Bismillahirrahmanirrahim..As Salam,
minggu lepas bunda berkunjung kerumah adik bunda, bunda dapati ketiga-tiga anak-anak dia di jangkiti penyakit kudis buta. Sebab tu diaorang dah lama tak kemana-mana, untuk menumpukan jagaan sepenuhnya kepada anak-anak.
Tiba-tiba bunda baru teringat yang anak lelaki bunda nombor 3 dulu pun pernah kena jangkitan ini. Waktu tu dia masih dalam tingkatan 2 bersekolah di sekolah berasrama penuh. Bunda dapat tahu apabila pihak sekolah menelefon kerumah menyarankan bunda untuk menjemput anak berehat dirumah kerana didapati terkena jangkitan penyakit berjangkit.
Bunda bertanya anak dari mana /siapa agaknya dia dapat jangkitan ini. Menurut anak bunda dia selalu lepak dengan salah seorang kawan rapatnya dari dom sebelah. Memang sah kawan dia tu pun ada mengidap penyakit ini tetapi tak ramai yang mengetahuinya. So bunda pun segera google untuk mencari tahu lebih lanjut tentang penyakit ini untuk kita berkongsi bersama.
![]() |
hama scabies |
Tanda-tanda awal, pengidap akan merasa gatal-gatal dan ruam pada kulit, terutama pada waktu malam. Ruam kelihatan seperti bintik-bintik merah kecil seakan gigitan serangga atau ekzema. Kanak-kanak dan bayi yang terkena scabies ini boleh menjumpai tanda yang bersembunyi di kawasan lain badan termasuk -kulit kepala, kaki, tapak tangan , leher, muka dan dicelah-celah kedua jari-jari kaki dan tangan.
Kudis buta berjangkit melalui sentuhan terus kulit kekulit. Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti harus dirawat pada masa yang sama.
Pencegahan Dan Rawatan:
Pengenalpastian dan rawatan segera penyakit ini sangat penting untuk mengawalnya daripada merebak. Pesakit yang di jangkiti sepatutnya dikecualikan dari sekolah sehingga selesai rawatan. Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah sangat penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan membersihkan tempat kediaman , pakaian dan diri pesakit itu sendiri.
Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh pesakit dengan air panas. Jemur tilam, bantal dan pakaian dibawah sinaran matahari. Pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera. Kebiasaannya doktor akan memberi ubat krim Malathion, Benzyl Benzoate dan krim Aqueous (melembab kulit) dan antibiotik untuk dimakan/minum.
Hama kudis buta tak suka tempat panas. Oleh itu bahagian tubuh yang sering dijangkiti ialah bahagian dibawah paras leher hingga ketapak kaki. Namun begitu bayi pula lebih kerap terkena kudis buta dibahagian muka.
Jika pesakit menggaru dan kulit menjadi merekah, bakteria boleh merebak pada kulit dan menyebabkan kulit berair dan bernanah (skin infection). Kehadiran nanah menyebabkan badan berbau kurang enak.
Jika jangkitan berpanjangan menyebabkan kulit jadi tebal, keras, gelap dan menggerutu. Kulit amat gatal dan berasa sakit. Kulit amat sukar dirawat apabila berada diperingkat ini.
Ubat dan krim yang digunakan boleh membunuh hama kudis buta sekiranya disapukan dan digunakan secara betul mengikut arahan doktor. Ubat-ubat ini amat racun untuk hama kudis buta mati dalam masa 24 jam. Apabila hama mati, jangkitan akan surut dan reda.
Setelah semua usaha dilakukan, harap perlu bersabar sebab jangkitan kebiasaannya mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
*** Apa pun yang paling utama jagalah kebersihan diri dan kediaman kita sekerap mungkin.
Wallahu'alam.