Jumaat, 5 Februari 2016

Kenapa Kamu Diam?


imej google




Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Kenapa Kamu Diam?

Kenapa kamu diam? Apabila kamu di dalam kereta, atau berjalan-jalan, atau berada di pasar, atau ketika di pejabat atau di mana-mana sahaja.

Kenapa kamu diam? Sedangkan setiap detik  daripada umur kamu itu di hisab oleh ALLAH.

Ucaplah Istighfar, bacalah Al Quran. Jika kamu tidak hafal, maka bacalah dan ulanglah Al-Fatihah, seribu atau dua ribu kali, nescaya ia takkan memudaratkan kamu, bahkan ia memberi manfaat.

Kenapa kamu diam? Beristighfarlah, bertahlillah (sebut  laila haillallah). Bila kamu berhenti di lampu isyarat sambil menanti lampu hijau. 

Kenapa kamu diam?  Beristighfarlah, bacalah, ulanglah....

Kenapa kamu diam?

Oleh: Dr. Abdul Aziz Al-Sadhan.


***perkongsian dari FB...

24 ulasan:

  1. Salah satu jalan terbaik kalau nak diam dlm kereta pun pasang radio IKIM KN
    Kakak buat cara itu. Kalau dengar IKIm kita boleh khusyuk merenung dlm diri
    Masa dia dendangkan lagu (biasanya nasyid) kita boleh berzikir..

    BalasPadam
  2. Setiap detik dimanfaatkan utk cari keredhaan Allah...demi masa..

    BalasPadam
  3. Betul BN, dulu saya ada kawan yang menceritakkan dia bergaduh, tapi dia diam ja, saya tanya kenapa tak jawab ja balik, dia cakap dia senyum dan berdoa degan ayat2 ja. Sekarang saya ada la tiru dia jugak :) kena blog tentang kawan saya ni, bijak sangat.

    BalasPadam
  4. Diam lebih baik dari berkata-kata yang melalaikan. Banyakkan berzikir pada Allah SWT.

    BalasPadam
  5. Kadang-kadang diam lebaih baik dari berkata-kata. Terima kasih info ini Bunda.

    BalasPadam
  6. allahuakabar....leka laa bunda.... ye laaaa.... nape tak dibasahi mulut dan bibir dgn selawat dan zikir..... ini selalunye leka mengadap phone...allahu!!

    BalasPadam
  7. diam lebih baik dari menuturkan perkataan yang tak sepatutnya. perbanyakkan berzikir kpd Allah

    BalasPadam
  8. perkongsian yang baik bunda..insyaallah jangan diam lagi

    BalasPadam
  9. Diam, diam tp dalam hati berzikir KN hihi

    BalasPadam
  10. Diam sebab tengah khusyuk membaca, Bunda ^_^

    Ya tak ya juga! Perkara lain boleh multitasking tapi yang ini kenapalah tak boleh sambil ligat buat kerja, sambil itu juga kita ligat mengingat-Nya!

    BalasPadam
  11. betul jugak T_T tak terfikir pun pasal ni. kena mula nampaknya sebab dah tahu :) thank you thank youuu

    BalasPadam
  12. DIAM DLM ZIKIR INSYA ALLAH...

    BalasPadam
  13. kadang-kadang duk memikir macam-macam perkara, langsung ter alpa....subhanallah..pahala yang mudah dikaut begini boleh pula selalu lupa..

    BalasPadam
  14. Dah terbiasa mcm tu dari kecilkan kita..sebab tu kita terbiasakan diam mulut dan hati untuk berzikir kecuali pada waktu sembahyang saja yang diamalkan...demi masa manusia itu dalam kerugian....

    BalasPadam
  15. terima kasih atas peringatan..insyaAllah cuba dijadikan amalan selepas ini.

    BalasPadam
  16. semoga bermnafaat ...ingatan utk diri sendiri juga

    BalasPadam
  17. terimakasih bunda mengingatkan kaknoor
    kekadang kita ni selalu lupa dan alpa, jom jgm diam2 lagi lepas ni beristighfar bertahlil berzikir lah selagi ada hayat kita

    BalasPadam
  18. Terima kasih atas peringatan. Daripada diam dan memikirkan hal2 dunia, lebih baik berzikir dan mengingati Allah.

    BalasPadam
  19. salam bunda ..
    itu la yg sebaiknya ..
    sentiasa basahkan lidah dengan sebutan2 yg mengingati pencipta kita ..
    insyallah akan ditemui ketenangan.

    BalasPadam
  20. sentap
    ..terima kasih bunda
    ..peringatan yg sangat berguna

    BalasPadam
  21. Subhanallah walhamdulillah... t kasih atas peringatan ini Bunda. Semoga kita semua tergolong dikalangan insan2 yg dikasihiNya... aamiin.

    BalasPadam
  22. Singgah pagi Bunda.
    Moga hidup kita sentiasa mengingati Allah

    BalasPadam