Bismillahirrahmanirrahim..As Salam,
minggu lepas bunda berkunjung kerumah adik bunda, bunda dapati ketiga-tiga anak-anak dia di jangkiti penyakit kudis buta. Sebab tu diaorang dah lama tak kemana-mana, untuk menumpukan jagaan sepenuhnya kepada anak-anak.
Tiba-tiba bunda baru teringat yang anak lelaki bunda nombor 3 dulu pun pernah kena jangkitan ini. Waktu tu dia masih dalam tingkatan 2 bersekolah di sekolah berasrama penuh. Bunda dapat tahu apabila pihak sekolah menelefon kerumah menyarankan bunda untuk menjemput anak berehat dirumah kerana didapati terkena jangkitan penyakit berjangkit.
Bunda bertanya anak dari mana /siapa agaknya dia dapat jangkitan ini. Menurut anak bunda dia selalu lepak dengan salah seorang kawan rapatnya dari dom sebelah. Memang sah kawan dia tu pun ada mengidap penyakit ini tetapi tak ramai yang mengetahuinya. So bunda pun segera google untuk mencari tahu lebih lanjut tentang penyakit ini untuk kita berkongsi bersama.
hama scabies |
Tanda-tanda awal, pengidap akan merasa gatal-gatal dan ruam pada kulit, terutama pada waktu malam. Ruam kelihatan seperti bintik-bintik merah kecil seakan gigitan serangga atau ekzema. Kanak-kanak dan bayi yang terkena scabies ini boleh menjumpai tanda yang bersembunyi di kawasan lain badan termasuk -kulit kepala, kaki, tapak tangan , leher, muka dan dicelah-celah kedua jari-jari kaki dan tangan.
Kudis buta berjangkit melalui sentuhan terus kulit kekulit. Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti harus dirawat pada masa yang sama.
Pencegahan Dan Rawatan:
Pengenalpastian dan rawatan segera penyakit ini sangat penting untuk mengawalnya daripada merebak. Pesakit yang di jangkiti sepatutnya dikecualikan dari sekolah sehingga selesai rawatan. Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah sangat penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan membersihkan tempat kediaman , pakaian dan diri pesakit itu sendiri.
Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh pesakit dengan air panas. Jemur tilam, bantal dan pakaian dibawah sinaran matahari. Pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera. Kebiasaannya doktor akan memberi ubat krim Malathion, Benzyl Benzoate dan krim Aqueous (melembab kulit) dan antibiotik untuk dimakan/minum.
Hama kudis buta tak suka tempat panas. Oleh itu bahagian tubuh yang sering dijangkiti ialah bahagian dibawah paras leher hingga ketapak kaki. Namun begitu bayi pula lebih kerap terkena kudis buta dibahagian muka.
Jika pesakit menggaru dan kulit menjadi merekah, bakteria boleh merebak pada kulit dan menyebabkan kulit berair dan bernanah (skin infection). Kehadiran nanah menyebabkan badan berbau kurang enak.
Jika jangkitan berpanjangan menyebabkan kulit jadi tebal, keras, gelap dan menggerutu. Kulit amat gatal dan berasa sakit. Kulit amat sukar dirawat apabila berada diperingkat ini.
Ubat dan krim yang digunakan boleh membunuh hama kudis buta sekiranya disapukan dan digunakan secara betul mengikut arahan doktor. Ubat-ubat ini amat racun untuk hama kudis buta mati dalam masa 24 jam. Apabila hama mati, jangkitan akan surut dan reda.
Setelah semua usaha dilakukan, harap perlu bersabar sebab jangkitan kebiasaannya mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
*** Apa pun yang paling utama jagalah kebersihan diri dan kediaman kita sekerap mungkin.
Wallahu'alam.
saya pernah kena juga. masa tu masa isteri saya posting medical.
BalasPadamjangkit dari patient kena saya :(
tak apalah kirafah dosa :)
Salam bunda...
