Isnin, 13 Jun 2016

Dari Kebun Bapak Lagi


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Bagaimana dengan hari-hari Ramadhan kalian, harap dapat di laksanakan hingga keakhirannya nanti.

Masa bunda balik kampong bulan lepas, bunda tengok bapak punya pokok-pokok cili dah membesar.  Bapak sekarang tengah gila tanam pokok cili. Ada macam-macam jenis pokok cili bapak.

Berderet pokok cili bapak tanam dalam pasu. Ada cili besar, ada cili api, ada cili purple yang gemuk pendek macam cili hiasan tu... ada yang bapak ambil benih dari rakan masjid dia... ada juga yang bapak beli.

Gemuk-gemuk dan subur pokok-pokok cili bapak. Ada yang baru mengeluarkan bunga, ada yang baru nak keluar putik dan ada satu jenis tu dah ada keluarkan hasilnya.

Rupa nya menurut bapak racun serangga untuk pokok cili lain dari racun serangga pokok biasa...  bunda pun baru tahu.  Kata nya Cina kedai nurseri tu bagitau bapak.



***Bapak memang suka bertanya.... sebab tu dia banyak tahu pasal tanaman ni...

22 ulasan:

  1. Kita ni kurang ilmu dalam bercucuk tanam KN itu yg tak sesubur bapak kita
    Tengok pokok cili yg subur pun dah geram belum tengok kelak buah-buah cili yg berwarna-warni dan macam-macam bentuk:)

    BalasPadam
  2. salam bunda ..
    sementara bapak masih ada,
    cungkil la ilmu tanaman tu sebanyak yg mungkin ..
    blh di manfaat dan diturunkan ilmu tu kt anak2 juga.

    BalasPadam
  3. hu3 kalau ada kat umah saya ,petik wat cicah budulah hari2

    BalasPadam
  4. Wkmsalam.
    Semoga bapak pn terus sihat untuk bertani.

    BalasPadam
  5. Memang subur tanaman bapak Bunda tu..
    Kita tengok pun geram..
    Elok jer gemuk2 :)

    BalasPadam
  6. rajin betul bapak bunda bercucuk tanam ya...gemuk nampak pokok2 cili dia kan. Saya pun suka bercucuk tanam...boleh geng dengan bapak bunda...hihii

    BalasPadam
  7. bestnya..suka tgk hasil hijau2 belaka

    BalasPadam
  8. Bapak tu tangan sejuk. Tanam semua menjadi. Bestnyaaa

    BalasPadam
  9. suka hati sangat tengok tanaman bapak menjadi

    BalasPadam
  10. Sejuk je mata memandang...

    BalasPadam
  11. Subhanallah... suburnya... berkebun dan bercucuk tanam ni mmg bagus untuk minda dan kesihatan badan... syukurlah... menjadi semuanya... :) :)

    BalasPadam
  12. Mmg kita tau jugak serba sedikit pasal tanaman yg kita tanam contohnya cili ni,kaknoor bru tau racun serangganya tk sama dgn tumbuhan lain bunda

    BalasPadam
  13. wah pandainya KN, memang menjadilah

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh! yer... pandainya KN?... atau bapak yang pandai? pandai becucuk tanam...

      Padam
  14. rajin bapak bunda bercucuk tanam..muga belliau sihat sejahtera..

    BalasPadam
  15. rajinnya bercucuk tanam...mesti bdn pun sihat ni ;-)

    BalasPadam
  16. tak rugi kalau bercucuk tanam sendiri

    BalasPadam
  17. Best kan dapat bercucuk tanam..Selain dari dapat hasil sendiri, badan juga sihat

    BalasPadam
  18. Agaknya sebab cili tu boleh makan kot KN tu yg lain dari racun serangga pokok biasa

    BalasPadam
  19. Agaknya sebab cili tu boleh makan kot KN tu yg lain dari racun serangga pokok biasa

    BalasPadam
  20. Menjimatkan.
    Petik sahaja dari kebun sendiri dan segar.
    Nak makan pun selamat.

    BalasPadam