Rabu, 13 Januari 2016

Kerja Kahwin Lagi


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam,

Pada Ahad 10hb Januari 2016 yang lalu sekali lagi mencatat sejarah dalam hidup bunda bahawa anak bungsu bunda  selamat di ijab kabulkan.


Pada pagi yang sama,  9.30 pagi acara akad nikah telah berlangsung dengan lancarnya di Masjid di tempat bunda. Dihari yang sama juga adalah tarikh "Hari Ulang Tahun Kelahiran"  anak bunda. Ramai kawan-kawan sekolah dan kolejnya dulu termasuk kawan-kawan kerjanya datang memeriahkan lagi majlis.

Selepas acara akad nikah di masjid ...acara bersanding, bergambar dan potong kek dan makan beradap telah berlangsung di sebuah "Dewan Serbaguna"  tak berapa jauh dari tempat bunda.  Acara majlis berlangsung dari pukul 11.30 am sehingga 4.30 pm.


Dua hari sebelumnya, macam biasalah, Zarif tak di lupakan untuk membantu dalam kerja menyiapkan doorgift.  Zarif ikut membantu bersama dengan bapak bunda untuk mengisi sedikit makanan ringan, air kotak dan surat yaasin kedalam doorgift beg.

Zarif  memang sukalah buat kerja macam ni, dalam diam-diam dia telah sebelahkan dua beg... "untuk papa ngan mummy" katanya... apa-apa jerlah Zarif...


Zarif bersama Kak Nana... itu pun jenuh nak ajak dia bergambar dengan Kak Nananya... siap lari dan bersembunyi lagi..

Nampak sangat dalam hati tu ada sedikit perasaan  malu atau cemburu kot dengan Kak Nana...sebab Kak Nana dah ada pasangan, seakan tak pedulikan dia lagi...

Sehinggakan  Kak Nana turun sendiri,  pujuk untuk bergambar...itu pun malu-malu kucing dan tak berapa nak ikhlas jer senyuman...tak mesra macam selalu...


Masa nikah Kak Ngah haritu bermacam-macam perasaan bercampur baur di benak bunda ni... terutamanya perasaan sedeh dan sebak ....

Maklum lah pertama kali buat kerja kahwin/nikahkan anak sendirian tanpa arwah suami. . tetapi kali ini perasaan itu sedikit kurang, mungkin sebab dah ada sedikit pengalaman kot...

Pada keesokkannya, Isnin 11hb .. Bunda dan kedua pengantin balik kampung Taiping hantar bapak.

Sebelum tu kami singgah di Bagan Datoh dulu ziarah pusara arwah suami bunda...kami buat/bacakan tahlil ringkas di pusara ...

Ini semua atas permintaan dan kehendak Nana. "Nana nak jumpa ayah,  Nana nak bagitahu ayah,  Nana dah nikah...  Nana dah jadi isteri orang"...

Disana, ketika itu , faham-faham jerlah apa yang terjadi, sedikit drama, sebak dan sedu  sedan berlaku... huhu.....
biasa lah kan..


***Apa pun Syukur Alhamdulillah, semua acara untuk kerja kawin untuk anak bungsu bunda ni telah selamat dan di permudahkan... terima kasih Allah..




46 ulasan:

  1. Selamat menerima menantu baru..

    BalasPadam
  2. Bila kerja kawin yang dibuat selesai. Rasa gembira kan Bunda.

    BalasPadam
  3. Tahniah bunda terima menantu baru ;-)

    BalasPadam
  4. Tahniah dan syukur Alhamdulillah dah selamat terima menantu lagi.
    Cantek anak bunda dengan pakaian pengantin.

    BalasPadam
  5. AlhamduLILLAH.. tahniah bunda dapat menantu baru :))

    BalasPadam
  6. Yeahhh ada penambahan ahli keluarga.Tahniah Bunda.. !

    BalasPadam
  7. tahniah!selamat menerima menantu..

    BalasPadam
  8. alhamdulillah segalanya selamat dilangsungkan

    BalasPadam
  9. semoga berbahagia dunia dan akhirat

    BalasPadam
  10. rambut zarif unik...suka tengok..

    BalasPadam
  11. tahniah bunda dpt keluarga baru...semoga anak bunda n suaminya kekal bhgia selamanya.

