Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...
Salam pagi Isnin...
Bunda rasa tentu sudah ramai di antara kalian yang telah mengetahui dan pernah makan sambal hitam belimbing buluh ini. Begitu juga bunda...tetapi bunda baru sekali makan. Untuk bunda mengetahui lebih lanjut asalnya sambal hitam belimbing buluh ini, bunda cuba google. .. dan inilah info yang bunda dapat...jom sama-sama kita share..
Namanya langsung tidak mempunyai ciri-ciri komersial, apatah lagi apabila melihat pada rupa dan warnanya yang hitam. Bagaimanapun, sinonim dengan frasa hitam itu menawan, sambal hitam belimbing buluh (sambal hitam) tetap mendapat tempat di hati penggemar hidangan pembuka selera yang terkenal di Pahang barat itu.
![]() |
| gambar dari google |
Tanpa sebarang aroma yang boleh membangkitkan selera, hidangan tradisional berasaskan belimbing buluh, lada atau cili api dan ikan bilis yang dipelopori penduduk Lipis, Raub dan Jerantut mula mengalami transformasi dalam memenuhi selera dan cita rasa masyarakat moden hari ini.
Lebih menarik, penjenamaan semula nama sambal hitam kepada sambal Pahang oleh Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baru-baru ini bakal mempopularkan lagi produk tradisional orang kampung yang sudah dinikmati sejak puluhan tahun lamanya itu.
Penukaran nama kepada sambal Pahang itu secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada produk makanan tradisional sedia ada, sekali gus memberi kelebihan kepada industri pelancongan Pahang dalam memasyarakatkan hidangan rakyat kepada pelancong tempatan dan luar negara.
Beberapa pengusaha yang ditemui sempena Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Kuantan, Pahang, baru-baru ini mengakui permintaan terhadap sajian pembuka selera itu semakin meningkat, malah ada kalangan mereka diminta menyiapkan tempahan sehingga 10 kilogram.
Baca Selanjutnya: http://www.hmetro.com.my/articles/Tahanlama_tiadapengawet/Article/
************ ************** ************* *************
Cerita sambal hitam belimbing buluh ini adalah cerita minggu lepas...baru hari ni bunda nak upkan entri... kisahnya, bunda ada terbaca/tengok status fb blogger Nora Karim ni... ada cerita tentang sambal hitam belimbing buluh..
Bunda komen yang bunda dah lama teringinkan sambal ni...dan rasa nak order jugak dengan Farah Wahida penjualnya... Tak lama lepas tu Nora PM fb bunda dan minta alamat bunda...Nora cakap dia nak belanje bunda sambal hitam tu....Alhamdulillah..
Tentu kalian dah pernah makan kan...terutama orang Pahang, dengar cerita sambal ini asalnya dari negeri Pahang.... bunda yang baru 1st time makan.
Isnin lepas sampai parcel sambal hitam ni. Suka sangat, anak-anak bunda pun suka jugak...sebab kami tak pernah makan lagi. Terima kasih Nora Karim. Bunda buat makan dengan nasi biasa ...makan dengan roti pun sedap (bunda guna roti wholemeal dua keping). Hari Khamis lepas bunda buat masak nasi lemak sambal hitam belimbing buluh ni, pun sedap jugak. Tak payah buat sambal lain lagi dah. Siap bekalkan untuk anak-anak pergi kerja lagi.
Nasi lemak sambal hitam belimbing buluh ni bunda letak tempe goreng dan sayuran juga. Sambal hitam ni memang sedap...pedas dan menjadi makanan pembuka selera...kalau makan sahur dalam bulan puasa pun memang sesuai sangat ni. . Tak payah sambal lain lagi ...memang dah cukup pedasnya...letak sikit pun dah kaw...rasa macam sambal tahun pulak...sedappp...
*** Nanti2 bunda nak order dengan Farah Wahida lah..



