Isnin, 28 November 2016

Majlis Konvokesyen Zarif




Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Bersua lagi kalian semua setelah beberapa minggu ni bunda menyepi diri. Tak kemana pun,  bunda ada jer... cuma tak update ..

Macam biasalah, tiap bulan bunda terpaksa berulang alik kekampung. Bulan November ni jer dah dua kali bunda berulang kekampung.

Penat memang lah penat, dalam usia begini, penyakit pun sering menyinggah, kadang terasa nak diam jer dirumah.. tak nak kemana-mana....takut tumbang kat jalan.  Tapi nak buat macam mana kan,  dah kewajiban dan tanggung jawab bunda..

Disini anak-anak masih perlukan bunda. Disana ada orang tua satu-satunyer lagi yang perlu bunda ziarah.  Kalau lama bunda tak balik, ada lah bapak asyek telefon bunda.. Dia tak suruh pun balik, tapi cara dan nada suaranyer tu kita faham.

Orang tua, apa lagi yang dia nak dari kita, selain perhatian. Kita pun nanti kearah itu jugak nanti. Terpaksalah bunda berulang alik.  Gagahkan diri. Walaupun kadang-kadang diri sendiri pun bukan segagah dulu.  Siapa yang pernah tahu situasi bunda akan faham keadaan sebenar bunda...

Hanya kesabaran jer yang masih menguatkan diri bunda ini untuk terus gagah macam tak ada apa-apa terjadi.  Bunda jalani hidup macam biasa, taknak terus runsingkan kepala...tak nak manja kan diri dan ikut perasaan .. tak nak.. tak nak.  

Kalau tak berjumpa rakan-rakan sebaya di alam nyata ini... borak-borak orang tua, ikut majlis ilmu, bunda akan lekakan diri dengan layan laman sosial dan menonton  tv...kadang-kadang berkebun sikit-sikit...yang mana bunda mampu untuk elakkan stress... rakan-rakan sebaya pun kebanyakkannya buat benda yang sama.

Bunda tak boleh terlalu lama tumpuan diskrin monitor,  yang mana boleh menyebabkan mata bunda cepat berair dan pening.

Sedangkan diskrin henfon pun pedih dan berpinar mata mengadap lama-lama, apa lagi laptop atau komputer.  Sekarang ni, apa yang bunda buat,  bunda terhibur dan terisi masa bunda dengan aktiviti yang sehat dan yang bunda gemari. 

Yang membezakan bunda dengan mereka, mereka masih ada tanggung jawab sebagai isteri selain sebagai ibu. Ada suami untuk ditunggu kepulangan lepas kerja, lepas masjid...sama-sama kemasjid dengan suami.... tapi bunda lain.. anak-anak pun dah besar, dah kerja, dah kawen...

Dulu semasa bunda aktif kumpulan yassin dan marhaban pun, lepas abes aktiviti, bunda terus balik rumah.  Bunda jarang lepak berborak kosong.  Dunia bunda banyak habiskan dirumah bersama keluarga.

Nak keluar pun dengan anak-anak.  Kalau kat kampung adek-adek bawa lepak, makan rojak, minum cendol kat tepi jalan.  Kadang-kadang jalan-jalan lake garden...dengan bapak sekali.

Anak-anak pun tak suka tengok bunda stress-stress... buat lah apa yang  mak selesa, yang boleh elakkan stress mak.

Okaylah.. jangan stress-stress, jom kita layan cerita Zarif pulak.



Pada Sabtu 26hb November yang lalu, Tadika Kasih Dinamik Muhamad Zarif Umar telah
meraikan Majlis Konvokesyen, penyampaian sijil dan hadiah dan acara konsert untuk pelajar-pelajarnya.

Majlis diadakan di Dewan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Zarif ada bagi kad jemputan untuk bunda ke majlis itu... lagi sekali bunda tak dapat pergi menyaksikan hari bersejarahnya...

