imej google |
Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...Sedikit perkongsian dari group wassap, kumpulan yassin At Taqwa ditempat bunda..
WAKTU TAK SOLAT, TAKDER INGAT APA-APA. TIME SOLAT JER MACAM-MACAM BENDA MASUK KAT KEPALA.
Atok rasa ramai yang menghadapi masaalah ini....Time kita tak solat, takder pulak fikir pasal apa-apa...Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugaklah teringat kain di ampaian, kasut kat luar, keta dah nak mati roadtax. Benda yang merepek-repek masuk dalam kepala. Habis jer bagi salam, takder pulak fikir pasal bende-bende ni semua.
Bila dah khayal ingat bende-bende ni semua, kita pun terlupa rakaat keberapa. Ada tu, kita rasa macam kentut, tapi betul ke kentut? kalau kentut, batal wudhu'...Batal lah solat. Isshh!.. camne nak buat ni? Camne pulak nak khusyuk solat ni?
Meh sini atok habaq sat... Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab. Dia ni kerjenyer memang mengacau orang solat. Kita akan teringat bende-bende tak penting. pastu lupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak...macam kentut, macam tak...
Nabi SAW ada berpesan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal bende ni. Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau. Kalau takder, itu si Khanzab punya keja lah tu. Kalau teringat bende-benda kat luar solat, itu kerja si Khanza jugak....Jahat kan dia ni? Samseng sungguh! memang dia nak lalaikan kita.
Nak kita tak khusyuk dalam solat. Bila kita khayal teringat bende-benda ni, tapi mulut kumat kamit baca bacaan dalam solat, si Khanzab ni berdekah-dekah ketawakan kita... Cisss!
CARA NAK LAWAN SI KHANZAB INI:
1) Baca Ta'awuz.. (a'uzubillaHiminssyaitonnirrojim) sebelom solat, pastu ludah ke kiri 3x (syarat meludah jer) ....
2) Baca Ayatul Kursi 1x.
3) Baca Surah an-Nas 1x.
Pastu boleh niat dan teruskan solat... Cuba fahami maksud ayat-ayat bacaan solat itu.... Sebab itu kita kena belajar... Apa tafsiran Al-Fatihah, surah-surah yang kita baca, bacaan waktu ruku', 'iktidal, sujud dan lain-lain. Jadi, sambil kita baca, kita faham, bukan hafal dan baca tegak jer.... makin senang lah si Khanzab ni nak mengacau... Ok, lepas ni cuba taktik ni... Tengok! siapa menang... kita atau Syaitan?
***InsyaAllah, sama-sama kita kongsi dengan yang lain...semoga bermanfaat...
Asalam bunda..sangat bermanfaat. bersama kita berusaha khyusukkan solat dengan amalan ini...inshaAllah
BalasPadamAssalamualaikum bunda dan salam jumaat,
BalasPadamTerima kasih atas perkongsiaan yang sangat bermanfaat... Susah juga nak lawan, kita makan mereka tidak, kita tidur mereka tidak dan macam-macam lagi, namun mujahadah perlu diteruskan...Sentiasa memohon kepada-Nya yang mencipta kita dan golongan 'itu'.
Terima kasih bunda kongsi info ini semoga solat kita diterima Allah swt.
BalasPadamKadang tu sudah pun dibaca dah diulang-ulang lagi KN.
BalasPadamTapi itulah iman kakak ni tipis benar tetap dalam solat melayang juga seketika
Bila ingat patah balik.. nanti melayang lagi. Allah..
tksh perkongsian bunda..syaitan ahzab dh mmg kerjanya mengganggu anak cucu adam yg muslim ni kan...moga kita xlalai alpa.
BalasPadamterima kasih bunda. betul bonda, time solat la banyak betul gangguan supaya hati jadi tak khusuk
BalasPadamTerima kasih.. In shaa Allah amin..
BalasPadammemang betul bunda...
BalasPadamtime solat tu mcm2 duk igt adoiii
yg kentut tu mmg pun haha
Tips yg bagus Bunda kerana saya juga kadang2 jadi macam tu juga...
BalasPadamthanks tips ini ya
BalasPadamPerkongsian yang berguna. Lepas ni selalu kena amalkan perkara ni bila nak solat.
BalasPadamBetul tu akak. Bila solat ada macam-macam yang datang dalam ingatan. Kena amalkan perkara ni selalu.
BalasPadamMemang selalu terjadi...
BalasPadamYe bunda...psl kentut tu..tk berbunyi tk pe..kentut ke tak...
BalasPadamTq bunda info ni...
Allahuakhbar..terima kasih bunda..ilmu baru yan dapat malam ni..Alhamdulillah
BalasPadammemang betol tu,,..time solat tu lah yang duk teringat sangat..
BalasPadamterima kasih....
BalasPadambetul tu,mmg nak kena si khanzab ni...
BalasPadamnanti kita lawan dia dgn ayat kursi,suka kacau kita kan...
thanks for sharing.. syaitan laknatullah..
BalasPadamTerima kasih di atas perkongsian ini bunda.. bersama kita mengamalkannya..
BalasPadam