Sabtu, 23 Januari 2016

Zarif Dah Tadika



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Zarif dah sekolah tadika...  tadika dia tak jauh dari rumah ... tapi kalau berjalan kaki jauh jugak lah...  pagi-pagi tak Papa hantar, Mommy hantar. Kadang naik motor kadang naik kereta...
balik pun macam tu.

Masa hari pertama sekolah haritu.. 4 Jan 2016... pagi-pagi lagi sebelum pergi sekolah, dah kol Mak Nora... masa tu bunda kat kampung, bunda balik nak jemput bapak, masa kawen anak bunda haritu.

Zarif kol bunda nak bagitau dia nak pergi sekolah dah...

Kiut sangat...excited sangat bunyinyer.. Mak Nora nyer pun  terexcited sama, tak sabar nak balik nak tengok, nak ikut hantar dia pergi sekolah.

Kelas bermula 8.30 pagi, habis 11.30 pagi...



Tapi kan masa tu Bunda sibuk hal kerja kawen anak Bunda...tak sempat nak hantar Zarif...lagi pun Mommy cuti seminggu untuk Bunda dan melayan pertama kali
hal Zarif kesekolah tadika.

Cuma minggu ni jer baru Bunda sempat ikut dan hantar Zarif sekolah dan sempat
ambil gambar dia...

Memang nampak matang dah dia bersekolah dan berkawan..setakat usia yang
belum pun 6 tahun...

Pada hari pertama sekolah tu, Mommy cerita,  Cikgu sebut nama sorang-sorang... budak-budak lain diam jer dan ada yang tak fokus pun.

Tapi bila tiba nama Zarif di sebut...cepat jer dia angkat tangan...

Sekarang ni, bila ada jer kerja sekolah yang Cikgu bagi atau kertas kerja yang dah siap diperiksa...sibuklah tunjukkan semua orang...

Sibuk cerita hal kawan-kawan dia..."i have many friends"...


***okay lah tu...bila dah dapat ramai kawan, jangan lupa Mak Nora dah...


23 ulasan:

  1. Assalamualaikum BN, comel Zarif call bagitau dia dah sekolah. Ada ramai kawan, suka tengok budak-budak ceria ke sekolah.

    BalasPadam
  2. ZARIF DAH SEKOLAH YA...MESTI MAMANORA SUNYI TIADA ZARIFF DI SISI..

    BalasPadam
  3. cute Zarif pakai uniform tadika..cantik, kaler pink..excited gi sekolah, pengalaman baru..

    BalasPadam
  4. Sunyi lah bunda sekejap tanpa zarif ya....
    Yalah warna baju tadika tu menyerlah sesuai untuk kanak2.

    BalasPadam
  5. cantik uniform.. macam sailor moon.. hehehe

    BalasPadam
  6. makin besar.. seronok dpt kwn2 baru ya

    BalasPadam
  7. sekejap je masa berlalu. dah besar pun cucu bunda..

    BalasPadam
  8. Selamat bersekolah Zarif... belajar rajin2 tau... :) :)

    BalasPadam
  9. Wah...dah sekolah dah zarif... besar dah dia... cute pulak tu... bagusnya dia excited pi sekolah.. heheh

    BalasPadam
  10. Betul tu, macam zarif siap cerita kat sekolah sebelum makan kita baca doa makan dulu... siap bacakan doa makan ...hii.. macam lah kat rumah tak pernah ajar kan... padahal hafal doa makan pun sejak dari rumah lagi...
    Itulah budak2 ni orang kata, bila dah masuk alam persekolahan , dah kenal siapa itu cikgu atau guru, maka apa saja yang dibelajar dari cikgu atau guru itulah yang betul...
    Teachers always right...hehe..

    BalasPadam
  11. Amboi senyum simpul che Zarif kita...comel pink..

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum bunda,
    Wah ceria je si zaliff ni. Nampak macam dah matured hehehe. Teringat anak-anak masa tadika dulu..macam-macam cerita yang dibawa balik. Seronok!

    BalasPadam
  13. Comelnya sedondon dengan beg angry bird nya.

    BalasPadam
  14. zarif ni anak ngasuh bunda ek?

    BalasPadam
  15. bestnya masuk sekolah..jgn lari ikut tingkap tau..hehehehe:D

    BalasPadam
  16. Mak Nora ni kalau dpt cucu tak tahulah mama Zakie ni Zarif
    Untung Zarif dijaga Mak Nora. Ingat jasanya
    Tu dah sekolah lain kali tolong Mak Nora baca buku cerita tau.

    BalasPadam
  17. Betul tu Bunda. Walau kita dah ajar yang betul, pada dia.. cikgu jugak tetap betul.. ;)
    Betapa banyak jasa cikgu2 yang mengajar dari dulu hingga sekarang. ;)

    BalasPadam
  18. mesti banyak benda nak citer bile balik sekoloh

    BalasPadam
  19. anak2 bila masuk sekolah makin cerdik

    BalasPadam
  20. Bagus bila anak kecil bersemangat ke sekolah. Ibu bapa perlu beri sokongan dan dengar segala ceritanya. Tak tahulah bagaimana anak aRz nanti bunda. Balik dari rumah pengasuh pun Macam-macam cerita. Ken ambil masa dengar segala ceritanya.

    Zarif semakin matang

    BalasPadam
  21. Alahai...sayang betul dia ngan Mak Nora. Siap report lagi ngan Mak Nora nak ke tadika.

    Bela dari kecik, mmg sayang dah lebih anak sendirikan KN

    BalasPadam