Selasa, 16 Ogos 2016

Limau Kasturi Berbuah Lebat


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Dulu pernah bunda update hal pokok limau kasturi bunda yang sedang ramah
berbunga dan berputik

DISINI

Sekarang ni pokok yang sama telah menghasilkan buah yang lebat dan tak putus-putus.

Bunda selalu petik buat jus, sedap rasanyer tekak di hari panas minum baik yang suam atau sejuk..  Selain itu boleh buat cuci ikan dan buat sambal belacan.

Tak rugi bunda bersabar sepanjang menanam nyer dulu yang mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasilnyer..

Alhamdulillah...


Yang ini pulak anak pokok limau nipis. Pada mulanya saje jer bunda taburkan bijinyer atas tanah dan dalam pasu.

Rupa-rupanyer tak berapa hari bunda dapati bijinyer dah bertunas 2 3 pokok. Bunda ambil sepokok tanam dan siram dalam pasu.

Tengoklah, nampaknyer dah nak membesar tu... Seronok rasanyer bunda..
Nanti sikit hari membesar pulak pokok limau nipis bunda....

InsyaAllah


***Jenuhlah pulak lepas ni nak makan dan tuai 3 jenis buah limau dilaman bunda...
he he..

26 ulasan:

  1. lebat buah tu...buat teh ais limau..ltk limau kasturi mmg sedap la...

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum... bunda,

    wahhh... best nyer pekena air limau kasturi... lebat pulak buahnya rezeki.

    mselim3

    BalasPadam
  3. Memang berbaloi sungguh kalau itulah hasilnya
    Melayut-layut dan lebat. Geram kakak tengok:)

    BalasPadam
  4. LEBAT BUAHNYA TU...TAPI KALAU TANAH DI ATAS TANAH TENTU LEBIH RENDANG N LEBAT LAGI..NK MENGALIHNYA BIMBANG MATI PULA KAN BUNDA..NAMPAK ELOK JE TUMBUH DLM PASU BERBUAH LEBAT PULA OKLH TU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu K.Paridah, nak diubah2 lagi takut merajuk pulak, biar lah dalam pasu tu...sementara masih subur... pasunya pun agak besar...sebab sebelum membesar haritu bunda dah siap ubah dalam padu besar...

      Padam
  5. ibu_suri ada juga tanam pokok limau purut lama dulu. tak berbuah pun tapi berdaun lebat. tak guna pun sebab tak rajin memasak.

    sekarang bermasaalah pula. nak dibuang atau dicantas, sayang daunnya. ak dibiarkan pula, makin menghutan. nak jual, ntah berapa duit je harganya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biar jer kat situ IM...jangan dibuang... cantas jer kalau tinggi sangat, untung2 berbuahlah dia.

      Macam pokok limau purut bunda dulu pun cmtu, hampir fedup... tapi bunda tetap bajai dan cantas..last2 berbuah dia ...lebat,berlawan2 ngn limau kasturi ni tak terpakai... hari2 mandi air limau .. daunnya selain makan sendiri...jiran2 minta kasi jer...

      Padam
  6. tak payah pi kedai lagi .) fresh from ladang gitew

    BalasPadam
  7. Best tu Bunda ada tiga jenis tanaman limau di laman rumah. Tak payah susah-susah nak membeli. Asal teringin nak minum/guna, petik ajelah di depan rumah.

    BalasPadam
  8. walaupun pokoknya kecik tapi lebat buahnya bunda.Pokok limau kasturi sya tanam bertahun2 dah besar pun pokoknya tapi sebiji buah pun belum keluar lagi.

    BalasPadam
  9. Memang seronok bila tengok hasil tuaian, lebih lagi limau. Banyak kegunaan..boleh picit atas mi goreng, kalau masak megi pon, limau ni jugak dicarik. Nak buat sambal ulaman, bahan penting mestilah limau..

    BalasPadam
  10. alhamdulillah...seronok tengok pokok yang kita tanam berbuah kan.lepas ni nak masak boleh petik je, tak payah pergi kedai dah.hehe

    BalasPadam
  11. waaahhh..kecik2 lagi dah berbuah...lebat plok tu..senang nak kutip...kat umah ita pokok dia tinggi..buah pun banyak..nak ambik kena pakai galah tu yang biar je buah tu buruk jatuh...huhuhu

    BalasPadam
  12. Bestnya bonda..
    Lebat buahnya..Sedap buat air limau asam boi :D

    BalasPadam
  13. Assalammualaikum Bunda.

    Seronoknya dapat bercucuk tanam..Saya rumah bertingkat2, dengan peraturannya lagi tak boleh buat itu ini.

    BalasPadam
  14. Limau nipis mengambil masa yang lama untuk berbuah berbanding limau kasturi.

    BalasPadam
  15. Wkmsalam.
    Alhamdulillah, dapatlah menuai hasil tangan sendiri.

    BalasPadam
  16. wahh alhamdulillah... puas dan seronok dpt merasa hasil mcm ni kan Bunda.. syukurlah... bestnya.. :)

    BalasPadam
  17. Sekarang ni harga limau dah mahal. Untung kan Bunda dapat merasa hasil tangan sendiri yang pasti segar.

    BalasPadam
  18. itulah nekcik pun rasa nak kena bertanam sayur camni jugak..daun limau purut..daun kunyit dan pandan

    BalasPadam
  19. Bukan calang calang pokok tu KN. Nampak je kecik tap buahnya lebat. Rezeki dari Allah...
    Sampai jemulah nampaknya KN minum air limau ye hihi...

    BalasPadam
  20. wee,..pokok kecik buat lebat..terbaik..:)

    BalasPadam
  21. geramnya tengok. Berketul-ketul buahnya. Pokok saya pun tak jadi begini..

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum bunda, semoga sentiasa di dalam kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, bergugus-gugs buahnya, geram pulak rasa. Limau kasturi tu dapat cecah dengan asam masin sedapnya.

    BalasPadam
  23. Limau kasturi paling sedap nak diperah buat sambal belacankan.

    BalasPadam