Jumaat, 6 Januari 2017

Hari Pertama Persekolahan 2017


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Dah hampir seminggu anak-anak kita mulakan sessi persekolahan bagi tahun 2017.
Begitu juga dengan Zarif.  Pada 3 Januari 2017 yang lepas,  Zarif bangun pagi untuk ke Sekolah Agama Kafa Integrasi An-Nur BTHO... sessi pagi.


Sebelum bermula kelas, Zarif sempat berjumpa kawan-kawan Tadika dulu... sempatlah berborak. Ntah apa yang di boraknyer pun tak tahulah...
Zarif memang kaki borak.


Zarif bersekolah kebangsaan pada sessi petang. Hari pertama Zarif pergi dengan Papa dan Mummy. Zarif dapat kelas Satu Raya.  Zarif good boy, tak nangis pun...
tak payah nak di tunggu pun.

Hari pertama mummy datang lagi waktu rehat.. untuk tunjukkan dan ajar kan Zarif cara mengguna duit untuk beli makanan kat kantin, Zarif cepat belajar..


Inilah sekolah Zarif... Sk Bandar Tun Hussein Onn... sekolah atas bukit.

Sekolah Zarif dekat jer, jalan kaki pun boleh..  Tapi mummy hantar dan jemput. Masa balik mummy tunggu kat tangga bawah jer, Zarif turun sendiri.


***Hari kedua baru Mak Nora ikut mummy hantar dan tengok Zarif sampai masuk kelas.


24 ulasan:

  1. selamat menempuh alam persekolahan

    BalasPadam
  2. Seronok dah masuk sekolah jumpa ramai kawan.

    BalasPadam
  3. Budak yg jenis mudah berkawan dia tak kisah KN
    Lagi pula ada kawan-kawan masa tadika lagilah Zarif dah biasa berada di alam persekolahan
    Cuma tempat aje lebih besar dan ramai..

    BalasPadam
  4. Bagusnya budak Zarif ya ,semuanya ok walaupun hari pertama sekolah.Tentu mummy dan mak nora pun tak risau .

    BalasPadam
  5. Minggu yang sibuk. Syukur anak-anak tak banyak ragam.

    BalasPadam
  6. Lhah, duk btho ke, saya 10 tahun duk sane, ank2, saya 2 org sempat habis darjah 6 di sek atas bukit tu, suami beli rumah di semenyih kami pindah

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah Zarif tak banyak masalah yer... senang hati mummy kan... :D
    ekhhh kita berjiran rupanya yer... jiran kg sebelah... hehehe... idah kat BMC.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah budak cerdik suka kesekolah

    BalasPadam
  9. boleh dikatakan dia tak banyak kerenah

    BalasPadam
  10. budak2 sekarang dah matang kan..xperlu tunggu lagi dah..esaited je jumpa kawan2..macam anak tomok si arian tu suka duk sekolah sampai tamau balik dah..kk..btw good boy la zarif

    BalasPadam
  11. Suka tengok zariff yg ceria ke sekolah

    BalasPadam
  12. Sekejab je masa berlalu yw, dah sekolah pun Zarif.

    BalasPadam
  13. All the best zarif. satu fungsi tadika adalah menyediakan anak2 utk ke sekolah sebenar.

    BalasPadam
  14. Belajar sungguh2 yer zarif.. 😍😍😍

    BalasPadam
  15. syiok tengok anak2 hari pertama sekolah... nampak ceria jumpa kawan2...

    BalasPadam
  16. Smart Zarif masuk sekolah. Belajar rajin2 Zarif. 😊

    BalasPadam
  17. Oh, Zarif dah masuk Tahun 1 rupanya. Cepat betul masa berlalu. Rambut pun dah berubah. Ni mesti imej tahun baru, imej budak sekolah ya, Zarif ^_^

    BalasPadam
  18. Ohhh tak nangis ye KN Zarif. Jenis berani jugak budak Zarif ni. Dah biasa sekolah kot.

    Lepas ni Zarif masih duk rumah KN lagi kan

    BalasPadam
  19. selamat bersekolah zarif.. smart je

    BalasPadam
  20. Comei zarif... hensem dah rambut pendek... hehe

    BalasPadam