Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Julai 2016

Rendang Tok Bukan Rendang Opah

rendang tok dari dapur bunda

Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Kalau sebut jer rendang tok... sinonim dengan orang Perak, tapi sekarang ni mana-mana pun pergi, orang dah banyak buat dan hidangkan rendang tok ni...apa lagi sebagai
juadah hari raya ...ada yang komersialkan juga.

Pada raya hari tu bunda pun ada juga buat rendang tok ni.

Bila teringat kecik-kecik dulu tersenyum sendiri cerita rendang tok ni. Masa tu kat kampung, masa hari raya...cucu-cucu opah termasuk bunda selalu bertanya opah kami...

"Opah, kenapa orang panggey rendang tok bukan rendang opah,
kan opah yang masak...bukan atok?" 


kue teaw hailam

Itu soalan bunda dan adik-adik masa kecik...yang sampai kini tiada jawaban.
Kini anak-anak bunda pula selalu bertanya soalan yang sama...pun tiada jawaban yang tepat dari mana asal usulnya yang mendapat nama rendang tok.
Macam tu jugak makanan lain seperti mee bandung, ais bandung, mee hailam dan banyak lagi. Last-last, lebih baik makan jer lah hai...tak payah pening kepala
nak tahu asal usulnya.

Orang dulu-dulu memang kreatif pandai kasi nama, lekat sampai sekarang.




Ni kisah budak bertuah ni pulak, orang dok sibuk pasal rendang tok, dia tak habis-habis kira duit raya. Kalau ada orang kasi, kat situ jugak dia buka sampul...

Dia cakap nak tengok, duit merah ke...duit biru ke...duit hijau ke...macam-macam
lah ko Zarif.

***Budak zaman sekarang kan...kecik-kecik dah mata duitan, haha :D

Selasa, 26 Julai 2016

Penghujung Syawal




Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Hari ni dah 21 Syawal, dah masuk minggu akhir kita beraya.
Ada yang masih dapat jemputan rumah terbuka ke agak nya hujung minggu ini?
atau ada yang baru nak buat rumah terbuka?

Rasa-rasanya banyak ke lagi biskut raya kalian? cer gi cek kat dapur...
Bunda ni dah lah tak banyak jenis biskut, sebabnyer banyak yang 'tunjuk-tunjuk' ajer...
Dah tinggal serba sedikit bunda satukan dalam satu bekas...


Semalam anak bunda yang lelaki tu tercari-cari sesuatu kat dapur....cari biskut raya katanya... dah habis ke?  Bunda bagitahulah
ada dalam satu bekas.

Bukan anak bunda jer, bunda sendiri pun hujung-hujung raya ni galak pulak mengunyah biskut raya. Masa tengah banyak haritu tak berapa nak laju pun.
Lebih pilihan pada juadah basah seperti rendang, lemang, nasi impit, lontong dan
sewaktu dengannya.

Sampai kan tongging balang, dapat yang serdak-serdak pun jadi lah...
bawak duduk depan tv makan berdua dengan anak... tak der makna nya nak tambah beli lain apa lagi nak buat sendiri...



***Serdak pun serdak lah ...kan...ha ha ha...





Khamis, 30 Julai 2015

Ragam Zarif Dan Kad Ucapan Raya



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Dipagi lebaran kedua Zarif datang kerumah bunda dengan sebalang biskut raya lengkap berpakaian baju melayu rayanya. Dia cakap nak beraya dengan Mak Nora. Dia datang sorang......mummy anta depan gate. Biasalah Zarifkan...rumah bunda ni rumah keduanya.


Bila dah berjumpa dengan anak-anak bunda siaplah Zarif kena buli. Sessi bergambar pun bermulalah. Pada mulanya Zarif mahu jer ikut gaya dan posing yang diarahkan...lama-lama bila dah penat mulalah datang bosan dan mengada-ngadanya tu.


Biasalah kalau Zarif dah berjumpa dengan anak-anak bunda...siap kena peluk cium sampai lemas dia. Di hari raya ketiganya Zarif datang lagi...lepas makan, anak-anak bunda bawa dia keluar berjalan raya...bunda tak ikut...ada tetamu.|


Kad ucapan raya dari blogger Iryanti Ahamad (pink besar), dari blogger Cma Shiema (yang tengah hijau),
dan dari  blogger Yana Yani (putih)..

Bukan hanya kad tapi Iryanti ada selitkan juga sebuah buku zikir kecil untuk Bunda....manakala sampul dan
ang pau tu dari Cma untuk Zarif...
untunglah Zarif dah dua tahun dapat ang pau dari aunty Cma yer...




***Begitulah ragam Zarif dipagi raya bersama bunda dan anak-anak... juga ucapan terima kasih Bunda kepada yang menghantar kad ucapan raya untuk Bunda...
Saaayang kalian semua....