Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Januari 2017

Hari Pertama Persekolahan 2017


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Dah hampir seminggu anak-anak kita mulakan sessi persekolahan bagi tahun 2017.
Begitu juga dengan Zarif.  Pada 3 Januari 2017 yang lepas,  Zarif bangun pagi untuk ke Sekolah Agama Kafa Integrasi An-Nur BTHO... sessi pagi.


Sebelum bermula kelas, Zarif sempat berjumpa kawan-kawan Tadika dulu... sempatlah berborak. Ntah apa yang di boraknyer pun tak tahulah...
Zarif memang kaki borak.


Zarif bersekolah kebangsaan pada sessi petang. Hari pertama Zarif pergi dengan Papa dan Mummy. Zarif dapat kelas Satu Raya.  Zarif good boy, tak nangis pun...
tak payah nak di tunggu pun.

Hari pertama mummy datang lagi waktu rehat.. untuk tunjukkan dan ajar kan Zarif cara mengguna duit untuk beli makanan kat kantin, Zarif cepat belajar..


Inilah sekolah Zarif... Sk Bandar Tun Hussein Onn... sekolah atas bukit.

Sekolah Zarif dekat jer, jalan kaki pun boleh..  Tapi mummy hantar dan jemput. Masa balik mummy tunggu kat tangga bawah jer, Zarif turun sendiri.


***Hari kedua baru Mak Nora ikut mummy hantar dan tengok Zarif sampai masuk kelas.