Khamis, 16 Jun 2016

Resipi: Udang Masak Lemak Pucuk Ubi



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Salam ramadhan kalian semua, rasanya dah lama bunda tak share resipi dengan kalian.  Apa kata kita cuba resipi udang masak lemak pucuk ubi bunda ni.  Resipi ni bukan lah special dan luar biasa sangat, cuma nak share apa yang telah bunda masak untuk juadah iftar keluarga bunda.


Bahan2nya:

1) Udang hidup yang kasar...ikut sukalah banyak mana.(di bersihkan, ketepikan)
2) Se cekak pucuk ubi, bunda petik dari laman bunda jer. (di celur dulu hingga lembut)
3)  Santan secukupnya.
4)  Cili masak dan cili padi secukupnya...ikut kepedasan. *
5) Bawang merah 3 biji + bawang putih 2 ulas.*
6) Kunyit hidup 1 inci / kunyit serbuk.*
7) Se batang serai di titik.
8) Sekeping asam keping/gelugur.
9)  Sehelai daun kunyit di simpul...(kalau suka)
10) Serbuk perasa dan garam.
11) Bahan2 yang bertanda * di tumbuk lumat.


Cara memasaknya:

1) Masukkan santan, bahan2 yang di tumbuk, pucuk ubi, daun kunyit, serai dan asam keping kedalam periuk.... masak di atas api perlahan.

2)  Apabila kuah dah mula mendidih masukkan udang dan perasa... kacau2 selalu hingga udang masak.

3)  Siap untuk di hidangkan.



*** Ini lah cara bunda masak, cara orang lain mungkin berbeza... selamat mencuba. Selamat berpuasa dan berbuka.



26 ulasan:

  1. Assalamualaikum Bunda....Selamat Berpuasa
    sedapnya nampak
    walaupun saya ni allregic udang, dapat lauk macam ni, confirm makan jugak...tapi lepas tu kena makan ubat..hihi

    BalasPadam
  2. Bunda! Sedap yer bunda masak...ni lauk kegemaran julia tau bunda...nak cari pucuk ubi la nak masak weekend ni...besttt ye...TQ bunda kongsi resepi...

    BalasPadam
  3. Tak ada udang pun dah sedap inikan pula ditambah dengan udang, memanglah bertambah selera dibuatnya. Makan dgn nasi tanpa yg lain pun dah sedap:)

    BalasPadam
  4. bestnya, pucuk ubi dipetik di laman sendiri..menyelerakan, buat pedas2 sikit..perghh, bertambah-tambah nasi mcm ni..

    BalasPadam
  5. sedapnya sayur pucuk ubi masak lemak apatah lagi ada udang memang sedap sangat kalau dapat buat berbuka ni..

    BalasPadam
  6. Saya suka masak lemak ni, Bunda. Kalau ada dengan udang, lagilah sedap!

    BalasPadam
  7. Mmm...makan dengan ikan talang kering pula...memang sedap sangat!

    BalasPadam
  8. sedapnya..rindu mak kat kampung

    BalasPadam
  9. MASAK LEMAK PUCUK UBI BERUDANG SEDAP SGT TU...

    BalasPadam
  10. alahai Bunda menu kampong macam ni mmg terbaik sangat
    kaknoor ni bersabar saja disini menunggu balik nak masak semua menu2 fav hahaa

    BalasPadam
  11. Bunda, sedaaaapnyerrr...kena cuba ni..tima kasih bunda share resipi ni

    BalasPadam
  12. Banyak masak KN....habis ke tu?
    Saya jarang masak pucuk ubi....entah kenapa. Selalunya pilih sayur yg boleh terus je KN

    BalasPadam
  13. Banyak masak KN....habis ke tu?
    Saya jarang masak pucuk ubi....entah kenapa. Selalunya pilih sayur yg boleh terus je KN

    BalasPadam
  14. W/salam... cantik warna kuahnya tu KN. buat kecur air liur je hehhehe...

    BalasPadam
  15. W/salam... cantik warna kuahnya tu KN. Kecur air liur hehhehe...

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Bunda...petang2 baca entry Bunda ni... tergoda dibuatnya...

    BalasPadam
  17. salam bunda ...
    menu yg menarik ..
    udang ngan pucuk ubi ...
    blh mencuba sama tu !!!

    BalasPadam
  18. Dah lama tak makan pucuk ubi.. kena cari ni..

    BalasPadam
  19. Wahhh.. sedap sangat nie.. nyum2

    BalasPadam
  20. Wah sedapnya nampak Bunda... klu tak buat berbuka, buat hidangan sahur pun sgt2 menyelerakan ni... best2.. :)

    BalasPadam
  21. Wah ini makanan cukup menyelerakan.
    Terima kasih berkongsi.
    Bila diberi kelapangan InsyaAllah nak cuba ini memandangkan boleh gunakan bahan seperti pucuk ubi dan santan dari kebun sendiri.
    Udang pula seafood kegemaran.

    BalasPadam