Sabtu, 30 Julai 2016

Rendang Tok Bukan Rendang Opah

rendang tok dari dapur bunda

Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Kalau sebut jer rendang tok... sinonim dengan orang Perak, tapi sekarang ni mana-mana pun pergi, orang dah banyak buat dan hidangkan rendang tok ni...apa lagi sebagai
juadah hari raya ...ada yang komersialkan juga.

Pada raya hari tu bunda pun ada juga buat rendang tok ni.

Bila teringat kecik-kecik dulu tersenyum sendiri cerita rendang tok ni. Masa tu kat kampung, masa hari raya...cucu-cucu opah termasuk bunda selalu bertanya opah kami...

"Opah, kenapa orang panggey rendang tok bukan rendang opah,
kan opah yang masak...bukan atok?" 


kue teaw hailam

Itu soalan bunda dan adik-adik masa kecik...yang sampai kini tiada jawaban.
Kini anak-anak bunda pula selalu bertanya soalan yang sama...pun tiada jawaban yang tepat dari mana asal usulnya yang mendapat nama rendang tok.
Macam tu jugak makanan lain seperti mee bandung, ais bandung, mee hailam dan banyak lagi. Last-last, lebih baik makan jer lah hai...tak payah pening kepala
nak tahu asal usulnya.

Orang dulu-dulu memang kreatif pandai kasi nama, lekat sampai sekarang.




Ni kisah budak bertuah ni pulak, orang dok sibuk pasal rendang tok, dia tak habis-habis kira duit raya. Kalau ada orang kasi, kat situ jugak dia buka sampul...

Dia cakap nak tengok, duit merah ke...duit biru ke...duit hijau ke...macam-macam
lah ko Zarif.

***Budak zaman sekarang kan...kecik-kecik dah mata duitan, haha :D

18 ulasan:

  1. assalamualaikum Bunda
    kannnn memang betul kalau fikirkan pasal asal usul memang fenin
    sama jugak dengan mee mamak, kita yg penat2 buat mamak yg dpt nama hahaha
    alahai zarif dah pandai kira duit ke, cucu kaknoor belum lagi tk kisah pun orang nak bagi ke tak duit raya belum pandai lah tu

    BalasPadam
  2. agaknya rendang tu opah buat utk tok setiap kali raya heh..heh...wah seronok zarif kira duit raya bnyk rezkinya tu.

    BalasPadam
  3. Yalah bunda,kenapa ya dipanggil rendang tok,kenapa tak opah ke nenek ke....tak payah lah kita pening kepala kan...janji rendang tok memang sedap ..
    Budak2 biasalah bunda ,teruja bila dapat duit raya apatah lagi warna warni dapat nya.

    BalasPadam
  4. Lama dah tak makan rendang tok nie.. memang sedap

    BalasPadam
  5. Opah yg masak tapi yg mahukan makan rendang tok jadi panggil rendang tok hihi...
    Saje aje kakak nak lawak dgn KN:)

    BalasPadam
  6. ha ha ha.. betul lah bunda ... kita pun asyik tanya tapi tak de jawapan.

    kih kih kih

    BalasPadam
  7. Suka makan rendang tok tapi belum pernah cuba buat sendiri

    BalasPadam
  8. biasa la tuh.. budak2. hehehe

    BalasPadam
  9. rendang tok makan dgn lemang..huhu..sedapnya..

    Zarif, Zarif...hihi..budak2 selalu mcm tu..

    BalasPadam
  10. Hehe..kalau nak cari asal usul nama makanan mesti sukar kan

    BalasPadam
  11. Hehee... mcm2 kan Bunda... tp selera tngok rendang tok tu... :) :)

    BalasPadam
  12. Sedapnya tengok rendang tok yang bonda masak tu

    BalasPadam
  13. Bunda bagi lah resepi rendang tok aka rendang opah ni..
    Nampak sedap lah bunda..
    Boleh saya cuba raya haji nanti :)

    BalasPadam
  14. Sedapnya nampak rendang Tok tu...
    Tak pernah cuba buat lagi

    BalasPadam
  15. sedap rendang tok. rendang kalau pandai buat memang cepatlah habisnya.

    BalasPadam
  16. soalan mencabar tu bunda...jenuh gak nak jawab hahaahahah.... lieya suke rendang tok nie...beza rase dgn rendang biase...kalo dpt cecah lemang mmg meletop2 kat mulut dibuatnyer lah....

    BalasPadam
  17. sedapnya rendang tok....untung anak bunda masih boleh merasa hidangan yang bunda masakkan...

    tertanya-tanya juga kenapa rendang tok

    BalasPadam
  18. smpi ke sudah mmg x dpt nk cari nama asal usul makanan ni ;-)

    BalasPadam