Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...
Ingat tak pada entri bunda yang INI ? kisah pokok kunyit bunda yang keluar bunga...
Kali ini bunda tengok pokok yang sama ada tanda-tanda akan berbunga lagi..
Tak sangka pula dalam masa yang singkat jer pokok kunyit ni akan berbunga lagi.....
kita tunggu jer lah yer..
Yang atas ni bunga yang pernah bunda ceritakan dulu.. masa tu bunda tak berpeluang nak merasa bunga kunyit ni..sebab cantik sangat, dan bunda teringin nak tengok sampai besar mana dia boleh hidup.. kata orang sedap di buat ulam atau di buat masak lemak.
Yang atas ni pula bunga baru yang sedang membesar...
Sekali ni bunda tak biar sampai tua.... bunda petik buat ulam cicah sambal belacan jer, tak sabar sangat...tak sempat pun nak menggulaikan nya.
Memang sedap, rangup dan wangi...sikit-sikit macam bau bunga kantan.
***Dalam dok jerebu-jerebu aritu...pokok nyer hampir-hampir kering nak mati...
rupanyer berbunga lagi dia ekk.. Alhamdulillah..
Asalam Bunda..wah ada rezeki ya hari ini..syukur untuk bunda
BalasPadamsemoga sentiasa sihat ya
BalasPadamDah sekali berbunga akan berkali-kalilah jadinya KN
BalasPadamKalau atas tanah lagilah bukan setakat berbunga tapi membiak merata macam kat rumah kampung kakak.
Buat kerabu pun sedap tau KN. Letak kacang panjang, taugeh, daun cekur, kerisik, udang kering, cili.. hmmmm kakak dah terliur pulak.
syok tgk bila tanaman kita menjadi
BalasPadamel ni dah lah pemalas nak tanam pokok2 herbs ni
amik jiran punya je..jiran pun amik el pya..(mil dah tanam lama) haha
sedap tu berulamkan bunga kunyit harum bau tubuh...
BalasPadamSejak bunda gitau bunga kunyit ni boleh buat ulam,saya dah cuba...saya suka rasanya bila dicicah dengan sambal ...sedap tapi makan soranglah.
BalasPadamNak juga cuba wat gulai spt yg bunda gitau tu juga cuba wat kerabu spt kakzakie tu.Apatah lagi pokok kunyit sya bnyak yg dah berbunga...biasanya terbiar gitu je.
Wah...ramah berbunga pokok kunyit akak yer....tandanya serasi tu....warna dia yang krim hijau sikit2 memang cantik...
BalasPadamCantiknya bunga pokok kunyit ni.. Selalu tengok tapi tak tahu pulak boleh makan..
BalasPadamPokok kunyit kak Zai tak pernah berbunga. Baru keluar daun sudah dipetik he he...
BalasPadamrezeki lah tu.....
BalasPadamalhamdulillah bunda.. dah lama tak makan ulam bunga kunyit ni.. sedap tu.. ;)
BalasPadamTerliurlah tengok bunga kunyit tu.
BalasPadamni tapak tangan baru luka gara korek nak.ambil isi kunyit untuk masak lemak.
pernah tgk org jual bunga ni kat pasar..pastu tanya lah "apa ni makcik" ni lah bunga kunyit...bunga kunyit? itulah pertama kali JM tgk..pastu dia ckp sedap di buat ulam...tapi x pernah try lagi...sedap eh Bunda..so nanti kalau ke pasar nk try 1
BalasPadamSalam perkenalan Bunda...
BalasPadamMemang sedap di ubat ulam...Setiap kali ke pasar borong selangor, mesti cari bunga kunyit ni untuk di buat ulam. Asalnya arwah nenek dimelaka yang ajar cara makan bunga kunyit ni. Bagus untuk kesihatan dalaman. Anyway terima kasih atas entri ini. Sangat bagus untuk bacaan generasi yang akan datang....
salam perkenalan juga.....
Padammemang sedap dan berkhasiat utk dalaman wanita ... lagi sekali kalu berbunga lagi bunda nak campur buat nasi ulam...pasti lagi sedap kan...
saya tak pernah tengok bunga kunyit walaupun sejak kecil dah menanam kunyit...
BalasPadamBerbudi pd tanah..
BalasPadamLps tu kutip hasilnya..puas!
secara jujurnya, tak tau pun sebelum ni kunyit boleh berbunga. hehe
BalasPadamtau tau, lawa jugak rupa bunga kunyit eh. huhu
bertuah nya bunda..dapat tengok lagi bunga kunyit..
BalasPadamsmua tumbuh dgn segar ..sejuk tgn bunda
BalasPadamSyukur. Sy x pernah lihat kunyit bonda saya berbunga. Tetapi ramai yg kata bunga kunyit banyak khasiatnya
BalasPadamSaya tak pernah tengok bunga kunyit. Cantik bunganya ye...
BalasPadamassalammualaikum
BalasPadamkami merupakan muslimah online butik.
www.padieka.com
Ala mummy tak pernah tgk.. cian kan..:(
BalasPadamkluarga nekcik suka buat urap...macam kerabu tu...campor kelapa cili dan ikan bilis
BalasPadamaih macem bunga apa ya ?
BalasPadamtak tahu pula boleh makan bunga kunyit
BalasPadamBaru 2 kali dengar pasal bunga daun kunyit ni KN....yg pertama kali pun KN jugak yg bagi tahu...
BalasPadamSedap rupanya yeh KN...
serius saya tak tahu bunga dia tu boleh buat ulam
BalasPadamdatang teratak bunda ni baru tahu pasal boleh makan ni
cam nak cuba jugalah
Bunda, feveret saya tu
BalasPadamWahh suburnya... alhamdulillah. Pokok kunyit di rumah saya habis daunnya diserang kumbang huhu...
BalasPadamDitunggu postingan masakan menggunakan bunga kunyit ini bun...
BalasPadam