BalasPadamKetiga-tiga anaj Ummi dulu pun pernak mengalami penyakit yang sama, anaj-anak dulu tinggal di asrama dan terpaksa dijemput pulang ke rumah kerana takut berjangkit...mungkin kebersihan dan alam persekitaran yang kurang dijaga semasa du asrama sekolah dylu...kini semua dah besar panjang dan memori tinggal memori...ambil iktibar tenyang betapa pentingnya untuj menjaga kebersihan...kan bunda :)
P/s mohon maaf bunda ya sebab banyak typing error, maklumla Ummi post direct from mobile phone...sbb nk kejar masa. Apapun terimaksih ya sebab berkongsi info...:)
BalasPadamkalau saya,alah pada seafood,ayam..kalau makan je tumbuh biji2 berair kat celah jari kaki..
BalasPadamalhamdulillah tak pernah kena lagi.. betul tu bunda, paling penting kena jaga kebersihan.. terima kasih berkongsi info berguna ni.. :D
BalasPadamgood info. skebis mmg badass kalau kena. hahaha
BalasPadamTerima kasih Bunda... perkongsian yang sangat berguna... Semoga Ketiga Anak Adik Bonda cepat sembuh.. Amin ya Rabbal Alamin..
BalasPadamAcik harap anak adik bunda cepat sembuh.
BalasPadamanak2 buah bunda tu dpt jangkitan dr kwn2 dorang..bila dah sorg kene berjangkit2 lah antara adik beradek lain..lagi pun dorg tu lasak..suka main kat laman berpasir..pastu mandi tak cuci bersih..
Padamperkongsian yg berguna bonda..
BalasPadampernah dgr pasal penyakit ni tp tak btol2 tahu kesan dan bahaya pnyakit ni..
memang kebersihan perlu sentiasa diutamakan. Tetapi biasanya kalau tinggal di asrama mungkin kebersihan tidak terjaga sangat disana kan bunda
BalasPadammenakutkan betul kudis buta nie ea.. memang kena berjga la..
BalasPadamkkadang2 hana terfikir. nasib mata kita xnampak haiwan seperti hama/bakteria kan. mmg menakutkan bila tengok gambar tu. kalau boleh nampak dengan mata kasar.cuba tengok kulit kita.. huhu takutnya.. meremamg bulu roma hana ni..
BalasPadamtq info ni
biasa dengar kudis buta n boleh berjangkit tapi x tau details..tima kasih bunda atas perkongsian
BalasPadamSalam Bunda..
BalasPadamHuhu.. masa cma kecik2 dulu pernah sekali kene kudis buta pd kaki..
mcm2 sapu lepas tu baru okey.. kes berjangkit dgn kawan2 jugak.. huhu..
semoga anak2 adik bunda cepat baik dari kudis buta ni...
salam Bunda...kesian kat 3 org anak saudara Bunda. Kena rawat segera...
BalasPadamSalam bunda. Huuuu. Mesti sakitkan ni
BalasPadammemang kena jaga betul2..sebab banyak kes saya dapat di klinik, scabies ni dah jadi complicated bila ada secondary infection
BalasPadamalhamdulilah tak pernah kena.. thanks sharing bunda
BalasPadamkesiannya. moga cepat sembuh ye.
BalasPadamkebersihan adalah perkara utama untuk elakkan penyakit ini:)
BalasPadaminfo yang bagus....perlu menjaga kebersihan supaya tak terkena penyakit ini....
BalasPadamAssalam Bunda. Salam Perkenalan dan Salam sesama blogger. Tkasih krn berkunjung ke blog Mak Lady.
BalasPadamThankz for sharing. Info yg sgt berguna. Ngeri tgk hama ni. Kena berhati2 dgn jangkitan seumpama. InsyaAllah, klu ada symptom, cepat dapatkn rawatan ya. Take care ye uolz :)
kalau kena kudis buta ni payah benar nak baik...
BalasPadamsaya selalu fikir camna nak pastikan carpet tuh bebas hama sbb anak buah suka lepak kat situ ...
BalasPadamaduh! susah jgk kalo kena scabis ni ye bunda...syukur dlm idup krole ni tak pnah kena g...but thanks bunda sudi share entri sebgini...bule djadikan bekalan skiranya terkna bnda2 camni..jnji jg kebersihan diri n kawasan kan bunda~
BalasPadamas-salam.
BalasPadambetul tu bunda.
kebersihan tu kena jaga..
risau kan.
sy rasa sy prnah kena la masa zmn sekolah rendah dulu.sbb pernah tgk mak siap rebus2 lagi baju2 dengan air panas
assalamualaikum.
