Jumaat, 11 Disember 2015

Sombong kah Aku??


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Salam Jumaat. Sedikit perkongsian agar kita sendiri dapat menilai diri kita di tahap mana kesombongan kita...


@ Sombong adalah penyakit hati,  yang mana akan menjerumuskan perlakunya ke neraka...

@ Merendahkan orang lain itu, sombong.

@ Mentertawakan orang atas kelemahannya pun sombong.

@ Menunjuk-nunjuk kelebihan, itu sombong.

@ Berlumba-lumba menunjukkan kekayaan, itu sombong.

@ Memperbodohkan orang lain, itu sombong.

@ Sentiasa nak menang, itu juga sombong.

@ Mementingkan diri sendiri, itu sombong.

@ Berbangga dengan kecantikkan itu juga sombong.

@ Bersangka buruk itu sombong.

@ Berbangga dengan kepandaian itu juga sombong.

@ Merasa diri hebat, itu sombong.

@ Sentiasa rasa diri betul, itu juga sombong.

@ Tidak boleh di tegur itu juga sombong.

@ Kacang lupakan kulit, lagilah sombong.


***Sombong itu adalah satu sikap yang sangat tercela, dan akan memusnahkan semua amal kebaikkan. Bohong lah kan , kita sebagai manusia biasa tak ada salah satu pun sifat2 yang tersebut diatas, namun begitu...semoga Allah SWT akan memelihara kita dari memakai sifat-sifat tercela ini.
 Wallahu'alam....

31 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam Jumaat mubarakah bunda,

    Benar, sombong adalah penyakit hati. Puncanya lebih pada manusia. Harta, lebih sedikit. Pangkat, lebih sedikit. Pengaruh, lebih sedikit. Ilmu, lebih sedikit. Kesempurnaan bentuk, lebih sedikit. Apa sahaja, bila lebih sedikit, kita mudah rasa sombong.
    Allah SWT berfirman:
    “Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu)...” (al-A`raaf: 146)

    BalasPadam
  2. sombong itu sifat Allah bukan hamba2nya...astaghfirullah.

    BalasPadam
  3. Dijauhkan lah hendaknya kita dari sifat sombong.

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian bunda..
    Semoga kita semua dijauhkan dari sifat sombong..

    BalasPadam
  5. lama x singgah sini.
    semoga sihat2 hendaknya bonda

    BalasPadam
  6. Alahai bonda...camana lah nk elakkan diri ni sombong ni kan...kita hanya insan kerdil yg lemah sekali sekala kita lupa yg kita juga sombong...

    BalasPadam
  7. Entry padat tp bagi kesedaran. Tq bonda

    BalasPadam
  8. Moga terhindar dari penyakit hati yg satu niii

    BalasPadam
  9. Takutlah kalau diri dilabelkan sebagai seorang yang sombong. Jadi sombong bongkak ni merugikan diri sendiri sahaja. Tak gitu, Bunda?

    BalasPadam
  10. insaf kann., salam jumaat mak bunda tuuu ;p

    BalasPadam
  11. walaupun kita cuba meminggir dari sifat sombong tidak dinafi kadangkala kita terlajak kata..atau perbuatan..astarghfirullahalazim..

    BalasPadam
  12. Iya Bunda..kena selalu ingat..dari kata kata yang mungkin bagi kita biasa tapi pada sesetengah akan terasa seolah olah kita sombong...ada masa raut wajah kita menampakan kesombongan..lalu bermuhasabah dirilah kita...agar terhindar dari sifat sifat yang keji..amiin

    BalasPadam
  13. salam jumaat bunda ... banyak juga kategori sombong ni. tq atas reminder ni bunda :)

    BalasPadam
  14. setiap kali baca peringatan begini, rasa insaf..tapi manusia ni bersifat lemah..selalau lupa..sesekali tu terjebak juga

    BalasPadam
  15. Huhu.. Mudahnya terjerumus d klgn org2 sombong.. Huhu.. Moge kt xtermasuk d klgn itu yer bonda..

    BalasPadam
  16. semoga kita bukan diantaranya ...

    BalasPadam
  17. Salam berblogging Bunda... moga dijauhkanlah kita semua dari sifat2 yg menjerumuskan kita ke arah kesombongan dan juga kemungkaran ni... aamiin...

    BalasPadam
  18. perkongsian yg mnarik
    utk peringatan bersama.terima kasih bunda

    BalasPadam
  19. Semua kita sombong, hanya gred kesombongan saja tak sama. Semoga Allah memelihara kita dari menjadi penyombong 10 bintang!!

    BalasPadam
  20. Tanpa sedar, kadang2 kita menjadi sombong. Moga dijauhkan

    BalasPadam
  21. Bonda, kadang2 julia sendiri sebut 'Hi' pada orang sombong ni...dan dia tersentak hahaha pelik ke sebut hi ni bunda? hehhe

    BalasPadam
  22. Moga dijauhkan dari sifat2 begini..

    BalasPadam
  23. terima kasih untuk peringatan bersama

    BalasPadam
  24. Alhamdulilah Bunda..nekcik dah dapat alamt Bunda..insyaaallah nnti akn nekcik bagitau awal ye....terima kasih Bunda

    BalasPadam
  25. takut betul jika ada orang kata saya sombong..tak apa lah jika ada orang nilai . hakikat sebenar kita tak tahu...terima kasih infor ni bunda.

    jauhi lah kita dari buruk sangka..amin

    BalasPadam
  26. Terima kasih diatas perkongsian bunda..
    Semoga kita dijauhkan dari sifat sombong..

    BalasPadam
  27. takut juga kalau ada mengamalkan apa yang bunda listkan di atas

    BalasPadam
  28. moga kita dijauhkan dr sikap tu..

    BalasPadam
  29. moga kita terhindar dari semua sikap dan sifat tu. moga kita istikhomah menjadi yang lebih baik setiap hari :)

    BalasPadam
  30. Assalammualaikum... bunda,

    tak mahu lah sombong2.. moga2 terhindar daripada sifat sombong nie.

    mselim3

    BalasPadam