Kesian Zarif, seperti bulan April yang lalu (tiba-tiba bunda jatuh sakit, berminggu juga, berulang ke PPUM)... bunda tak dapat hadir menyaksikan hari sukan sekolahnyer...sekali ni pun sama.

Nak buat macam mana, kesihatan bunda tak mengizinkan. Lagi pun jauh jugak kat UPM tu... Bunda tak boleh diam setempat dalam kelompok ramai-ramai macam tu.  Pening,
memang sejak kebelakangan ni bunda tak boleh tumpukan sangat satu-satu benda.

Seperti membaca atau menonton tv atau berjalan-jalan dalam kelompok ramai.... cepat penat, mata bunda juga cepat berair dan kabur.  Anak-anak menantu jer selalu ajak bunda keluar... ambil angin, jalan-jalan...makan-makan kat luar.  

Kadang tu bunda ikut jugak. Tak nak lah ikut kan sakit, memerap jer kat rumah...nanti lagi sakit.  Okaylah  kita sambung cerita kisah Zarif lagi.



Pagi tu sebelum Zarif pergi, bunda mesej dia... bunda ucapkan selamat dan tahniah kat dia.. "Tahniah Zarif, petang ni Zarif nak pergi konvo kan,  good luck...nanti share gambar ngan mak..take care, i love u"

Zarif jawab.. "nanti petang sikit baru kita pergi dengan mommy ngan papa, kita tak ikut dengan cik gu.... kita nak pergi konvo kat UPM, .. pastu kita ada konsert tau mak"

"ye ye mak tahu, nanti buat elok-elok tau.. okay c u..gud luck...i love u"

"ok mak..i love u to...take care"

Sebelum pergi dalam pukul 12 pm tu Zarif singgah rumah bunda, dia salam, peluk dan kiss bunda..  adoii.. sabo jerlah..  dah bape banyak sabo dah mak ko ni zarif..  rasa nak gugur air mata ni pandang dia lambai-lambai dalam kereta...selagi nampak mak......



Malam tu Zarif share ngan bunda, Kak Nana n Kak Ngah gambar-gambar dan video konsert dia. Sibuk lah bercerita dengan Kak Nana,
"tahun depan kita dah nak sekolah betul dah...sekolah atas bukit".. (memang sekolah kebangsaan tu atas bukit sikit pun, tak jauh dari Taman Kami)

Sejak bunda jatuh sakit April lepas... Zarif dah tak duduk lagi dengan bunda..lagi pun bunda selalu berulang kampung....  Tapi biasalah Zarif dengan keluarga bunda tak boleh dipisahkan.. Kalau dah datang memang liat nak balik..sampai kena gertak dengan papa.

Sebenarnya banyak cerita bunda nak share, kisah bapak, sicomel kucing kesayangan bapak, kebun bunda dan pokok nenas bunda...tapi nanti lah.  Line kat rumah bunda ni pun bukan ok sangat

Okay, sekian saja buat kali ini, semoga berjumpa lagi dilain siaran...InsyaAllah kalau panjang umur.


*** alaa shayang mak ni, tomey bucuk bucuk mak nora sorang ni... dah nak sekolah dah..dah besar dah dia... dari umo 6 bulan mak ngasuh dia.. Tak tau lah.. sempat ke tak umur mak 6 tahun akan datang nanti nak tengok Zarif grad lepas UPSR pulak kan..



27 ulasan:

  1. Tahniah zarif.. dah konvo dah tu..
    Semoga terus cemerlang dalam pelajaran ye..

    Ye lah Bunda..
    Bila umur dan semakin banyak ni ada saja peyakit yang singgah kan..
    Semoga bunda terus diberikan kesihatan yang baik hendaknya..

    BalasPadam
  2. Mengalahkan anak sendiri Zarif ni dgn keluarga KN
    Anak kalau kita sayang padanya dia pun tahu menilai.
    Cuma itulah terkilan mak yg disayang tak dpt berama itu yg dia terkilan pastinya

    Jenguk bapak tu selagi mampu KN
    Kita dah jadi mak-mak memang faham perasaan bila rindu pada anak kan..