BalasPadamterima kasih berkongsi bunda. adik saya pun pernah kena dulu. suka sangat main dekat bawah. tapi alhamdulilllah sekarang dah baik.
salam bunda.owh saya tak pernah tau sgt ttg kudis buta ni.pernah dengar je.bagsu info ni.yelah anak saya pun tengah membesar,bergaul dengan kawan2 kat sekolah kita tak dapat nka tahu sangat status kebersihan budak2 tu huhu
BalasPadamlangakh kebersihan perlu dititik beratkan :)) *suka lagu kat blog bunda* :)
BalasPadamermm baru tahu..teruk jugak rupenya..kbersihan 2 yg pntg
BalasPadamEII,NAUZUBILLAHIMINZALIK..SETAKAT NI BUI X PERNAH LAGI TENGOK ORG KENA PENYAKIT KUDIS BUTA..
BalasPadamANAK2 BUI ADA EKZEMA MS BABY DULU..MMG PAYAH NAK JAGA,TP KEBERSIHAN MMG SGT PENTING..
p/s:pandey kitak kelakar Sarawak?siney belajar kak?^_^
kamek dolok lamak tinggal serawak...dikit2 ja tek..mun byk2 kamek sik pandey juak...
Padaminfo yg menarik ni. thanks share.geli lak tgk gambar first tu.mintak2 jauh la kena mcm gini kan
BalasPadamJarang orang sekarang kena kudis ni. Kesian anak anak buah bunda tu, mesti kegatalan yang tak terhingga tu. Betul tu bunda, Sunnah Rasulullah memang ada hikmahnya. Jaga kebersihan tu kan sunnah rasulullah
BalasPadamngeri jugak penyakit ni Bunda..mesti berjangkit ni kan ...semoga cepat sembuh ya..
BalasPadampenyakit ni memang mudah menyerang kanak2 sbb daya badan tubuh tak kuat, seingat sy masa kecik dulu kerap jugak kena sbb suka main pasir kut
BalasPadambunda, ari tu adik sy pon kena mcm tuh... teruk sgt kan.. pastu ibu cdg kan kat die buh kunyit masak tuh kat tgn nanah2 tuh.. tempek kan jer.. kering pastu kak...
BalasPadamnice info...
BalasPadammasa kecik selalu juga kena kudis2 ni.. tapi tak tahu la yg jenis buta ke tak.. hihihi
rumah kediaman kena la bersih. kalo x, mudah je dpt penyakit.
BalasPadammmg bahaya penyakit nih..kalau ada parut hitam lagi geram
BalasPadamdulu pun prnah kena..hama drpd ayam biasanya..mmg susah nk kwal..huhu..skrg xdah..fuhh..kulit sensitif sgt2..^^
BalasPadamdasyat tu. cepat sembuh ye
BalasPadammomoy tgk hama tu dah macam alien plak .
tgk mata kasar x nampak kecik sgt, begitu rupa dia
Salam bu nda
BalasPadamAnak sy pernah Kena....dpt satu injectionn,.
Alhamdulillah ok.
Mmg semua baju2 Kena baduh dgn air panas
aduh...kesian kat baby kalau kena. Sebab gatal. Dia tak reti cakap 'gatal! Gatal'. Nangis je la dia mampu...
BalasPadamKalau anak perempuan terkena kudis buta akan meninggal kesan parut sehingga dewasa.
BalasPadamsakit ni memang nak kena cepat rawat, anak lain pun biasanya kena. cepat dan senang nak merebak kalau tak betul rawat. moga anak saudara bonda cepat sembuh yer.
BalasPadamgadis buta ni bahaya juga SOp tgk
BalasPadamsbb dia merebak membuta.. hehhe
nice sharing bunda
pernah juga kena masa budak2 dulu
BalasPadamalahai memang tak selesa
thanks sharing bunda... takut tgk gmbr second tu... huhuhu
BalasPadamkalau kat asrama mmg senang kena ni....
BalasPadamtakut juga dengan penyakit ini huhu
BalasPadamsaya prnh kena,zaman skolah2 dulu...mmg sakit,gatal.
