Jumaat, 18 Mac 2016

Pengertian Zikir

imej google

Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....


Pengertian Zikir.

Kita sering berfikir bahawa orang-orang tertentu sahaja yang sering berzikir, seperti Ustaz, Imam dan Ulamak. Kita juga beranggapan bahawa, berzikir hanya boleh di lakukan setelah memegang tasbih di tangan dan duduk di atas sejadah sahaja.

Mari kita dalami pengertian zikir menurut pengertian Syariat adalah  mengingati Allah SWT dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Nya. Ia sebenarnya tidak terhad kepada kalimat-kalimat tertentu.

Berzikir dapat di lakukan dengan berbagai cara dan dalam keadaan bagaimana pun.... berdiri, duduk atau berbaring, kecuali di tempat yang tidak sesuai dengan kesucian Allah SWT, seperti bertasbih di dalam tandas atau di tempat-tempat yang kotor.


"(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali Imran:191)

Dengan niat, doa, perbuatan atau ucapan secara ikhlas menjadikan seseorang  itu sudah di anggap berzikir.

Sebagaimana firman Allah SWT (yang bermaksud): "Kerana itu, ingatlah (berzikirlah) kamu kepada Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada Ku, dan jangan lah kamu mengingkari (nikmat)Ku." (Al-Baqarah:152)
Berzikir juga tiada batasan masa dan tidak ada uzur yang dapat di terima untuk tidak berzikir, kecuali jika berubah akal (gila). Kita boleh mengingati Allah tidak kira pagi, siang, petang, malam, di darat, di laut, di udara, pada segala tempat dan masa, bagi yang kaya, miskin, sihat, sakit, terang-terangan atau sembunyian dengan lisan atau hati dan pada segala hal keadaan.

Walaubagaimana pun amalan-amalan membaca kalimat-kalimat tertentu adalah sangat mulia dan sangat di tuntut serta di sukai oleh Allah SWT dan Rasul Nya. Ianya merupakan rangkaian iman yang harus di sempurnakan oleh semua umat islam dalam keadaan kusyuk dan tawaduk.

Rasulullah SAW telah bersabda (yang bermaksud): "Pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah 'Lailaha illallah' dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas." (HR Al-Bukhori)


SUMBER ARTIKEL


20 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian zikir ini Bunda..

    BalasPadam
  2. Dengan berzikir hati akan mejadi tenang.

    BalasPadam
  3. Banyak kelebihan zikir yang boleh kita dapat di dalam nya.

    BalasPadam
  4. Inilah amalan paling mudah utk dilakukan
    Tak payah berwuduk pun boleh, kejam mata pun boleh, berdiri boleh, duduk, baring, driving, sambil masak, membelek bunga, semua boleh dibuat. Cuma nak tak nak aje. Tapi inilah yg kelihatan ringan tapi memberatkan timbangan di sana kelak.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah bertambah ilmu saya pagi ni...terima kasih perkongsian ini bunda

    BalasPadam
  6. time kasih ibu atas perkongsian dan mengingati ...

    BalasPadam
  7. Terima kasih Bunda semuga kita semua sentiasa berzikir dsn bersyukur kepadaNya..amiin

    BalasPadam
  8. moga kite semua di dalam redha Allah...perkongsian yg hebat bunda :)

    BalasPadam
  9. Terima kasih bunda kongsi dan mengingatkan. Semoga kita semua dlm lindunganNya.

    BalasPadam
  10. Terima kasih bunda atas ilmu bermanfaat di hari jumaat yang mulia ini.

    BalasPadam
  11. terimakasih Bunda
    perkongsian yang sangat baik yg kadang kita sengaja melupakannya
    terimakasih sekali lagi mengingatkan kaknoor

    BalasPadam
  12. Salam Bunda..syukran berkongsi ilmu..zikir amalan yg ringan tapi berat timbangannya..semoga lidah kita sentiasa basah dengan zikir kepadaNya..

    BalasPadam
  13. Klau tahu kelebihan berzikir ni bunda...subhanallah

    BalasPadam
  14. Betapa banyaknya masa terbuang tanpa berzikir...

    BalasPadam
  15. seronok berzikir bila guna tasbih counter

    BalasPadam
  16. BERZIKIR SENTIASA DLM APA KEADAAN DIRI KITA ..SENTIASA BASAHKAN LIDAH DGN ZIKRULLAH...INSYA ALLAH.

    BalasPadam
  17. Subhanallah walhamdulillah... t kasih atas perkongsian ini Bunda...

    BalasPadam
  18. amalan paling senang nk buat ni bunda..tgh duduk ke berdiri barinf ke dalam apa posisi n dimana saja even dalam hati kita boleh zikir

    BalasPadam
  19. Benda senang cengginilah kekadang kita selalu lupakan KN.... Nampaknya kena jadikan amalan selalu barulah tak lupa

    BalasPadam
  20. Dengan berzikir..kita akan sentiasa mengingatiNya..
    Tapi nak start dan istiqomah tu yang 'liat' siket :(

    BalasPadam