    BalasPadam
  3. TAHNIAH ZARIF DH KONVO DI UPM LAGI...BUNDA JAGA DIRI JAGA KESIHATAN SAMBIL LAKUKAN TANGGUNGJAWAB KEHIDUPAN..

    BalasPadam
  4. Yang penting, jaga kesihatan Kak Nora.
    Semoga sihat dan dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  5. Semoga Bunda cepat sembuh seperti sediakala, jaga kesihatan..

    tahniah Zarif, dah nak Darjah 1..

    BalasPadam
  6. Tahniah zarif..
    Take care bunda

    BalasPadam
  7. Take care bunda...

    seronok tgk budak2 skrg siap ada konvo bagai macam org besar

    BalasPadam
  8. Biasalah KN....fahamnya saya. Ada org tua lagi kita ni, mmg kena ulang aliklah menjenguk diaorang walaupun letih.

    Sama je ngan mak saya KN, rajin gak menelefon saya, soklan tak de lain tanya bila nak balik jenguk dia. Org tua biasalah...

    Tahniah Zarif...dah mcm anak sendiri ye KN Zarif ni pada KN, dah bela dari kecik

    BalasPadam
  9. Jaga kesihatan ye bunda..semoga bunda sentiasa sihat dan dapat melakukan ibadah dengan sempurna aminnn

    BalasPadam
  10. Tahniah zariff tahun depan masuk sekolah lah ye

    BalasPadam
  11. Tahniah Zarif. Darjah 1 tahun depan yerp.

    Take care bunda.

    BalasPadam
  12. tahniah zarif.. bljr rajin2 ye..

    BalasPadam
  13. Moga cepat sembuh bonda.. Kitaorang sedia menunggu Bonda update entry walaupun lambat.. Jaga diri baik2 tau! Muahhhsss...

    BalasPadam
  14. Tahniah Zariff.. Kejap je dah besoo Zarif ni kan Bonda..

    BalasPadam
  15. semoga Allah akan memudahkan semua urusan Bunda...

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum bunda, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dalam melakukan urusan kehidupan. Tahniah Zarith, dah pun graduasi...nanti naik darjah satu pula. Mudah-mudahan sentiasa cemerlang dalam pelajaran

    BalasPadam
  17. semuga Allah memberi kesihatan yg baik buat bunda. laluilah kehidupan ini dengan penuh semangat..kerana ada lagi insan2 yang memerlukan bunda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...aamiin atas doa kalian semua yg faham akan situasi bunda..sayang kalian.

      Setakat ini mana yg bunda mampu dan boleh buat sendiri bunda buat.Selagi kudrat mengizinkan. Takder nak mengharapkan semua pada anak2...

      Mereka pun ada kerjaya dan tanggung jawab masing2. Setakat bayar bills bunda masih boleh lakukan secara online,tak perlu keluar. itulah ruginya bunda ni kan, tak pandai drive untuk urusan luar.

      Apa pun kalu bunda free bunda masih melawat kawasan, sekodeng blog kalian walaupun tak sempat komen..
      Sayang kalian.

      Padam
  18. Alahai comelnya Zarif.. bijak ha siap peluk cium kiss Bunda..
    Apapun mudah2an urusan Bunda dimudahkan ye.

    BalasPadam
  19. Dah nak masuk darjah 1 dah Zarif...geram tengok rambut kerinting tu...

    jaga kesihatan Bunda...bila dah meningkat usia...mcm2 penyakit akan hinggap...noe pun sama...semoga kesihatan Bunda bertambah baik...

    BalasPadam
  20. alhamdulillah
    tahniah zarif..
    dah ebsar dia..
    dah naik darjah 1 nanti..
    belajar rajin2 ye zarif ensem

    BalasPadam
  21. Tahniah Zarif. Style lah rambut. Cool boy :)

    http://www.fatindays.com

    BalasPadam
  22. bila dah konvo ni maka bertambahlah usia bertambahlah ilmu...semoga jadi anak pintar yg soleh ya zhariff ;-)

    BalasPadam