    BalasPadam
  12. alhamdulillah tahniah bunda
    wah dah dpt menantu baru ☺😊

    BalasPadam
  13. Tahniah bunda bertambah keluarga. Buat Kedua2 pengantin selamat pengantin baru semoga kekal selamanya.

    BalasPadam
  14. Barokallah...
    Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar biarpun org kanan KN telah lama pergi. Mesti Nana sayu hati tapi syukurlah semuanya ok. Panjang umur murah rezeki kalau dalam setahun-dua KN boleh dpt 2 cuculah ye:)

    BalasPadam
  15. tahniahnyer bunda dpt menantu yg last keew., mugo berkekalan

    BalasPadam
  16. Tahniah semuanya dipermudahkan Allah

    BalasPadam
  17. alhamdulilah tahniah bunda. dapat menantu lagi sorang :)

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah...
    Semoga berkekalan hingga ke jannah..
    Senang hati dah ye bunda..
    Semua anak bunda dah kahwin..
    Skrg tunggu cucu pula bunda ..

    BalasPadam
  19. alhamdulillah..selamat pengantin baru nana...

    BalasPadam
  20. alhamdulillah dah selamat, tahniah nana selamat pengantin baru

    BalasPadam
  21. Selamat pengantin baru buat anak bonda.. Semoga kekal hingga ke anak cucu..

    BalasPadam
  22. Selamat pengantin baru buat Nana and pasangan...
    Semoga berbahagia selalu :)

    BalasPadam
  23. Tahniah bunda dapat menantu baru..
    Semoga perkahwinan kekal ke syurga

    BalasPadam
  24. Assalam. Tahniah terima menantu. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  25. Tahniah Bunda, selamat menerima menantu yer ^-^

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah tahniah buat Bunda dan juga pasangan pengantin. Semoga berbahagia dgn keceriaan yg diberkati di dunia dan akhirat... aamiin... :)

    BalasPadam
  27. Alhamdulillah tahniah buat Bunda dan juga pengantin.

    BalasPadam
  28. tahniah bunda ... makin bertambah ahli keluarga :)

    BalasPadam
  29. Alhamdulillah...tahniah bunda. Selamat pengantin baru buat mereka.

    BalasPadam
  30. Alhamdulillah! Selesai sudah satu tanggungjawab. Tahniah ya Bunda menerima menantu bongsu. Lepas ni bolehlah Bunda bergembira menjaga cucu-cucu pulak ^_^

    BalasPadam
  31. tahniah bonda dapat menantu lagi...

    BalasPadam
  32. Saya pulak yg terdrama masa baca part last tu KN huhu...
    Macamanalah esok kalau saya mengahwinkan anak agaknya KN....

    Mesti terasa jugak si Zarif tu, maklumlah kakak dia kena ambik orang

    BalasPadam
  33. Asalam Bunda, selamat pengantin baru buat anak gadis bunda. !0 jan..esok tu 11 jan hari ulang tahun lahir etuza sikit mengena kan...

    BalasPadam
  34. Tahniah kepada bunda dan kedua pengantin..... kepada pengantin baru selamat melayari alam perkahwinan.

    BalasPadam
  35. Alhamdulillah, tahniah kepada bunda & pengantin...
    sedih yg akhir2 tu..disaat-saat gembira, mesti terkenang org tersayang yg telah tiada..

    BalasPadam
  36. Tahniah Bonda. Makin meriah dan bertambah ahli keluarga Bonda.
    Murah rezeki tahun ini dapat timang 2 cucu hehehe....

    BalasPadam
  37. alhamdulillah , semuanya berjalan lancar . semoga mereka bahagia hingga ke akhirnya ...

    BalasPadam
  38. alhamdulillah majlis berjalan lancar
    dalam masa terdekat bunda tiba dua menantu
    tulah perancangan ALLAH kan. sape yang dapat nafikannya
    sekaligus tutup mulut jahat orang sebelum ni

    apapun saya kagum dengan bunda
    walau tanpa insan bernama suami di sisi
    bunda tabah membesarkan 4 orang anak
    saya doakan yang terbaik buat bunda dan keluarga dari kejauhan

    BalasPadam
  39. Alhamdulillah tahniah nana dan suami... moga jodoh kalian sampai ke syurga... amin

    BalasPadam