Memaparkan catatan dengan label dropship. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dropship. Papar semua catatan

Isnin, 19 Februari 2018

Larnie Scarves



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Kembali lagi bertemu anak2 bunda sekelian. Blog Bunda ni tak ubah macam biskut kan.. kejap ada kejap takder... Timbul tenggelam.

 Bukan tak ingat .. bukan lupa terus nak update, tapi masa yang tak mengizinkan.


Apa tah lagi sekarang ni dok leka jaga dan main ngn cucu. Sekarang ni dah terjebak pulak ngan bisnes tudung konon... tak sampai kemana pun lagi bisnesnyer pun...
baru nak bermula ...

Baru berjinak-jinak kata orang..


Alah bisnes tudung sebagai dropship jer pun. Sebelom ni bunda tak pernah buat bisnes apa-apa. Saje je kata orang nak cuba-cuba.


Dropship tudung Larnie team Siti Hajal... dari Pantai Timur.

Terjumpa kat fb, masa tu tengah mencari ajen dan dropship.


Ini salah satu Butik Larnie Scarfe yang terdapat di KB Mall Kelantan.

Ada macam-macam jenis, yang bercorak dan plain dari Larnie. 
Tengah viral katanya.

Bunda pun tak hafal lagi nama-namanya...banyak sangat..lagi pun bunda masih baru kan.




Sateen printed ni, salah satu yang banyak kali sold out dan menjadi permintaan ramai. Ialah..walaupun Sateen tapi tak licin, senang dibentuk dan materialnya sejuk.



***okaylah sampai disini dulu ...bilalah pulak nak jumpa n nak update lagi...