Ini telah melayakkan kedua Da'i lagi meneruskan
untuk pusingan seterusnya.

Ramai juga yang pertikaikan hadiah yang tak seberapa mereka dapat dari pentas dakwah seperti ini...berbanding dengan pertandingan hiburan yang lagho , yang menghadiahkan ratusan ribu dan barangan mewah.

Mungkin ini lah salah satu titik permulaan untuk mendidik dan menguji hati peserta sejauh mana untuk tidak memikirkan ganjaran dan harta duniawi semata-mata dalam melebarkan dakwah dan syiar islam. Harta dan ganjaran duniawi ini bukan segalanya...yang penting niat untuk berdakwah, tak kira lah di pentas mana pun dan cara apa sekali pun...

Konklusinya  niat dan nawaitu lillahi taala itu mahu betul sekiranya benar-benar ingin menjadi pendakwah yang tulin...bukan hanya kerana mengharapkan ganjaran dunia yang tak seberapa ini...

Sebaliknya dakwah dan ilmu yang bermanfaat yang mereka sebarkan itulah yang menjannjikan ganjaran besar dari NYA nanti.

DIA lebih mengetahui segalanya samada kita ikhlas atau tidak...
wallahu'alam.


Sebelum itu pada awal pertandingan...10 peserta telah berjaya untuk menaiki pentas dakwah Da'i Milenia Musim ke3  di tv3.

***Semoga banyak lagi program-program sebegini dimasa-masa hadapan,
sangat merilaks kan minda dan juga menjadi santapan jiwa...

Subhanallah..

28 ulasan:

  1. tahniah kpd da'i hamidah n da'i yg lain juga...pendakwah2 muda yg berkliber n berilmu...

    BalasPadam
  2. program yg banyak manfaatnya..tahniah Da'i Hamidah..

    BalasPadam
  3. Kakak memang mengikuti dari awal program ini KN sebab ianya bermula selepas anak dara kecik kakak dah habis UPSR jadi senang nak menonton. Da'i Hamidah ni dari awal pun dah terserlah kemampuan dia berhujah kan. Kakak memang suka. Kalau KN perasan ustaz Haryanto pun suka cara persembahan dia kan..

    Tahniah buat Da'i Hamidah.

    BalasPadam
  4. tahniah pada pemenang Da'i Hamidah...dah la cantik berilmu pulak tu memang patut pon dia menang semalam ^_^

    BalasPadam
  5. Dai Hamidah memang layak untuk menjadik juara. :)
    Tahniah Dai Hamidah.

    BalasPadam
  6. Tahniah pada yang juara.. Semalam tak tengok, hanya dengar je dari TV tu, sebab sibuk menggosok baju kerja untuk seminggu.. Sesekali jadi ayah mithali.. Isteri menjaga baby kecil.. :)

    BalasPadam
  7. Tahniah bagi pemenang. Kak Zai tak dapat tonton sebab keluar.

    BalasPadam
  8. Tahniah kpd Da'i Hamidah. Cuma sedikit terkilan mengapa hadiah pertama cuma RM50,00 dan sebuah laptop? Kalau pertandingan hiburan bukan main lagi hadiahnya beratus ribu ringgit dan kereta jenama mewah lagi. Tapi itulah Malaysia..kita lebih mengutamakan hiburan yg menghancurkan dari dakwah yg membina...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harta dan ganjaran dunia ini bukan segalanya, sekiranya ganjaran yang mereka harapkan maka mereka boleh saja untuk memilih pentas hiburan... yang penting nawaitu untuk menjadi pendakwah tulin dan di redhai NYA, tanpa memiikir ganjaran duniwi yang tak boleh di bawa kemana pun...sebaliknya dakwah dan ilmu yang bermanfaat yang mereka sebarkan itulah yang menjannjikan ganjaran besar dari NYA nanti...wallahu'alam..

      Padam
  9. Assalamualaikum bunda,
    Saya belum berkesempatan lagi menonton rancangan ini...Apa pun tahniah kepada pemenang...

    BalasPadam
  10. Tahniah dai' Hamidah. Bangga juga orang senegeri menang. Memang dia layak pun kan...

    BalasPadam
  11. antara program TV yg patut dikekalkan for the sake of ummah tanpa mengira rating tggi ke rendah (Y)

    BalasPadam
  12. Tahniah dai hamidah..dh jadi juara..bagus kan program camni..penonton pun turut sama tambah ilmu agama

    BalasPadam
  13. tahniah utk da'i hamidah, memang layak dan terbaik
    senegeri dgn kaknoor jugak ni hee

    BalasPadam
  14. Assalaamu'alaikum wr.wb bunda_Nora... saya baru melihat slot ini pada sesi separuh akhir. Rupanya dai Fuad itu anak kepada sahabat saya semasa belajar di UM dahulu. Tahniah untuk Dai Hamidah dan yang lainnya. Mereka membanggakan kerana petah dan berpotensi. Salam kenal dari Sarikei, Sarawak.

    BalasPadam
  15. Tahniah kepada daie hamidah ..


    P/s: bunda. Minggu lepas kat sini pun ada kes yg bawa anak tu. huhu takutnya

    BalasPadam
  16. Moga rancangan sebegini akan dimanfaatkan oleh lebih ramai orang ya.. pengisiannya dah menarik, dan berjaya.. Tahniah kepada Dai Hamidah..memang berbakat orangnya..moga beliau maju jaya di masa akan datang

    BalasPadam
  17. Tahniah kepada Dai Hamidah...memang beliau layak utk menang..moga akan ada lagi program2 bermanfaat spt ini...

    BalasPadam
  18. Tahniah buat dai hamidah..tahniah juga buat dai2 yg lain.. korang semua pelapis pendakwah milenia..

    Ya, bunda..hadiah bkn ukuran :)

    BalasPadam
  19. Perasan gak pasal hadiah tu , tak sehebat pertandingan lain . Harap lebih banyak company yang sponsor acara-acara berunsur ilmiah nie .

    BalasPadam
  20. Saya tak ikut rancangan ini KN, tapi masa separuh akhir hari tu kebetulan tertengok pulak. Teringin pulak nak tengok Dai Hamidah berceramah . Best yeh KN....tak lama lagi sure keluar TV tu

    BalasPadam
  21. kalau rancangan sebegini sy tgk hadiah2 nya biasa je... tp yg berbentuk hiburan tu ada smpi setengah juta! mcm x adil je...

    BalasPadam
  22. tahniah buat beliau..in kali pertama Wanita pulak yg menang eh

    BalasPadam
  23. Program realiti tv yang amat baik semoga dapat melahirkan ramai pendakwah...

    BalasPadam
  24. Tahniah buat da'i Hamindah. Memang terbaik.

    BalasPadam