Selasa, 22 Disember 2015

Side Lining Myvi Kena Umpil


imej google


Bismillahirrahmanirrahim...As Salam..

hari ni bunda nak cerita pasal kereta Myvi baru anak bunda . Baru-baru ni anak bunda yang perempuan, yang baru kawin tu kan, dia dengan suaminya pergi jumpa kawan kat area Keramat... diorang parking kereta kat tempat letak kereta biasa, memang tempat tu tak ada  CCTV pun, kononnya sekejap jerlah... bukan tak biasa, sebelum ni pun pernah parking kat situ, berjumpa kawan yang sama.




Nak di jadikan cerita, dan mungkin haritu mereka pergi dan parking di situ sebelah malam dan nasib tak baik pulak, bila balik mereka dapati side lining Myvi dah kena umpil kedua-dua belah kereta dan ada bercalar jugak beberapa tempat. Cepat dan licik betul kerja 'si penyangak' tu.  Anak bunda frust sangat, Myvi tu baru lagi dia pakai sebelum dia berkahwin haritu.... tukar Viva lama yang selalu rosak yang dah di pakai lebih tujuh tahun.



Pada keesokkannya anak bunda bawa Myvi dia ke Perodua untuk menggantikan  side lining yang baru. Siap lah kena caj RM129 dan caj cat balik yang bercalar tu kena RM100.  Baru jumaat lepas dah pulih semula, dipasang dan dicat baru. Dari pengalaman anak bunda ni harap kalian pun hati-hatilah lain kali. Apa lagi yang pakai kereta mahal berjenama tu.


***Dah takder kerja lain lah agaknyer si penyngak-penyangak ni...ntah-ntah dah lama buat kerja yang sama kat kawasan situ, apa lagi kereta baru...

20 ulasan:

  1. Assalam bunda..terima kasih masih sudi ke blog acik.banyak nak cerita bunda..tapi laptop tak de..nanti acik menulis juga bila anak bujang bercuti boleh pinjam laptop dia.
    Kesian anak bunda..kereta baru mesti sayang kan

    BalasPadam
  2. Bila keadaan hidup memaksa sekarang ini..
    Orang lain pula menjadi mangsa kan Bunda..
    Sayang kan bunda kereta baru.. tak sangka sekejapan mereka melakukan kerja tu..
    Semua orang sekarang kena berhati-hati..

    BalasPadam
  3. Adoiiiii x pasal2 melayang RM..

    Kereta kami pernag kena calar dr depan hg belakang semasa parking depan hotel***, stress sgt sbb waktu tu baru tukar kereta baru.

    BalasPadam
  4. zaman sekarang ni kena lebih berhati-hati..

    BalasPadam
  5. Hish hish senangnya ambil hak orang lain. Ada permintaan kut sebab tu di umpil orang punya untuk di jual.

    BalasPadam
  6. Bila hidup tak mengikut landasan agama itulah kerja dia KN
    Dosa yg tak nampak tu pada dia remeh - tunggulah kalau Allah nak balas tak semestinya menanti di akhirat. Kadang di dunia ini pun ada balasaan diberikan.

    Ujian buat anakanda KN moga sabar.

    BalasPadam
  7. nampaknya apa saja yg boleh diambil walau hak orang akan diambil...moga yg melakukan akan tersedar drpd kesilapan yg dilakukan...bersabarlah anak bunda Allah pasti mengganti kerugiannya...insyaAllah.

    BalasPadam
  8. Innalillah wainna ilaihi rojiun.. Semoga tidak berlaku lagi di kemudian hari.

    BalasPadam
  9. benda tu pun nak dicurinya...dah tak ada kerja sangat lah tu..penyamun tarbus

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah kannn..... senang sangat dorang buat duit...kita yang susah2 nak buat harta, jadi mangsa...

      Padam
  10. Assalamualaikum bunda,
    Mudah2an diberikan kesabaran dalam menghadapi musibah...mungkin ada hikmah kebaikan yang Allah nak bagi..insyaAllah

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam....yer ustaz , InsyaAllah..

    BalasPadam
  12. Assalammualaikum... bunda,

    macam2 kan bunda kena hati2 .. kesian kereta anak bunda kena umpil ..

    mselim3

    BalasPadam
  13. Syukur takde kerosakan teruk yang lain tapi tetap sakit hati bila jadi macam tu. Nauzubillah.. jauhkanlah dari perkara yang tidak elok dari mendatangi kita semua.

    BalasPadam
  14. Ya Allah....itu pun nak dicuri nya

    BalasPadam
  15. ni kerja penyangak bilis.

    mungkin sebab kos sara hidup yang tinggi menyebabkan mereka nak cari duit lebih dengan cara senang...

    BalasPadam
  16. Benda tu boleh jual balik, tu yg dicuri. Permintaan tinggi sbb Myvi antara kereta yg plg byk digunakan.

    Baru2 ni..keta jiran yg park kat stesen ktm kena curi bateri. Skrg ni apa yg boleh buat duit sume nk dicuri.

    Semoga anak Bunda sabar, insya Allah ada rezeki lain Allah beri.

    BalasPadam
  17. adus.. sapa lah yang buat tu.. zaman skrang ni..
    ada peluang je mmg la.. =(

    BalasPadam
  18. side lining pun diorang nak curi? sabo jer lah. kita nak ganti nanti punyalah mahal

    BalasPadam
  19. Jahatnya orang tu bunda.. side lining pun nak dicurinya..

    BalasPadam