![]() |
imej google |
Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....
Pengertian Zikir.
Kita sering berfikir bahawa orang-orang tertentu sahaja yang sering berzikir, seperti Ustaz, Imam dan Ulamak. Kita juga beranggapan bahawa, berzikir hanya boleh di lakukan setelah memegang tasbih di tangan dan duduk di atas sejadah sahaja.
Mari kita dalami pengertian zikir menurut pengertian Syariat adalah mengingati Allah SWT dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Nya. Ia sebenarnya tidak terhad kepada kalimat-kalimat tertentu.
Berzikir dapat di lakukan dengan berbagai cara dan dalam keadaan bagaimana pun.... berdiri, duduk atau berbaring, kecuali di tempat yang tidak sesuai dengan kesucian Allah SWT, seperti bertasbih di dalam tandas atau di tempat-tempat yang kotor.
"(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali Imran:191)
Dengan niat, doa, perbuatan atau ucapan secara ikhlas menjadikan seseorang itu sudah di anggap berzikir.
Sebagaimana firman Allah SWT (yang bermaksud): "Kerana itu, ingatlah (berzikirlah) kamu kepada Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada Ku, dan jangan lah kamu mengingkari (nikmat)Ku." (Al-Baqarah:152)
Berzikir juga tiada batasan masa dan tidak ada uzur yang dapat di terima untuk tidak berzikir, kecuali jika berubah akal (gila). Kita boleh mengingati Allah tidak kira pagi, siang, petang, malam, di darat, di laut, di udara, pada segala tempat dan masa, bagi yang kaya, miskin, sihat, sakit, terang-terangan atau sembunyian dengan lisan atau hati dan pada segala hal keadaan.
Walaubagaimana pun amalan-amalan membaca kalimat-kalimat tertentu adalah sangat mulia dan sangat di tuntut serta di sukai oleh Allah SWT dan Rasul Nya. Ianya merupakan rangkaian iman yang harus di sempurnakan oleh semua umat islam dalam keadaan kusyuk dan tawaduk.
Rasulullah SAW telah bersabda (yang bermaksud): "Pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah 'Lailaha illallah' dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas." (HR Al-Bukhori)
SUMBER ARTIKEL
Terima kasih atas perkongsian zikir ini Bunda..
BalasPadamDengan berzikir hati akan mejadi tenang.
BalasPadamBanyak kelebihan zikir yang boleh kita dapat di dalam nya.
BalasPadamInilah amalan paling mudah utk dilakukan
BalasPadamTak payah berwuduk pun boleh, kejam mata pun boleh, berdiri boleh, duduk, baring, driving, sambil masak, membelek bunga, semua boleh dibuat. Cuma nak tak nak aje. Tapi inilah yg kelihatan ringan tapi memberatkan timbangan di sana kelak.
Alhamdulillah bertambah ilmu saya pagi ni...terima kasih perkongsian ini bunda
BalasPadamtime kasih ibu atas perkongsian dan mengingati ...
BalasPadamTerima kasih Bunda semuga kita semua sentiasa berzikir dsn bersyukur kepadaNya..amiin
BalasPadammoga kite semua di dalam redha Allah...perkongsian yg hebat bunda :)
BalasPadamTerima kasih bunda kongsi dan mengingatkan. Semoga kita semua dlm lindunganNya.
BalasPadamTerima kasih bunda atas ilmu bermanfaat di hari jumaat yang mulia ini.
BalasPadamterimakasih Bunda
BalasPadamperkongsian yang sangat baik yg kadang kita sengaja melupakannya
terimakasih sekali lagi mengingatkan kaknoor
Salam Bunda..syukran berkongsi ilmu..zikir amalan yg ringan tapi berat timbangannya..semoga lidah kita sentiasa basah dengan zikir kepadaNya..
BalasPadamKlau tahu kelebihan berzikir ni bunda...subhanallah
BalasPadamBetapa banyaknya masa terbuang tanpa berzikir...
BalasPadamseronok berzikir bila guna tasbih counter
BalasPadamBERZIKIR SENTIASA DLM APA KEADAAN DIRI KITA ..SENTIASA BASAHKAN LIDAH DGN ZIKRULLAH...INSYA ALLAH.
BalasPadamSubhanallah walhamdulillah... t kasih atas perkongsian ini Bunda...
BalasPadamamalan paling senang nk buat ni bunda..tgh duduk ke berdiri barinf ke dalam apa posisi n dimana saja even dalam hati kita boleh zikir
BalasPadamBenda senang cengginilah kekadang kita selalu lupakan KN.... Nampaknya kena jadikan amalan selalu barulah tak lupa
BalasPadamDengan berzikir..kita akan sentiasa mengingatiNya..
BalasPadamTapi nak start dan istiqomah tu yang 'liat' siket :(