Khamis, 8 Disember 2016

Diserang Kelekatu

gambar google

Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Malam tadi dalam pukul 11.30 malam, bunda baru saja masuk tidur... sebelum itu, bunda turun kedapur untuk menadah air sinki, sebab ditempat bunda ni ada catuan air.  Bila malam... bekalan air dah keluar sibuk masing-masing menadah air. 
Tiba-tiba terdengar anak lelaki bunda dari bilik tidurnya panggil bunda..."mak ada banyak kelekatu ni, bilik mak ada tak?"

Bunda pun keluar bilik dan terkejut tengok banyak kelekatu menghurung lampu tangga.. "Ya Allah! banyaknyer.. kat bilik mak takder pun.. tutup lampu cepat!"  Kita orang pun segera ambil penyembur serangga..  banyaknyer luar biasa... Pernah juga sebelum-sebelum ni dirumah dimasukki kelekatu, tapi tak lah sebanyak ini.

Menurut anak bunda dia baru tidur, dia pun sebenarnya baru jer balik dari kerja... pastu terdengar kipas angin berdiri dibiliknya macam bunyi berdengung tetiba.  Bila dia buka lampu terkejut tengok banyak kelekatu menghurung tepi kipas angin, sebab disitu ada meja tulis dan ada lampu tidur.

Lepas tu dia tutup lampu tidur dan keluar bilik panggil bunda. Ditangga pun ada lampu.
Disitu pulak dihurung  kelekatu tadi. Maka riuh dan kelam kabut juga lah bunda dua beranak malam tu menyembur dan menyapu bangkai dan sayap-sayap
yang banyak bertaburan.

Tak pernah seumur hidup bunda melihat kelekatu menyerang sebanyak itu. Sampai geli geleman..sebab sambil menyapu sempat serangga ni masuk dalam baju dan berdengung ditepi muka...hampir masuk telinga.

gambar google

Bangun pagi tadi bunda teringat lagi hal kelekatu yang banyak luar biasa malam tadi. Bunda pun segera google.  Maka ini lah hasil carian bunda  DISINI

"Kelkatu atau dalam bahasa Inggeris di panggil sebagai ‘Termite Swarmers’ merupakan satu peringkat kitaran hidup bagi serangga anai-anai (termite). Anai-anai merupakan serangga bersosial yang mempunyai kitaran hidup dari telur, nim, pekerja, askar, anai-anai dewasa berkepak (kelkatu), jantan dan ratu. Kelkatu merupakan fasa terakhir untuk anai-anai dewasa jantan dan betina mengeluarkan kepak dan ‘swarming’ kekawasan baru secara berpasangan untuk proses pembiakan."

Baru bunda tahu rupanya kelekatu berasal dari anai-anai. Setahu bunda masa kecik-kecik dulu dengar orang tua-tua cakap, kalau ada kelekatu masuk rumah tandanya ada cendawan banyak nak tumbuh.
Lepas tu kita sekadar on salah satu lampu dan tadah besen air dibawahnya. Bila ada yang mati atau jatuh, terus masuk dalam air.  Macam tu jer, settle. Tapi yang ini terlalu banyak, tak tertadahkan air pun, selain dari sembur jerlah.


Setelah mengetahui asal usul kelekatu ni, baru bunda teringat... dirumah bunda ni pun banyak juga anai-anai. terutamanya dibingkai-bingkai pintu.
Bunda tinggal dirumah teres dua tingkat.
Bilik kecil ditingkat bawah bunda letak barang-barang yang jarang dipakai. Juga sebagai bilik tetamu sekiranya ada saudara yang datang.

Bingkai pintu bilik ini lah yang paling banyak anai-anai sebelum ini dan dah reput teruk pun. Tiap kali ada jer ternampak anai-anai keluar, anak bunda akan  sembur dengan penyembur serangga.
Dan dah lama dah sebenarnya tak nampak dah anai-anai ni.
Sehingga lah malam tadi apabila rumah bunda diserang kelekatu yang luar biasa banyaknya.



