Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...
Dah lama bunda tak share resipi kan...jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara membuat siakap tiga rasa versi bunda ni...
Bahan2nya:
1. Seekor ikan siakap yang sedang besarnya...(dilumur sedikit tepong dan garam kunyit, digoreng garing) ketepikan.
2. Sebiji bawang besar di hiris kasar/ potong dadu kecil2...
3. 3 biji bawang kecil dan 2 ulas bawang putih (di tumbik lumat)
4. Sebiji buah tomato (di potong dadu)
5. Sedikit nenas di potong dadu (bunda guna nenas fresh, boleh juga guna nenas dalam tin)
6. 2 biji cili merah (dibelah 4)
7. Sedikit halia ..dalam 3 keping nipis (kemudian dipotong memanjang)
8. 3 sudu besar sos cili dan sos tomato... ( sos tomato boleh di kurangkan kalau nenas jenis yang masam)
9. 1 sudu besar cili giling/boh (atau ketukkan saja 2 3 biji cili api)
10. Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan.
11. Sedikit minyak untuk menumis, air, garam dan gula juga serbok perasa , ikut sesedap rasa..
Cara memasaknya:
@ Tumis bahan tumbuk dan halia, kacau2 pastu masukkan bawang besar...dah tu masuk cili boh. Goreng biar garing , boleh di tambah sedikit air.
@ Masukkan kedua jenis sos dan cili potong. Kacau2.
@ Kemudian masukkan buah tomato dan nenas yang dipotong dadu tadi. Boleh tambah air kalau pekat sangat. (Suaikan sebab air nenas dan tomato akan keluar)
@ Masukkan bahan perasa.
@ Tutup api... kemudian baru masukkan daun sup/bawang yang telah di potong... SIAP.
Nak makan curahkan atas ikan yang siap digoreng tadi.
*** Suaikan rasanya...ada rasa pedas, rasa masam dan rasa manis...
Siakap Tiga Rasa...Selamat mencuba.
Wah..sedapnya. Lapar pulak pagi2 ni Bunda.
BalasPadamAduhai dah la tak sepat breakfast lagi nie huhuhuuu :P
BalasPadamKalau boleh keluarkan dari monitor ikan sepiring tu kakak keluarkan dulu KN hihi...
BalasPadamIni bukan ikannya aje yg sedap tapi topping dia pun sedap - nenas dgn tomato dia tu yg best:)
Dah x pantang lagi nanti ,saya nak buat lah bunda...sedapnyaaa.
BalasPadamAduh..sedap pulak nampak siakap tu. baru berkira2 nak masak siakap petang ni
BalasPadamselalu gak julia masak menu ni bunda...tapi tak leh lawan air tangan bunda lagi tgk pun tau sedapppppp sgt ni
BalasPadamya Allah kak...teliur2 lieya bace....ade ikan kembung tu ....rase boleh je buat sebab bahan dlm resepi akak ade dlm esbok....boleh wat tambah menu berbuka kang...tadi pagi masak kari ayam....
BalasPadamWahh best... sedapnya buat makan tengah hari ni... marveles... :) :)
BalasPadamSedapnya ☺☺
BalasPadamsedap tu
BalasPadamSiakap ni memang ikan feveret saya. Masak apa pun sedap....pernah sekali minta menu ni masa makan seafood, tapi bila sampai lain pula rupanya..tiga rasanya cuma kuah kicap yang ditaburi dgn bawang putih dan cilipadi potong...tapi rasanya..marvelous lah pula...licin makan..
BalasPadamSedapnya bunda..
BalasPadamKena cuba resepi bunda ni ;)
Sedapnya tengok gambar pun, meriah dengan masam manisnya
BalasPadamhebat resipi ini..ap khabar Bunda?
BalasPadamAssalamualaikum bunda, salam jumaat
BalasPadamWah resepi lagi. Tengok gambarnya sahaja dah nampak sedap. Biasa makan siakap masak stim, nanti bulehlah cuba yang ni pulok.
sedap ni..
BalasPadamAnak2 suka makan ikan ini bunda. Nanti kak Zai nak cuba tq kongsi resepi.
BalasPadamsedap ni bunda ..kalau ada nasi panas
BalasPadamtengok gambar aje lapar terus.
BalasPadamSama la.. asal tgk blog review pasal makanan, mesti rasa lapar terus.. gambar2 dorang pula semuanya cantik
PadamSIAKAP MMG SEDAP MSK GINI...
BalasPadamPeberet SS ni.. Sedapnye....
BalasPadamsedapnya bunda..feberet lya ni
BalasPadamdah macam2 rasa kami yg tengok ni bunda alahai awat lah jauh sngt ni
BalasPadamTengok gambar aje dah nampak sedapnya..
BalasPadamNi memang favourite Wa ni Bunda..:) Nanti boleh try resepi Bunda lak..:)
BalasPadamkalau makan camni memang confirm ke laut la diet
BalasPadammenu yg paling sedap untuk ikan siakap ni bunda..makan kt kedai pun antara menu pilihan
BalasPadamSdpppp ni bunda
BalasPadamIjilh mknan fev anak2
sedapnyeee..lama x buat..tak letak sos ikan tu ye?
BalasPadamBunda tak letak...nama pun versi Bunda kan...hehe...
Padammenu 3rasa ni bukan masak tuk ikan je telur ayam daging pun..sedapnya ..lapo tetiba
BalasPadamSaya padah malas nak buat entri resepi KN...hihi...
BalasPadamLebih kurang mcm masak sweet sour yek KN
Lebih kurang lah....tapi lebih pedas sikit dari sweet n sour jer....
PadamZumal suka sangat siakap tiga rasa tapi belum pernah buat sendiri
BalasPadam