imej google sekadar hiasan |
Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...
Bunda nak kongsikan info ni dari group rakan wasaap bunda... kot boleh di jadikan panduan semoga bermanfaat.
Hati-hati kalau yang suka menginap di hotel tu, kamera pun dah semakin canggih, jenis kamera muncung jarum adalah kamera yang di gunakan oleh sindikit... yang suka ambil keuntungan dari orang yang sengaja di zalimi terhadap penghormatan mangsa. Pesan pada sahabat yang nak berhoneymoon.
Bagaimana nak pastikan tiada kamera tersembunyi dalam bilik hotel / homestay?
Semasa menginap di hotel / homestay... macam mana kita nak tahu tak der lubang kecil untuk kamera tersembunyi?
Semasa bercuti atau urusan kerja, pernah terfikir tak semasa menginap di hotel / homestay gerak geri kita di perhatikan dan di rakam?
PERINGATAN UNTUK SEMUA!!Semasa menginap di hotel / homestay, anda boleh gunakan kaedah-kaedah ini untuk memastikan tiada kamera tersembunyi dalam bilik anda:-
1- Setelah memasukki bilik, padam semua lampu, tutup tingkap dan langsir.
2- Pastikan bilik dalam segelap yang boleh.
3- ON kan kamera phone anda tetapi jangan ON flash kamera.
4- Pusing sekitar bilik anda dengan phone di tangan.
Sekiranya anda menjumpai DOT / TITIK MERAH kelihatan dalam skrin kamera anda, ITU BERMAKNA ADA KAMERA TERSEMBUNYI DI PASANG DALAM BILIK TERSEBUT.
Pastikan ianya betul-betul kamera dan buat laporan polis. Sekiranya tiada DOT / TITIK MERAH itu bermakna bilik anda selamat.
***Kongsikan peringatan ini kepada yang akan/selalu melancong/urusan kerja. Sebagai panduan supaya lebih berhati-hati.
Semakin canggih teknologi bukan kebaikan yg dimanfaatkan tapi keburukan, inilah yg dikatakan teknolgi boleh menambah dosa. Kenapalah zalim sangat sampai macam tu sekali nak dilakukan. Kalau yg naif macam kakak ni manalah tahu KN. Baca ni baru dpt info. Ini baru teknologi digunakan utk kebaikan - inform pada semua. Terima kasih KN.
BalasPadamRamai jugak yg share kt whtspp. Huhu
BalasPadamsaya pon ada terima tips yg sama kat whatsap bunda....seram kan sekarang ni kat mana2 pon rase tak selamat je...diorang nak buat aniaya tak mengira tempat dan mangsa...
BalasPadamtksh infonya...risau juga kan kdg terpksa inap di hotel r homstay...
BalasPadamBila cuma pikirkan nafsu, benda yang terjangkau akal pun mereka sanggup lakukan...
BalasPadamterima kasih Bunda, nanti boleh dipraktikkan..
BalasPadamAkhir zaman, teknologi yg canggih di salahgunakan. Duduk dalam rumah sendiri pun kadangkala tak selamat, sebab dah ada drone
BalasPadamTapi bila dah check in terus lupa nak buat.. huhuhu.. ni nak kena simpan sebagai peringatan masa depan..
BalasPadamthanks sharing bunda... memang menakutkan ni...
BalasPadamthanks sharing bunda, macam2 cara orang nak terjah privasi orang
BalasPadamsemoga kita dijauhkan dripada masalah ini bunda
BalasPadamTak usahkn bilik hotel Bunda..kat toilet gerai makan pun hado!!!
BalasPadamLepas ni kena lebih berhati2 lagi...jangan sampai kita sekeluarga atau sekumpulan rakan datang makan kat situ, hepy2...dok gelak ketawa, dok subuk berselfi bagai dengan makanan yang terhidang... lepas dah kenyang pasti ada yang ketoilet, terutama wanita...
PadamPastu yang pelaku siap tersenyum2, pandang2 kita dari jauh... dia kenal kita tapi kita tak tau dia sipelaku tu..si pembuat 'onar' tu... Dia senyum2 sebab dah puas tengok apa yang dia nak tengok.. nak pulak rakaman disebar dan dikongsi ramai2 tengok...
Haa! kalu jadi begitu..nak salahkan siapa!.harap2 lain kali tahanlah kencing tu...balik umah baru lepaskan.... toilet2 kat pam minyak n pasaraya tu pun bukan bolih harap jugak...
Assalamualaikum bunda,
BalasPadamterima kasih atas peringatan ini. kat tempat saya pun dah viral..kamera dalam toilet restoran ikan bakar. bila tanya pada pekerja semua diam tak boleh nak jawab..
Biasalah tu...kat tempat yang popular yang selalu ramai pengunjung kat situ lah dorang suka buat kerja tak senonoh tu...
PadamTakut pulak nak tido hotel ni Bunda..
BalasPadamDah tak privacy.. semua nak dirakamnya ..
Bahaya sekarang ni kan bunda. Teknologi bukan membantu untuk lebih ke hadapan tapi ke belakang bila disalah gunakan
BalasPadamThanks Bunda atas perkongsian .. Risau jugak mummy.. Dah lah selalu outstation.. Bila penat terbongkang tak tentu pasal... hadoiii ngeri-ngeri!
BalasPadamTeknologi semakin canggih,manusia pula hilang rasa kemanusiaan...moga kita sentiasa berhati-hati
BalasPadamMmg sgt2 bahaya benda2 macam ni terutama klu di bilik persalinan pakaian shopping complex atau hotel2... mmg kena berhati2lah. T kasih atas perkongsian peringatan ini Bunda.
BalasPadamThanks for the tips..
BalasPadamBahaya juga ni. kena hati hati selalu
Bila zaman canggih privasi kita pula diancam
BalasPadamBab ni mmg seram KN, takut terakam pulak benda yg tak sepatutnya. Tau tau dah viral jer hish Nauzubillah hi min zalik
BalasPadamIngatkan hidup makin mudah dengan segala teknologi yang ada rupa-rupanya tak juga. Makin susah jadinya. Itulah kalau ramai yang suka menyalahguna kecanggihan teknologi zaman sekarang!
BalasPadamKat mana-mana pun dah tak rasa selamat sekarang ni!
memang takut terima kasih bhnda sudi berkongsi malumat ni
BalasPadamppsstt: tenkiu bunda ats ucapan hari lahir saya