Khamis, 16 Jun 2016
Resipi: Udang Masak Lemak Pucuk Ubi
Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....
Salam ramadhan kalian semua, rasanya dah lama bunda tak share resipi dengan kalian. Apa kata kita cuba resipi udang masak lemak pucuk ubi bunda ni. Resipi ni bukan lah special dan luar biasa sangat, cuma nak share apa yang telah bunda masak untuk juadah iftar keluarga bunda.
Bahan2nya:
1) Udang hidup yang kasar...ikut sukalah banyak mana.(di bersihkan, ketepikan)
2) Se cekak pucuk ubi, bunda petik dari laman bunda jer. (di celur dulu hingga lembut)
3) Santan secukupnya.
4) Cili masak dan cili padi secukupnya...ikut kepedasan. *
5) Bawang merah 3 biji + bawang putih 2 ulas.*
6) Kunyit hidup 1 inci / kunyit serbuk.*
7) Se batang serai di titik.
8) Sekeping asam keping/gelugur.
9) Sehelai daun kunyit di simpul...(kalau suka)
10) Serbuk perasa dan garam.
11) Bahan2 yang bertanda * di tumbuk lumat.
Cara memasaknya:
1) Masukkan santan, bahan2 yang di tumbuk, pucuk ubi, daun kunyit, serai dan asam keping kedalam periuk.... masak di atas api perlahan.
2) Apabila kuah dah mula mendidih masukkan udang dan perasa... kacau2 selalu hingga udang masak.
3) Siap untuk di hidangkan.
*** Ini lah cara bunda masak, cara orang lain mungkin berbeza... selamat mencuba. Selamat berpuasa dan berbuka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum Bunda....Selamat Berpuasa
BalasPadamsedapnya nampak
walaupun saya ni allregic udang, dapat lauk macam ni, confirm makan jugak...tapi lepas tu kena makan ubat..hihi
Bunda! Sedap yer bunda masak...ni lauk kegemaran julia tau bunda...nak cari pucuk ubi la nak masak weekend ni...besttt ye...TQ bunda kongsi resepi...
BalasPadamTak ada udang pun dah sedap inikan pula ditambah dengan udang, memanglah bertambah selera dibuatnya. Makan dgn nasi tanpa yg lain pun dah sedap:)
BalasPadambestnya, pucuk ubi dipetik di laman sendiri..menyelerakan, buat pedas2 sikit..perghh, bertambah-tambah nasi mcm ni..
BalasPadamsedapnya sayur pucuk ubi masak lemak apatah lagi ada udang memang sedap sangat kalau dapat buat berbuka ni..
BalasPadamSaya suka masak lemak ni, Bunda. Kalau ada dengan udang, lagilah sedap!
BalasPadamMmm...makan dengan ikan talang kering pula...memang sedap sangat!
BalasPadamsedapnya..rindu mak kat kampung
BalasPadamMASAK LEMAK PUCUK UBI BERUDANG SEDAP SGT TU...
BalasPadamalahai Bunda menu kampong macam ni mmg terbaik sangat
BalasPadamkaknoor ni bersabar saja disini menunggu balik nak masak semua menu2 fav hahaa
sedapnya.
BalasPadamBunda, sedaaaapnyerrr...kena cuba ni..tima kasih bunda share resipi ni
BalasPadamBanyak masak KN....habis ke tu?
BalasPadamSaya jarang masak pucuk ubi....entah kenapa. Selalunya pilih sayur yg boleh terus je KN
Banyak masak KN....habis ke tu?
BalasPadamSaya jarang masak pucuk ubi....entah kenapa. Selalunya pilih sayur yg boleh terus je KN
Sodap tu Bunda..
BalasPadamSedapnya....
BalasPadamW/salam... cantik warna kuahnya tu KN. buat kecur air liur je hehhehe...
BalasPadamW/salam... cantik warna kuahnya tu KN. Kecur air liur hehhehe...
BalasPadamAssalamualaikum Bunda...petang2 baca entry Bunda ni... tergoda dibuatnya...
BalasPadamsalam bunda ...
BalasPadammenu yg menarik ..
udang ngan pucuk ubi ...
blh mencuba sama tu !!!
sedapnya bunda...
BalasPadamDah lama tak makan pucuk ubi.. kena cari ni..
BalasPadamWahhh.. sedap sangat nie.. nyum2
BalasPadamWah sedapnya nampak Bunda... klu tak buat berbuka, buat hidangan sahur pun sgt2 menyelerakan ni... best2.. :)
BalasPadamWah ini makanan cukup menyelerakan.
BalasPadamTerima kasih berkongsi.
Bila diberi kelapangan InsyaAllah nak cuba ini memandangkan boleh gunakan bahan seperti pucuk ubi dan santan dari kebun sendiri.
Udang pula seafood kegemaran.
sedapnya bunda
BalasPadam