***boleh rujuk disini. juga..  https://ms.wikipedia.org/wiki/Anai-anai

20 ulasan:

  1. Oh baru tahu rupanya ada kaitan dengan anai2 juga.Selama ni tak terfikir nak google sebab dah terbiasa sejak kecil ,kata orgtua tanda2 nak ribut.

    BalasPadam
  2. rumah angah duduk ni pun bersarang sana-sini si anai-anai...takut rasanya

    BalasPadam
  3. Betul tu Bunda klau ada kelkatu yu tandanya ada anai anai..sbb rumah nekcik haritu jadi camtu..mmg bnyak anai anai

    BalasPadam
  4. Baru tau hubung kait kata antara dua jenis tu..

    BalasPadam
  5. baru tau asal usul kelkatu..rimas jg kalau byk kelkatu..moga tiada lg masalah..

    BalasPadam
  6. Anai2 ni jangan dibuat mudah. Kena buna queennya baru selamat.
    Saya baru panggil pest control sebab ada kesan anai2. Sekarang queen tu dah mati, rumah selamat.

    Kena betul cari pest control yg arif tentang anai2 kalau tidak rumah habis di makan anai2. Kos panggil pest control yg arif pun agak tinggi,

    BalasPadam
  7. RISAU JUGA RUMAH BNYAK ANAI-ANAI TERUTAMA RUMAH KAYU KENA SEMBUR DGN RACUN ANAI2 TU.

    BalasPadam
  8. sy plg seriau ada anai2 atau bubuk. pintu umah sy tanpa sedar kosong n bila tolang terus terlopong..eeee ms tulis ni pun sy dah meremang

    BalasPadam
  9. la...saya baru tahu ada kaitan dgn anai2...rumah saya skrg ni pun tgh teruk diserang anai2...skrg tgh duk cari pest control...huhu...

    BalasPadam
  10. Pernah dgr pasai ni...bila anai2 byk mcm2 mslh dtg...Nur cukup takut malah geram gak dgn anai2 ni...habis rumah kn

    BalasPadam
  11. Rumah saya pernah kena serangan anai2. Mmg teruk. Saya try curah minyak tanah disepanjang lalauan anai2. Alhamdulillah, dah lebih 10 thn, mmg anai2 tak dtg lg.

    BalasPadam
  12. Saya panggil laronn. hahahha

    BalasPadam
  13. rumah lama kami pun teruk dikerjakan anai-anai.. ada kawan pula alami dimana kabinet dapur runtuh disebabkan anai-anai..

    BalasPadam
  14. Dulu2 kalau kelkatu banyak orang kata tanda nak hujan.

    BalasPadam
  15. ohhh baru tau lah bunda kaitan kelkatu dan anai-anai
    alhamdulillah kat sini jarang jugak jumpa kelkatu
    maknanya takde lah anai2 tu kan heee alhamdulillah

    BalasPadam
  16. saya baru tahu kaitan kekatu dan anai2. baru faham. mujur jugasini takde juga kekatu

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum bunda, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Memang kelkatu berasal daripada anai-anai. Masa kecil-kecil dulu seronok sangat main dengan kelkatu ni, dicabut kedua sayap kemudian dilepaskan..hehehe tapi tu dulu.La ni dah insaf dah hehe. Apa pun anai-anai ni bukan boleh diabaikan, lama-lama habis runtuh dikoreknya. kena panggil killpest tu.
    #Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut maulid ar-Rasul kepada bunda sekeluarga. Mudah-mudahan kedatangan hari bersejarah ini akan meningkatkan lagi kecintaan kita kepada baginda saw. Allahumma solli `ala saiyidina Muhammad, wa `ala alihi wa sahbihi ajma`in...

    BalasPadam
  18. saya kalau der banyak kelkatu masa kat kampungler nii.. bergelap... sebab dia cari lampukan... bukak lampu kat tempat yang kita tak der nak nyembang bagai.. tapi kalau banyak memang rimasler...

    BalasPadam
  19. baru tau kelekatu berasal dari anai2...dulu2 kalau kat kg..kalau ada kelekatu...buat macam tu la..letak air dalam besin...tp kalau banyak sangat...mmg geli la..

    BalasPadam