BalasPadampastu mak ambik pucuk daun jambu batu,rebus..bila airnya sedikit suam,mak rendamkan tgn saya dalam air rebusan tu,nanah2 banyak yg pecah...hari2 mak buat mcm tu,siang malam pagi ptng...alhamdulillah x sampai seminggu kudis tu kering ...
tu la kan.... takleh nak cakap. sebab kita kena sentiasa jaga kebersihan... hati2 dengan orang sekeliling...
BalasPadamsalam bunda !
BalasPadamazie baru tahu kudis buta bole berjangkit !
bagaimana pulak ianya gatal2 tapi tidak bernanah ! selang beberapa hari ia hilang , namun merah nya ada dan kalau sengaja di sentuh ia nya kembali gatal2 ! namun x lama...kemudian hilang...mcm mana tu !
blum pnh kne lg..hrp xkene la..huhu
BalasPadamyg pnting kene jga kbersihn..kan bunda
betul tu BUNDA...kebersiahn kena jaga..
BalasPadamrisau juga kalau kena kat anak2..
bahaye kalau tak rawat dari awal ni. boleh melarat.
BalasPadamMcm penah nmpk scabies nie. Apapun bahaya jugak kan kalau tak dirawat lbh awal. Thanks sbb share...wan rs someone sudah kena scabies ni...ermmm
BalasPadamtak lagi kene skabies tp time kecik2 dulu pernah kena jenis yg kulit air tu...
BalasPadamterasa geli pulak tengok gambar tu..kena jaga kebersihan ni
BalasPadamNew Entry "Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5"
macam mana pulak dengan bekas parut tu bunda buat macam mne??
BalasPadamkalau dah banyak dan serius sangat memang susah nak hilang terus parutnyer...apa lagi kulit orang dewasa...
Padamkalau masih budak2 mungkin semakin membesar semakin pudar kot...
jap2 lupe satu lgi soalan ibu tnye bunda ambik ubat 2 dkt hospital pakar ke??
BalasPadamjumpa doktor klinik kerajaan atau swasta...bagitau masaalah anda...doktor akan beri ubat mengikut tahap mana seriusnyer ...
Padamkalau jumpa doktor pakar kulit lagi bagus...
Aslm, parut kudis buta insyaAllh boleh hilang dgn krim mutiara bumi sbb lecur kena air atau besi panas guna krim ini tidak meninggal parut.Boleh try mungkin ambil sediki masa..tk
BalasPadamTuan, di klang ade ke stokis yg jual.baby sy dh berjangkit kudis buta dr abgnye..skg tgh mncri ubat untuk rawat anak2 sy ni
PadamTuan, di klang ade ke stokis yg jual.baby sy dh berjangkit kudis buta dr abgnye..skg tgh mncri ubat untuk rawat anak2 sy ni
PadamTerimakasih Infonya ya :)
BalasPadamsaya stiap minggu kot g jumpa doktor kes kena hama neh, then semua ubat doktor bagi xde kesan, bila balik kampung, ayah bagi ubat kampung yg dia beli kat pasar.. ubat tu jugak yg berkesan,, radang makin surut, parut pun hilang..
BalasPadamApa nama ubat kampung tu En. Sobs3?
BalasPadamSaya rasa sya kna jngkitan hama ni jgk..parut hitam..malam gatal sngat..sya ada bela kucing..
BalasPadamSaya rasa saya kena gak ni..masa mngandung 7 bln ank no.2..skrg ank saya 1thn 7bln...lama kn..huhu..mcm2 ubat dh apply..still x ok...cuma x bjangkit kt sapa2 so far ..x tau nk wat pe dh..skrg tgh try amik caratomax hrp2 ok..huhu..sapa2 tau ubat kg..tlg a share ye..tq
BalasPadamTq info menarik... Rawatan kudis buta untuk kanak-kanak bawah 2 tahun tanpa ubat/racun bahaya
BalasPadam
BalasPadamSaya ada jual
SET KRIM DAN SABUN GELENGGANG UNTUK SAKIT KULIT
3 unit Krim & 1 Sabun Gelenggang
Mengandungi Ekstrak Daun Gelenggang.
Boleh
menghilangkan gatal-gatal, panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, Exzema, dan bertindak sebagai anti kulat.
Harga :
SM : RM43.00
SS : RM48.00
Harga adalah termasuk kos Penghantaran
wasap 01131072630